Nara Akhirnya Minta Maaf, Buat Penjelasan Tentang Dakwaan Berlagak.

 On Tuesday, October 17, 2017  

Nara Akhirnya Minta Maaf, Buat Penjelasan Tentang Dakwaan Berlagak.

Nara Akhirnya Minta Maaf, Buat Penjelasan Tentang Dakwaan Berlagak.

Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20 atau lebih dikenali sebagai Nara pada semalam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terguris dengan rakaman videonya yang tular sebelum ini.

Nara membuat pengakuan maaf tersebut menerusi wartawan Harian Metro yang mana rakaman permohonan maafnya boleh dilihat menerusi Youtube.

Nama Nara mula menjadi kontroversi apabila beberapa pihak tampil membayar denda sebanyak 70,000 bagi membebaskan Nara dari tahanan penjara 6 bulan berikutan didapati bersalah selepas menyamar sebagai doktor gigi palsu untuk membuat rawatan memasang pendakap gigi.

Berikut adalah pengakuan maaf tersebut;

 "Assalamualaikum, saya Nur Farahanis yang mana sekarang ni tengah menjadi sebutan-sebutan ramai berkaitan dengan doktor gigi tak diiktiraf.

“Hari ini saya nak buat satu video permohonan maaf dan juga di samping tu video penjelasan ataupun pencerahan berkaitan dengan isu-isu yang sedang diperkatakan dalam sosial media ini.


Nara
"Okay, yang pertamanya berkaitan isu video yang bertarikh 2 Februari yang mana kononnya video itu mengatakan Nara ni seorang yang bongkak, yang berlagak, yang tak serik dengan apa yang terjadi, dengan apa hukuman, di mana video tu dikatakan Nara keluarkan statement yang sedemikian selepas Nara keluar dari Penjara Sungai Udang.

“Video tu Nara nak terang sikit yang mana video tu Nara ambik pada 2 Februari 2017 dan tujuan Nara buat tu bukanlah untuk bongkak, bukanlah untuk berlagak ataupun tak serik.


“Yang mana video tu, apa yang Nara maksudkan terima kasih kerana ‘spend’ masa adalah berkaitan terima kasih kepada orang atasan yang sanggup meluangkan masa untuk dengar Nara punya masalah, yang untuk dengar Nara punya keadaan ketika itu.


“Bukanlah terima kasih atas bantuan. Secara jujurnya Nara tak mendapat apa-apa bantuan sendiri daripada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ataupun daripada pihak Menteri Kesihatan sendiri, Nara akui Nara tak dapat apa-apa pun. Salah satu usaha yang Nara buat untuk mendapat bantuan, untuk merujuk semula berkaitan kes Nara ni.


“Tapi okay, Nara nak mintak maaf juga mungkin daripada sebab video ni banyak jadinya masalah yang mengatakan Nara ni orang yang berlagak ke, apa ke, Nara minta maaf kalau andai kata apa daripada apa video tu membuat ada ramai pihak yang termakan hati, terkecik hati, Nara minta maaf sangat-sangat.


“Dan Nara memang berniat kali ini untuk minta maaf juga kepada semua-semua doktor gigi, pakar pergigian, doktor pergigian yang mana terlibat dalam pergigian.


“Nara nak minta maaf sangat-sangat yang mana Nara pun masa kejadian berusia 19 tahun. Nara tak tau pun pasal 'law' ke, berkaitan dengan benda-benda macam ni akan mendatangkan hasil yang seburuk ini.


“Nara langsung tak terfikir yang mana mungkin pada ketika itu Nara akui Nara masih kecik dan terlalu fokus untuk mencari duit ataupun membantu rakan-rakan tanpa Nara fikir apa 'feedback' buruk yang akan datang pada diri Nara sendiri.


“Nara akui, Nara minta maaf sangat-sangat.


“Mungkin dengan perbuatan Nara ni akan menjadikan satu pengajaran juga pada diri Nara yang mana Nara pun dah kesal dengan apa yang berlaku.


“Akan jadi pengajaran juga kepada orang-orang awam yang sedang membuat juga benda yang sama. Nara mohon maaf juga atas kesilapan-kesilapan yang sebegini.


“Banyak datanganya masalah kepada pihak-pihak yang tertentu.


“Selain daripada itu Nara nak buat juga penjelasan berkaitan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dan PEMA ( Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia) yang mana sedia maklumnya Nara memang tidak mendapat apa-apa bantuan kewangan daripada pihak mereka.


“Nara hanya mendapatkan bantuan daripada mereka dari segi perundangan kerana Nara akui memang Nara tak tau langsung pasal ‘law’ dan ‘family’ pun bukanlah ‘family’ yang datang daripada ‘lawyer’ ke hakim ke. Kita tak tahu apa-apa berkaitan dengan ‘law’.


“Jadi itu adalah salah satu cara yang mana kita merujuk kepada pihak PPIM dan PEMA untuk mendapatkan khidmat nasihat.


“Dan akuinya daripada segi bantuan kewangan tu memang sama sekali tidak yang macam dinyatakan dalam surat khabar yang menyatakan PEMA menghabiskan duit untuk kami, PPIM habiskan duit tu sememangnya tidak langsung, tidak sama sekali.


“Jadi dengan apa penjelasan yang Nara buat ni, Nara harap benda ni sedia maklum.


“Berkaitan dengan orang kata Nara ni orang kaya berlagak susah, meraih simpati. Selama enam hari Nara di dalam penjara, Nara langsung tak tahu apa kejadian terjadi dekat luar yang mana, daripada segi sumbangan itu adalah salah satu usaha yang dijalankan oleh mak bapak Nara untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak-pihak sahabat, rakan-rakan karib dan juga ahli keluarga.


“Keadaan ni terjadi di kala kami terhimpit dan tersepit yang kami sememangnya tidak mempunyai wang sebanyak RM70,000 di dalam masa satu hari untuk 'settlekan' denda.


"Jadi Nara pun telah dikenakan hukuman enam bulan penjara ataupun RM70,000 bayaran.


“Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan orang ramai juga, daripada bantuan para sahabat Nara berterima kasih, bersyukur sangat daripada bantuan ahli keluarga Nara, Nara berjaya membayar denda tersebut dengan kutipan derma daripada dia orang sebanyak RM70,000, Nara hanya berada enam hari di dalam penjara.


“Jadi Nara pun telah merasai kedua-dua keperitan yang mana keperitan untuk mencari duit, menyusahkan keluarga untuk mencari duit dan keperitan untuk berada di dalam penjara itu.


“Jadi, Nara pun kesal dengan keadaan ni, Nara pun rasa benda ni sangat menjadi pengajaran pada Nara.


"Nara takkan ulangi dan Nara memang nak fokus pada masa depan yang lebih bermakna.


“Dan terakhir sekali, Nara nak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak, terutamanya kepada pihak KKM sendiri, pihak-pihak doktor pergigian, pihak-pihak doktor pakar pergigian, pihak PEMA, pihak PPIM, NGO atau orang awam lain yang banyak terasa hati, termakan hati daripada segi kata-kata Nara yang mana selama Nara keluar daripada penjara Nara berdiam diri bukanlah kerana Nara nak lari daripada masalah tetapi apa yang Nara cuba lakukan adalah untuk muhasabah diri, mencari kesilapan diri.


“Nara harap benda ini takkan menjadi isu yang mana Nara cuba lari daripada masalah. Tak sama sekali.


“Nara abaikan apa yang orang kata. Nara jadikan benda satu nasihat dan motivasi yang boleh membangkitkan Nara.


“Jadi Nara mintak peluang ini diberi kepada Nara sebagai warganegara Malaysia, sebagai anak bangsa kita, sebagai anak bangsa Melayu, orang Islam yang mempunyai jiwa besar untuk berjaya pada masa hadapan.


“Jadi Nara mohon maaf lagi sekali kepada semua pihak. Pihak Menteri sendiri Nara mohon maaf di atas ‘statement’ yang mungkin ada salah sangka, termakan hati, terkecil hati, Nara minta maaf.


“Dan betul-betul Nara tidak berniat langsung untuk berlagak ataupun menunjuk-nunjuk ataupun melakukan perkara-perkara yang seangkatan dengannya. yang mana apa yang orang faham Nara berlagak dalam isu tu pun Nara tidak sama sekali berniat. Nara minta maaf.


“Dan terakhir sekali Nara mohon sangat-sangat kepada pihak media juga benda ni akan dihentikan setakat ini sahaja yang mana Nara pun sudah kesal dengan apa yang terjadi.


“Nara pun dah membuat satu permohonan maaf. Nara pun dah merayu untuk mohon maaf. Nara minta semua ni dihentikan setakat ini sahaja kerana Nara pun nak teruskan hidup baru.


“Nara ingin ‘motivate diri’ untuk jadi lebih berjaya dengan cara yang lebih betul, dengan cara yang lebih elok.


“Jadi akhir kata daripada Nara, dengan rasa rendah hatinya, memohon maaf kepada semua pihak dan Nara harap peluang ini diberi lagi sekali kepada Nara untuk meneruskan kehidupan sebagai anak bangsa negara Malaysia kita.


“Terima kasih,” katanya mengakhiri perbualan. - SoZPress



Ulang siar entri Nara Akhirnya Minta Maaf, Buat Penjelasan Tentang Dakwaan Berlagak. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Nara Akhirnya Minta Maaf, Buat Penjelasan Tentang Dakwaan Berlagak. 4.5 5 Unknown Tuesday, October 17, 2017 Nara Akhirnya Minta Maaf, Buat Penjelasan Tentang Dakwaan Berlagak. Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20 atau lebih dikenali sebagai Nara pa...


No comments:

Post a Comment