KFC, Mall Hari-Hari Penuh Pun Masih Banyak Orang Susah Di Malaysia, Tak Sangka Betul..

 On Wednesday, December 20, 2017  

KFC, Mall Hari-Hari Penuh Pun Masih Banyak Orang Susah Di Malaysia, Tak Sangka Betul..

KFC, Mall Hari-Hari Penuh Pun Masih Banyak Orang Susah Di Malaysia, Tak Sangka Betul..

Oleh : Intan Nornie Sheika.

Kedai RM2 dan sebuah kehidupan.

Awal minggu lalu, melangkah ke Aeon. Ramai amat orangnya. Adam yang sedang demam, ditinggalkan rehat di rumah. Hajat tibu nak membeli dua hingga tiga pakaian sekolah. Nak 'grab' mana yang sempat.

Angkat sehelai. RM30. Dibelek yang lain. Baju sahaja minima RM24 satu. Belum dipadankan seluar. Laju kepala mencongak. 


Gambar Hiasan
"Tak cukup bajet ni." 
Usai beli barangan dapur tibu bergegas keluar. Kejar masa. Hati ingatkan Adam dirumah.

Tuju ke kedai yang lebih mampu milik. Kedai yang dulu jarang-jarang ada orang, sangat penuh. Dari mula meletak kereta, hingga ke kaki lima. Ada saja keluarga kecil dengan anak-anak berdiri dan bercakap-cakap sesama sendiri.

"Murah agaknya ni. Ramai orang ni."
Bilang tibu pada diri sendiri. Sebelum keluar dari kereta, cebisan kertas itu diperhatikan berkali-kali. Senarai keperluan sekolah Adam. Risau ada lupa catat.

Sempat belek helaian kertas dalam beg duit juga. Masuk ke dalam dan belek baju-baju. Lingkungan harga RM 13-RM 23. Alhamdulillah. Mampu milik.

Lalu tibu yang cerewet belek lipatan baju satu persatu. Sampai adik sales person yang manis kerling pada tibu.

"Akak perlukan bantuan? Nak saiz yang mana?,"
beliau cuba membantu.

"Dik, akak nak belek jahitan dia sikit, boleh ya? Maaf dik kalau akak susahkan kerja adik." Jawab Tibu. Sambil memberi sebuah senyuman.

Adik itu menggangguk. "Sebenarnya supervisor saya tak bagi. Tapi tak apa. Dia tak ada. Akak belek-belek dulu ya."

Sedang tibu asyik membelek kedengaran perbincangan antara dua orang. Di lorong sebelah rasa tibu. Suara wanita itu. 

"Cukuplah dua abang. Ayang basuh hari-hari. Sempatlah Long dengan Angah sekolah pagi dengan agamanya."

"Uish awaknya. Sempat ke? Kot bawak dek hujan tak berbaju sekolah budak-budak. Ambikla sehelai lagi. Esok-esok abang tanya Mail kot ada nak upah kutip durian, abang pegilah. Lepas duit bebudak punya kasut pulak." 


Kata lelaki itu. Suami wanita terbabit, tibu pasti.

"Tak pun baju Long tu kita pin la kalau-kalau Angah pakai gedeber beso. Tak yah la abang pakai duit tu. Esok nak isi minyak lagi," balas wanita itu.

Walaupun suara mereka sangat perlahan, tapi tibu dengar. Satu demi satu. Mungkin sebab kami memang bersebelahan. Dipisahkan oleh rak baju sehaja.

Tibu capai tiga pasang uniform dan pasangan itu tibu tinggalkan. Tak sanggup mendengar yang iya-nya. Usai membayar, airmata tibu dah mula bergenang.

Ya Allah dibalik keluh kesah diriku yang keletihan, ramai lagi diluar yang sudah lama jerih. Sudah lama pedih. Allahu. 


Tibu ke 'pit stop' akhir. Kedai eko RM2. Berhajat nak dapatkan keperluan alat tulis dan stokin Adam. Pun penuh..Ramai 'yak mat' umat manusia.

Yang membeli jajan sepenuhnya bakul. Dalam hati tibu, ingin memberitahu, namun ditelankan sahaja niat itu. Bimbang suasana tidak sesuai.

"Di sana orang berkira setiap sen yang ada membeli keperluan sekolah. Dekat sini, seronok pula dia masukkan setiap jajan kalori kosong tu sebab murah. RM 2 je kan."
Bisik pada hati.

Diambil 3 pek stokin, melintas sebentar ke bahagian barangan anak. Membelek pin, dan ternampak pasangan sedang membelek bungkusan beberapa keping 'pampers' yang di pek semula.
 
"Ambil dulu 4 cukup bang. Habuan tidur malam. Siang pakai ja lampin kain." Kata wanita itu. Pada lelaki sebelahnya.

Allahu sekali lagi sayup dalam hati. Hari ini Allah kirimkan dua pasangan ini melintas waktu tibu. Untuk tibu pelajari sesuatu.

Tentang kehidupan. Didalam rintihan kita, Allah ajarkan bahagia itu ada pada jiwa yang syukur setiap apa adanya.

Ada orang, yang hari - hari bergelut untuk hidup dengan apa yang dia tak ada.
Sedang kita. Yang hari - hari mengeluh dengan apa yang kita ada.

Ulang siar entri KFC, Mall Hari-Hari Penuh Pun Masih Banyak Orang Susah Di Malaysia, Tak Sangka Betul.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
KFC, Mall Hari-Hari Penuh Pun Masih Banyak Orang Susah Di Malaysia, Tak Sangka Betul.. 4.5 5 Unknown Wednesday, December 20, 2017 KFC, Mall Hari-Hari Penuh Pun Masih Banyak Orang Susah Di Malaysia, Tak Sangka Betul.. Oleh : Intan Nornie Sheika . Kedai RM2 dan se...


Related Post:

  • TMJ Kritik Pengacara Astro, Dedahkan Penipuan Astro Arena. TMJ Kritik Pengacara Astro, Dedahkan Penipuan Astro Arena. WOWWWW.. Ada sesuatu yang sangat menarik dalam kritikan TMJ kepada pengacara ASTRO yang mengulas sukan bola sepak tanah air. Korang kena baca pendedahan dia. Nampak, nampak, bagaimana bol… Read More
  • Wanita Bertudung Berat Mahu Saman.. Wanita Bertudung Berat Mahu Saman..Sebenarnya betul juga point dia. Walaupun dia beratkan kepala dia dengan berlapis2 lilitan untuk tutup rambut dia, still dia masih jaga aurat. Bukan mendedahkan aurat dia. Oleh kerana itu kepala dia, tudung dia da… Read More
  • Lagi Kes Belasah Pelajar - Gara2 Komen Di Twitter. Lagi Kes Belasah Pelajar - Gara2 Komen Di Twitter.14 pelajar senior yang p belasah budak tingkatan 3 tue patut dimasukkan ke dalam sekolah juvana. Mental gamaknya. Agak2 la nak tunjuk pailang pun. Takan sampai amek nyawa orang. Nasib baik tak mati … Read More
  • Pemain Bola JDT Maut Dalam Kemalangan. Pemain Bola JDT Maut Dalam Kemalangan. Seorang pemain bola sepak skuad Piala Presiden Johor Darul Ta’zim (JDT) meninggal dunia manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta diKM43.5 Lebuhray… Read More
  • Wajah Lelaki Yang Tersangkut Cincin Di Kemaluan Tersebar. Wajah Lelaki Yang Tersangkut Cincin Di Kemaluan Tersebar. Gambar yang diambil mungkin atas tujuan perubatan dan rujukan. Yang neh aku boleh faham. Tapi apa perlu menyebarkan ia pula ye? Kronologi. 1. Mula2 pihak bomba laporkan satu kes pelik d… Read More

No comments:

Post a Comment