Dendam Perasaan, Tak Layan Komen, Punca Papa Gomo Fitnah Saya Kata Sajat Dalam Kemarahan.

 On Tuesday, January 16, 2018  

Dendam Perasaan, Tak Layan Komen, Punca Papa Gomo Fitnah Saya Kata Sajat Dalam Kemarahan.

Dendam Perasaan, Tak Layan Komen, Punca Papa Gomo Fitnah Saya Kata Sajat Dalam Kemarahan.

Operasi membanteras Sajat yang dijalankan oleh Papa Gomo nampaknya  'backfire' dirinya semula selepas Sajat mendedahkan beberapa gambar yang memaparkan komen-komen Papa Gomo di laman Instagramnya pagi tadi.

Papa Gomo ataupun namanya sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang menggunakan akaun 'Sir Azri' dilihat beberapa kali meletakkan komen bagi tujuan mempromosikan GYMnya di Instagram Sajat.

Malahan Sajat turut berkongsikan komen yang memaparkan kenyataan Sir Azri geramkan punggungnya. 


 "Maaf, pagi ini saya banyak dapat call and message dari sahabat saya, mak ayah saya dan rakan-rakan business saya. Di sini saya nak menyatakan saya tak kenal siapa SIR AZRI dan saya tak tahu dia ini siapa. 

Tetapi saya perasan dia rajin komen-komen picture saya kat IG tapi dalam FB dia kutuk-kutuk saya. Saya tak faham apa masalah mamat ini. Dia ada menjemput saya pergi ke PEMBUKAAN GYM BELIAU tetapi satu patah perkataan pun saya tak membalas. Saya tak faham lah orang melayu ini yang bername sir azri..," kata Sajat dalam satu kenyataan.

Sajat juga berpendapat apa yang dilakukan oleh blogger UMNO itu adalah bertitik-tolak dari perasaan sakit hati kerana tidak melayan komen-komen yang ditulis oleh blogger berkenaan di ruangan IG Sajat.



"Encik, saya tahu apa yang awak cuba buat ini sebabnya berunsurkan sakit hati. Segala komen awak kat IG saya, tak pernah saya nak membalas. Malah awak jemput saya pergi pembukaan gym awak pun saya tak comment apa apa. ADAKAH CARA AWAK NAK VIRAL KAN SAYA INI, bersifatkan dendam??? Dan boleh saya tahu apa yang awak berdendam dengan saya?? Adakah kita berniaga perniagaan yang sama? Atau awak tak boleh tengok orang melayu berjaya??

Disebabkan saya tak melayan segala komen-komen awak, awak terus nak hina saya dan mengata pasal saya dan sesuka hati nak fitnah saya itu dan ini Encik Azri!!!," katanya lagi yang seperti kemarahan

Menurut Sajat lagi, tindakan Sir Azri menyerang dirinya adalah bertujuan untuk mempromosikan pembukaan GYM baru miliknya agar diketahui semua pihak. 

Sajat juga menyatakan telah mengambil langkah undang-undang namun tidak menjelaskan lebih lanjut tentang hal itu.

"Saya masih ada lagi mak ayah. Jangan sesuka hati nak ambil tindakan dan mencuba nak mencari publish murahan, kerana saya tahu niat awak sebenarnya nak kan orang tahu yang awak ada buka GYM !!!Yes!!! Cara awak memang kotor yer ENCIK AZRI!!! 

Negara kita ada undang-undang saya dah ulaskan hal ini pada pihak berwajib. Saya pun ada membuat tindakan. Kerana perkara ini awak yang memulakan dahulu. Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya. For me awak ini nak kan perhatian!!! Perhatian business baru awak (pembukaan GYM 21/1/2018 bagus betul target awak..)

Takpe lah Encik Azri. Saya harap tindakan yang encik cuba buat itu, adalah satu tindakan DENDAM PERASAAN kerana saya tak melayan komen awak (kena rejected) tq. Apa-apa pun...good morning ☀️🌞☀️," katanya mengakhiri post berkenaan. - SoZPress.

Ulang siar entri Dendam Perasaan, Tak Layan Komen, Punca Papa Gomo Fitnah Saya Kata Sajat Dalam Kemarahan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Dendam Perasaan, Tak Layan Komen, Punca Papa Gomo Fitnah Saya Kata Sajat Dalam Kemarahan. 4.5 5 Unknown Tuesday, January 16, 2018 Dendam Perasaan, Tak Layan Komen, Punca Papa Gomo Fitnah Saya Kata Sajat Dalam Kemarahan. Operasi membanteras Sajat yang dijalankan ole...


No comments:

Post a Comment