Myammar Pasang Periuk Api, Larang Pelarian Rohingya Pulang..
Penindasan dan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar kini telah menjadi isu sedunia yang kian meruncing.
Baru-baru ini dilaporkan kerajaan Myanmar bertindak kejam apabila dikesan memasang periuk api sepanjang sempadannya dengan Bangladesh, terutama yang menjadi laluan pelarian Rohingya.
Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dipercayai bagi menghalang pelarian terbabit pulang ke perkampungan mereka.
Menurut Reuters yang memetik sumber-sumber kerajaan di Dhaka, kerajaan Bangladesh akan menfailkan bantahan secara rasmi berhubung tindakan Myanmar memasang periuk api terlalu hampir dengan sempadannya berdasarkan bukti bergambar dan pemberi maklumat.
“Mereka memasang periuk api bersama pagar kawat duri,” kata satu sumber.
“Kami kemudian mengesahkannya dengan pemberi maklumat bahawa mereka memasang periuk api,” kata satu lagi sumber.
Semalam, Ketua Pengawal Sempadan Bangladesh, Manzurul Hassan Khan berkata dua letupan berlaku di sebelah Myanmar menyebabkan dua kanak-kanak, seorang putus kaki dan seorang wanita cedera dipercayai akibat terpijak periuk api.
Rakaman video oleh seorang pelarian Rohingya yang pergi ke tempat letupan itu menunjukkan sesuatu yang kelihatan seperti periuk api, logam bulat bergaris pusat 10 sentimeter tertanam dalam lumpur. - Reuters/Cari.
Ulang siar entri Myammar Pasang Periuk Api, Larang Pelarian Rohingya Pulang.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment