Petronas Nafi Bakal Buang 5,000 Pekerja Pada Tahun 2018.
Petronas menafikan dakwaan seorang blogger bahawa syarikat merancang untuk memberhentikan 5,000 pekerja pada tahun depan dalam apa yang dikatakan sebagai satu lagi pusingan “pengurangan kakitangan” di seluruh kumpulan.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, syarikat minyak nasional itu menafikan sepenuhnya dakwaan blogger Syed Akbar Ali di laman web OutSyed the Box.
Menurut syarikat minyak itu, proses semakan semula perniagaan kumpulan yang dijalankan tahun lepas telah membabitkan 2,300 pekerjaan seperti yang diumumkan sebelum ini dan pada masa ini tidak ada rancangan untuk melaksanakan satu lagi proses berskala sedemikian.
“PETRONAS, bagaimanapun, komited untuk membina budaya kerja berprestasi tinggi di mana pengoptimuman tenaga kerja dan penyelarasan berfungsi merupakan proses berterusan yang memerlukan keupayaan dan akauntabiliti yang lebih tinggi serta penilaian prestasi yang lebih ketat dalam kalangan pekerjanya,” katanya. - Bernama
Ulang siar entri Petronas Nafi Bakal Buang 5,000 Pekerja Pada Tahun 2018. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment