Kes Bunuh Diri Semakin Meningkat, Wajarkah Masyarakat Mengecam Orang Yang Membunuh Dirinya?

 On Tuesday, December 26, 2017  

Kes Bunuh Diri Semakin Meningkat, Wajarkah Masyarakat Mengecam Orang Yang Membunuh Dirinya?

Kes Bunuh Diri Semakin Meningkat, Wajarkah Masyarakat Mengecam Orang Yang Membunuh Dirinya?

MITOS TENTANG BUNUH DIRI
Akhir-akhir ini kes bunuh diri semakin lama semakin kerap kita dengari. Saya tertarik dengan isu bunuh diri ini kerana ia satu perkara yang masih dianggap remeh oleh masyarakat nusantara terutamanya di Malaysia ini. Saya kerapkali bertanya pada kawan-kawan yang berkerja di Jabatan Forensik tentang kes bunuh diri yang mereka terima, rata-rata mereka menjawab, "Jumlahnya semakin meningkat".
Bagi saya, ia satu fenomena yang membimbangkan kerana ia menjadi petanda penting bahawa 'invisible disease' ini semakin membarah dalam kalangan masyarakat kita. 
Tambahan pula, penerimaan dan persepsi masyarakat kita terhadap masalah mental ini masih di tahap kuno. Ini membuatkan pesakit yang menghidap masalah kecelaruan psikologi ini semakin tertekan akibat dicemuh dan dipandang serong oleh masyakat sekeliling mereka. 
Walaupun kita sudah hampir masuk ke tahun 2018, hakikatnya masih terlalu ramai yang beranggapan seseorang yang ada keinginan membunuh diri itu ada masalah dengan iman dan tidak dekat dengan Tuhan semata-mata. Persoalannya, adakah cara berfikir seperti ini masih relevan hari ini? 
Tidakkah kita terfikir yang banyak membunuh diri hari ini sedang mengalami maslaah mental yang dahsyat? Tidak rasa bersalahkah kita menuduh mereka tiada iman sedangkan mereka sedang mengalami kecelaruan mental yang membuatkan mereka tak mampu berfikir dengan normal?
Adakah dengan mengatakan mereka tiada iman dan tidak kenal Tuhan maka serta merta fungsi otak mereka terus menjadi normal?
Terdapat beberapa mitos tentang bunuh diri yang subur membiak dan menjadi pegangan kukuh orang kita. Huraian mitos ini dijelaskan oleh Adnan Omar, seorang pakar psikologi klinkal dan pakar bidang kajian bunuh diri.
MITOS 1 :
Jika seseorang itu bercakap tentang idea mahu bunuh diri, dia cuma inginkan perhatian
REALITI = Mereka yang bercakap tentang bunuh diri sebenarnya sedang menanggung kesakitan dan kemurungan yang tak terhingga. 80% dari mereka yang membunuh diri sudah memberi petanda dengan bercakap dengan spesifik tentang keinginan mereka untuk membunuh diri manakala 20% lagi cuma bercakap dengan samar-samar seperti rasa berputus asa dan rasa tiada harapan.
MITOS 2 :
Orang yang nak bunuh diri ini semua memang betul-betul nak mati dan memang dah taknak hidup
REALITI = Setiap orang yang mahu membunuh diri sebenarnya mahu hidup, tapi mahu dibantu. Mereka pilih untuk bunuh diri kerana rasa sudah tidak ada pilihan dan tk tahu cara nak hadapi masalah.
MITOS 3 :  
Apabila sudah ada satu episod seseorang cuba membunuh diri, dia takkan berhenti mencuba untuk membunuh diri
REALITI = Seseorang yang ingin membunuh diri cuma ada keinginan apabila dia berada di saat getir dalam hidupnya. Apabila dia sudah dapat melepasi saat getir dan kritikal itu dan kembali berada dalam keadaan normal, dia akan lupakan keinginan itu dan menikmati hidup seperti orang lain.
MITOS 4 :
Seseorang yang telah berjaya mengatasi keinginan membunuh sudah pulih sepenuhnya serta merta
REALITI = Setiap orang yang pernah ada keinginan atau cubaan membunuh diri perlu mendapat terapi dan rawatan berterusan paling minima selama 3 bulan. Ini kerana mereka sedang mengalami kecelaruan psikologi dan memerlukan tempoh yang agak panjang untuk pulih sepenuhnya. Sokongan dan perhatian khas dari ahli keluarga serta rakan-rakan sangat membantu untuk mereka pulih sepenuhnya.
MITOS 5 :
Keinginan membunuh diri cuma berlaku pada orang kaya dan mereka yang ada masalah cinta
REALITI = Keinginan membunuh diri boleh ada pada sesiapa sahaja. Idea ingin membunuh diri boleh wujud berpunca daripada semua isu yang berkaitan dengan seseorang itu. Isu ini tak kira taraf hidup, pendidikan, agama, bangsa, jantina dan umur.
Marilah kita sama-sama membantu mereka yang sedang perlukan bantuan. Elakkan dari memberi tohmahan dan kata-kata yang mencemuh.
Jika kita tiada telinga yang baik untuk mendengar luahan mereka, janganlah kita ada lidah yang jahat untuk sakiti mereka. Contoh lidah yang jahat ada banyak, boleh baca di ruangan komen. Datang dalam bentuk komen.
Sumber rujukan :
1) Adnan Omar (Clinical Psychologist/Suicidologist)
2) Malaysian Psychiatric Association

Ulang siar entri Kes Bunuh Diri Semakin Meningkat, Wajarkah Masyarakat Mengecam Orang Yang Membunuh Dirinya? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kes Bunuh Diri Semakin Meningkat, Wajarkah Masyarakat Mengecam Orang Yang Membunuh Dirinya? 4.5 5 Unknown Tuesday, December 26, 2017 Kes Bunuh Diri Semakin Meningkat, Wajarkah Masyarakat Mengecam Orang Yang Membunuh Dirinya? Oleh : Malaysian Suicide Alert - MESRA MI...


No comments:

Post a Comment