Bapa Kini Sara Tiga Anak OKU Bersendirian.

 On Wednesday, December 20, 2017  

Bapa Kini Sara Tiga Anak OKU Bersendirian.

Bapa Kini Sara Tiga Anak OKU Bersendirian.

Seorang lelaki berusia 54 tahun  menggalas tanggungjawab menjaga tiga anak istimewanya selepas  isterinya yang menderita kanser payudara selama dua tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tumpat, Kelantan.

Kehilangan itu menyebabkan Mohd Zain Abdullah, keseorangan dan perlu menguruskan dan bertanggungjawab meskipun sebelum ini tugas membesarkan tiga anak kurang upaya (OKU) mereka iaitu Khairul Nisaa'  23, Muhammad Amir, 16, dan Ain Husna, 15, digalas bersama-sama.

 

Mohd Zain yang redha dengan ketentuan ilahi berkata, dia kini bimbang sekiranya tiga anaknya yang menghidap Cerebral Palsy (CP) sukar menerima hakikat kehilangan ibu mereka.

"Sebelum ini apa sahaja, kami akan lakukan bersama. Arwah isteri akan uruskan makan pakai anak, manakala saya sediakan semua keperluan untuk keselesaan mereka dan supaya mereka dapat membesar seperti orang lain.

"Kehilangannya menyebabkan saya hilang punca seketika. Tanggungjawab sepenuhnya atas bahu saya dan anak kedua kami (Ummi Syamirah, 25) pula terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu jualan di kedai kain di Kota Bharu untuk membantu saya.

"Saya bimbang keadaan mereka (anak OKU) terjejas kerana mereka rapat dengan arwah terutama Ain Husna. Semalam pun dia asyik merengek mungkin menyedari ibunya sudah tiada," katanya.

Jelas Mohd Zain, perkahwinannya dengan arwah isteri dikurniakan lima anak OKU yang menghidap penyakit yang sama, namun dua daripada mereka sudah meninggal dunia ketika berusia enam dan tujuh tahun pada 1991 serta 2013.

Menurutnya juga, arwah isteri, Nooraini Ismail, 48, merahsiakan penyakit yang dihidapinya sehingga menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada November lalu.

"Selepas pembedahan dia beritahu sudah sihat sepenuhnya dan minta saya tidak bimbangkan kesihatannya, sebaliknya fokus kerja sebagai tukang rumah bagi menyara keluarga.

"Tetapi keadaannya semakin serius sebulan lalu dan dimasukkan ke hospital dua minggu lalu, sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10 pagi semalam (kelmarin),"katanya.

Meskipun sedih kehilangan insan terpenting hidupnya, kesedihan itu tidak ditunjukkan di hadapan anak-anaknya.

"Saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin demi anak syurga kami," ujarnya.

Sumber : Harian Metro

Ulang siar entri Bapa Kini Sara Tiga Anak OKU Bersendirian. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Bapa Kini Sara Tiga Anak OKU Bersendirian. 4.5 5 Unknown Wednesday, December 20, 2017 Bapa Kini Sara Tiga Anak OKU Bersendirian. Seorang lelaki berusia 54 tahun  menggalas tanggungjawab menjaga tiga anak istimewanya selep...


Related Post:

No comments:

Post a Comment