Sultan Tarik Tauliah Zamihan, Tidak Lagi Boleh Berceramah Di Selangor.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan supaya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar penceramah kontroversi Zamihan Mat Zain.
Menurut kenyataan, Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, berkata baginda turut berkenan supaya keahlian Zamihan dalam Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dibatalkan.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas Sultan Selangor berbincang dengan Dewan di-Raja Selangor hari ini supaya Majlis Agama Islam (MAIS) mengambil tindakan demikian mengikut peruntukan Peraturan 17, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.
"Tindakan ini adalah lanjutan daripada satu ceramah agama yang disampaikan oleh Dr Zamihan Mat Zin yang mengandungi perkataan-perkataan yang bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap Institusi Diraja.
"Tambahan pula, ceramah agama yang disampaikan oleh beliau diadakan di Masjid Diraja, yang ceramah seperti ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Jelas Hanafisah, pada masa sama, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menitahkan dua perkara yang perlu dilaksana dan dikuatkuasakan oleh semua pengurusan masjid dan surau di Selangor.
Yang pertama adalah semua pengurusan masjid dan surau di seluruh Selangor perlu membuat rakaman video bagi setiap ceramah dan kuliah yang diadakan di premis masing-masing bagi merekod dan memantau setiap isi kandungan ceramah yang berlangsung.
Beliau berkata, ia bagi memastikan setiap isi kandungan ceramah mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dan Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.
Yang kedua, baginda juga menitahkan penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah di seluruh Selangor hendaklah dihadkan di dalam masjid dan surau dan bukan di luar kawasan kecuali untuk azan dan bacaan ayat suci al-Quran,tambahnya.
Menurutnya, larangan itu bagi memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.
"Raja-raja Melayu berpendirian bahawa imej Islam sebagai Agama Persekutuan adalah agama yang menggalakkan penganutnya bersikap toleransi, sederhana dan inklusif dan wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat.
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga mengingatkan kepada semua rakyat Negeri Selangor untuk menghormati prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan demi kestabilan dan keamanan negara," katanya.
Berikutan susulan kontroversi itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga menitahkan supaya pengurusan masjid dan surau di Selangor merakam setiap ceramah dan kuliah dijalankan.
Tujuannya ialah pemantauan bagi mematuhi Peraturan-peraturan Tauliah dan Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.
Terdahulu, Zamihan dilapor mempertikai pendirian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu dobi eksklusif untuk umat Islam sahaja di Muar.
Sumber : Malaysiakini
Menurut kenyataan, Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, berkata baginda turut berkenan supaya keahlian Zamihan dalam Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dibatalkan.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas Sultan Selangor berbincang dengan Dewan di-Raja Selangor hari ini supaya Majlis Agama Islam (MAIS) mengambil tindakan demikian mengikut peruntukan Peraturan 17, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.
"Tindakan ini adalah lanjutan daripada satu ceramah agama yang disampaikan oleh Dr Zamihan Mat Zin yang mengandungi perkataan-perkataan yang bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap Institusi Diraja.
"Tambahan pula, ceramah agama yang disampaikan oleh beliau diadakan di Masjid Diraja, yang ceramah seperti ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Jelas Hanafisah, pada masa sama, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menitahkan dua perkara yang perlu dilaksana dan dikuatkuasakan oleh semua pengurusan masjid dan surau di Selangor.
Yang pertama adalah semua pengurusan masjid dan surau di seluruh Selangor perlu membuat rakaman video bagi setiap ceramah dan kuliah yang diadakan di premis masing-masing bagi merekod dan memantau setiap isi kandungan ceramah yang berlangsung.
Beliau berkata, ia bagi memastikan setiap isi kandungan ceramah mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dan Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.
Zamihan - Pengerusi Aswaja |
Menurutnya, larangan itu bagi memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.
"Raja-raja Melayu berpendirian bahawa imej Islam sebagai Agama Persekutuan adalah agama yang menggalakkan penganutnya bersikap toleransi, sederhana dan inklusif dan wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat.
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga mengingatkan kepada semua rakyat Negeri Selangor untuk menghormati prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan demi kestabilan dan keamanan negara," katanya.
Berikutan susulan kontroversi itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga menitahkan supaya pengurusan masjid dan surau di Selangor merakam setiap ceramah dan kuliah dijalankan.
Tujuannya ialah pemantauan bagi mematuhi Peraturan-peraturan Tauliah dan Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.
Terdahulu, Zamihan dilapor mempertikai pendirian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu dobi eksklusif untuk umat Islam sahaja di Muar.
Sumber : Malaysiakini
Ulang siar entri Sultan Tarik Tauliah Zamihan, Tidak Lagi Boleh Berceramah Di Selangor. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment