Iqram Dinzly Mungkin Sakit Kemurungan, Bantulah Dia, Selamatkanlah Dia, Bukannya Menghina..

 On Monday, December 25, 2017  

Iqram Dinzly Mungkin Sakit Kemurungan, Bantulah Dia, Selamatkanlah Dia, Bukannya Menghina..

Iqram Dinzly Mungkin Sakit Kemurungan, Bantulah Dia, Selamatkanlah Dia, Bukannya Menghina..

Seorang pengguna media sosial yang dikenali dengan nama Sha Arjunalaila menulis di Facebooknya yang masyarakat tidak sepatutnya mengejek keadaan Iqram Dinzly yang dilihat semakin 'lain macam'. 
Penulisan oleh Sha itu juga menjadi viral dan setakat ini sudah dikongsikan lebih dari 14,000 pengguna di Facebook sejak ia mula ditulis pada 21 December yang lepas.
Menurut Sha, masyarakat khususnya netizens seharusnya membantu Iqram Dinzly yang dilihat seperti mengalami sakit kemurungan. Jangan sampai dia sudah membunuh diri barulah terhegeh-hegeh hendak menunjukkan rasa simpati.
Sedih sangat tengok Iqram Dinzly sekarang..
"Tadi sebenarnya aku tengok live Iqram Dinzly dekat insta.
Tapi sedih sangat tengok keadaan dia.
Sedih tengok cara dia. Dia sangat berbeza dengan yang dulu. Dengan tarian lucah, maki hamun, tak terkata dah. Dia nampak sangat berbeza.
Aku dapat rasa dan yakin yang dia ni mengalami mental illnes yang dipanggil depression atau lebih dari itu," katanya memulakan bicara.
Takan nak mengaku sakit depression..
"Dia takkan mengaku dia sakit. Ya, orang yang mengalami depression susah nak mengaku dia sakit dan dia susah nak pergi merawat diri sendiri.
Risiko paling besar, dan dah banyak kali terjadi bila seseorang mengalami depression adalah bunuh diri kerana terlalu tertekan.
Stress dan depression tu berbeza. Tapi stress yang berulang kali dan tak dikawal akan menjadi faktor mental illnes ni," katanya lagi.
Selamatkan dia..
"Kalau nampak kawan kita update status atau cakap nak bunuh diri, tolong la dia. Tolong selamat kan dia, bagi dia kata kata semangat. Bila dia cakap macam tu, maknanya dia dah ada tanda tanda depression.
Ada yang kata Iqram ni depression sebab ayah dia meninggal. Ada yang kata dia ni belajar ilmu sesat.
Tapi bila sebelum sebelum ni ada tengok video dia menangis nanges sebab ayah dia sakit. Dengan keadaan dia yang sekarang, aku rasa dia ni memang mengalami depression. Dia nampak kurus sangat," ujarnya.
Mungkin ada sakit lain juga..
"Dia macam ada split personality disorder, sebab dalam beberapa minit dia boleh menangis bila dengar zikir, kemudian tiba tiba maki hamun, tiba tiba maki hamun berjoget hyper active, lepas joget sambung maki dan menangis lagi. ðŸ˜¥
Terkilan jugak bila baca komen komen segelintir netizen yang mengherdik, gelakkan dia, turut sama mengeluarkan kata kata lucah.
Kalau betul dia depression, bantu la dia.
Kalau betul dia sesat, bantu la dia.
Bukan dengan cara yang salah,"
jelasnya lagi.
Takan dah bunuh diri baru nak bantu?
"Termasuklah netizen yang jauh dari dia tapi hanya dekat dengan dia di media sosial, bantulah dari segi kata kata yang baik. InshaAllah kata kata yang baik tu akan jadi doa untuk dia. ðŸ˜Ÿ
Takkan kau nak artis malaysia pun macam artis Korea kumpulan Shinee yang baru mati baru baru ni. Bunuh diri macam tu je?
Takyah pandang Iqram ni sebagai artis pun takpe la, tapi pandang dia sebagai seorang saudara yang kita perlu bantu.
Aku ngeri tengok dia live tadi. Kesian pun ada.
Kalau dia sihat, dia tak macam tu. ðŸ˜­
Yang terdekat dengan dia bantu la dia.
Kita semua pernah nampak dia yang dulu macam mana. Bandingkan semula dengan dia yang sekarang. Masa live tengok cara dia, movement dia, mata dia, emosi dia, fizikal dia, pakaian dia, dia dulu tak macam tu,"
katanya mengakhiri penulisan tersebut.

Ulang siar entri Iqram Dinzly Mungkin Sakit Kemurungan, Bantulah Dia, Selamatkanlah Dia, Bukannya Menghina.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Iqram Dinzly Mungkin Sakit Kemurungan, Bantulah Dia, Selamatkanlah Dia, Bukannya Menghina.. 4.5 5 Unknown Monday, December 25, 2017 Iqram Dinzly Mungkin Sakit Kemurungan, Bantulah Dia, Selamatkanlah Dia, Bukannya Menghina.. Seorang pengguna media sosial yang dikenal...


No comments:

Post a Comment