Kenapa Media Selalu Kaburkan Wajah Suspek Rogol & Sumbang Mahram? Ini Penjelasan Wartawan.
Oleh : Syaril A.Kadir
ROGOL ANAK/ SUMBANG MAHRAM: KENAPA MEDIA KABURKAN MUKA DIA???
Hari ini (8 September) seorang bapa berusia 36 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan kerana didakwa dengan 623 pertuduhan sumbang mahram, serangan seksual dan liwat terhadap anak perempuan berusia 15 tahun, termasuk meliwat mangsa di Makkah.
Netizen marah. Sangat marah!
Tetapi ada juga netizen yang marah-marah pada media kerana KABURKAN MUKA pesalah.
BANG*#^G PUNYA PAPER! GI TUTUP MUKA DIA WATPE - KASI TUNJUKLAH BAGI DIA MALU!
Whoahhhhh...dahsyat tu.
Abam nak bagitahu satu benda pada yang belum tahu. Memang BUKAN amalan media untuk mendedahkan wajah tertuduh untuk kes rogol anak sendiri dan kes sumbang mahram ni
INI KERANA IA DIBUAT BAGI MELINDUNGI IDENTITI MANGSA.
Sebagai contoh...kalau public tahu A merogol anaknya sendiri, secara automatik mereka yang mengenali keluarga A tahu siapakah mangsa yang dimaksudkan. Bayangkan perasaan mangsa kalau jiran-jiran, rakan-rakannya semua tahu, lagilah dia akan mengalami trauma yang lebih dahsyat!
So jangan marah-marah bab tutup muka itu, bab lain kalau nak marah takpe.
Ulang siar entri Kenapa Media Selalu Kaburkan Wajah Suspek Rogol & Sumbang Mahram? Ini Penjelasan Wartawan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment