Kahwin Di Usia Tiada Salahnya Tapi..

 On Monday, January 8, 2018  

Kahwin Di Usia Tiada Salahnya Tapi..

Kahwin Di Usia Tiada Salahnya Tapi..

Oleh : Megat Amir Danish


Saya kahwin pada usia 22 tahun tapi sayalah orang paling tak suka untuk perjuangkan tentang kahwin muda. Kenapa? Boleh baca bebenang halusinasi ni..

Lately ini saya tengok ramai orang kecam orang kahwin muda ni. Dari kes si photographer islamic, umur 17 dah kahwin & paling latest si isteri dulunya buruk.
 

Yes betul kahwin muda yang orang duk perjuangkan ni untuk elakkan maksiat, hidup lebih berkat, rezeki bertambah, jadi lebih bertanggungjawab dan macam-macam lagi.
 

Dan saya setuju, kalau dah ada peluang & ruang untuk kahwin. Kahwinlah. Usahalah sebaik mungkin untuk kahwin. Dan Rasulullah sendiri suruh untuk kahwin muda. Tapi ada syaratnya...
 

Untuk kes kecaman yang viral tu. Saya nampak dari segi positifnya sangat bagus. Seorang perjuangkan isu kahwin muda, seorang kahwin lepas habis spm. Seorang lagi untuk beri kesedaran kepada lelaki-lelaki takyah nak menggatal dengan orang yang ko tak tahu dia tu single ke dah kahwin ke lesbian ke.
 

Okay sambung balik. Syarat untuk kahwin kuncinya adalah MAMPU. Mampu zahir dan batin. Okay saya nak sentuh bab yang kecil dalam topik mampu iaitu..

MAMPU = KEWANGAN. 
KEWANGAN = DUIT.


 
“Takpa.. duit bukan segalanya... lepas kahwin. rezeki kan bertambah".
 
Yes. Betul. Rezeki bertambah selepas kahwin. But apa i nak cakap kat sini. Kuncinya adalah yang si abang akak ygan nak kahwin ni pergi cari dulu ilmu pengurusan kewangan..
 
Sebab KAHWIN ni bukan benda main-main. Tak sama dengan couple. Kahwin ini benda serious ui. And kahwin bukan magik! Harini kahwin esok terus rezeki duit datang. Harini kahwin esok terus jadi orang bertanggungjawab. Tak bro. Tak!
 
Dan jangan nak salahkan perempuan cari lelaki yang berduit untuk jadikan suami. Sebab fakta menunjukkan kes penceraian paling tinggi disebabkan oleh masalah kewangan. Sebab duit tu satu hal. Sebab ko malas nak cari duit. malas cari ilmu. duk salahkan orang lain, salahkan ekonomi, ko apehal?

Yang orang duk cerita betapa indahnya dunia perkahwinan. Yang duk share kat social media. Semua benda nampak indah-indah belaka. Persoalannya, bersediakah anda? Dari segi mental? Rohani? Kewangan? Or harapkan magik jadi kat u? Lepas kahwin semua benda jadi perfect?

KENAPA SAYA TAK SUKA UNTUK AJAK ORANG LAIN UNTUK NIKAH KAHWIN MUDA?

1. JANGAN sesekali bandingkan diri u dengan org lain. “Dia sebaya dengan aku & kahwin dah. aku? Mereput je la". “Ni umur 17 dah kahwin. menggatal je keje".Lain orang lain situasi lain background lain cara dibesarkan. Semua lain!

2. JANGAN kahwin sebab ikut trend. Ramai orang nikah muda dia pun nak nikah muda. Kahwin sebab ko MAMPU. Bila umur sesuai untuk capai tahap MAMPU? Bila u dah sedar & keluar dari comfort zone. Depends. Ada orang awal. Ada orang lambat. Tengok macam mana cara u manage ur life.

3. Kahwin bukan seperti apa yang ko nampak kat social media tu je. Yang sweet swweet/ pegang tangan-halal. Kahwin ini benda yang serious. Kalau niat kahwin untuk show off dekat orang yang kau ni nikah muda. Hebat. Ikut sunnah & etc. Lupakan je la pasal kahwin eh?

4. Dah sedia mental untuk hadapi sebarang ancaman dalaman atau luaran? Sebab apa? Sebab itu tugas setan. Time couple, hasut buat maksiat.  Time dah halal nikah, hasut untuk gaduh-cerai. Kuncinya, SABAR. Ini traffic light baru 0.3 saat hijau. Kau dah hon orang depan apehal? K. Saje je. Geram

5. JANGAN nikah muda kalau kewangan tak stabil or tak tahu mcm mana nak manage. Pergi cari ilmu dulu. Google ke. Masuk kelas ke. Berguru ke. Bila dah kahwin. Lain dengan zaman bujang. Komitmen bertambah. Tanggungjawab besar.

 
Saya bukan nak cakap jangan nikah muda. Ini pendapat saya sahaja. But kalau u rasa nak jugak kahwin muda walaupun tak MAMPU. Kononnya rezeki lepas kahwin bertambah, konon boleh susah senang bersama. Ha nikah dan belajarlah.

Ulang siar entri Kahwin Di Usia Tiada Salahnya Tapi.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kahwin Di Usia Tiada Salahnya Tapi.. 4.5 5 Unknown Monday, January 8, 2018 Kahwin Di Usia Tiada Salahnya Tapi.. Oleh : Megat Amir Danish Saya kahwin pada usia 22 tahun tapi sayalah orang paling tak suka u...


No comments:

Post a Comment