Kehilangan Aktivis Perlis Hope - Mereka Berbohong, Kami Datang Secara Baik, Tidak Menengking Sesiapa Kata MAZA.

 On Tuesday, January 23, 2018  

Kehilangan Aktivis Perlis Hope - Mereka Berbohong, Kami Datang Secara Baik, Tidak Menengking Sesiapa Kata MAZA.

Kehilangan Aktivis Perlis Hope - Mereka Berbohong, Kami Datang Secara Baik, Tidak Menengking Sesiapa Kata MAZA.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ataupun lebih dikenali sebagai MAZA hari ini tampil membuat kenyataan balas akan tuduhan sesetengah pihak kononnya kehilangan Amri ada kaitan dengan pihaknya.

Selain itu kumpulan itu turut mendakwa Mufti Perlis dan pihak polis telah melakukan kekasaran semasa menyerbu tempat operasi mereka pada tahun 2015, sebelum Amri hilang secara tiba-tiba tanpa sebarang jejak sehingga ke hari ini. 

"Kumpulan Syiah menerusi beberapa media telah membuat dakwaan bahawa Pihak Polis dan Jabatan Mufti Perlis pada 21 Oktober 2015 telah pergi ke tempat operasi mereka di Padang Bohor dengan cara yang kasar," katanya.


MAZA juga menafikan dakwaan pihak polis telah menengking anak kepada Amri bahkan dakwanya pihak jabatan agama bersama pasukan polis telah masuk (ke kawasan rumah dan markas) secara baik tanpa melibatkan sebarang insiden kekasaran.

"Ia satu pembohongan. Pihak Polis tidak pernah menengking anak Amri seperti yang dilaporkan. Bahkan pihak jabatan dan polis masuk dengan cara yang baik. Kami berbahasa dengan baik dan sopan kepada mereka.

Mereka membuat dakwaan kononnya tiada apa-apa bukti kaitan dengan Syiah. Silalah lihat gambar-gambar yang diambil semasa peristiwa tersebut,"
ujarnya.


Menurut Mufti Perlis itu lagi, Amri sebenarnya telah dijemput kepada Jabatan Mufti bagi tujuan mengadakan dialog terbuka. Perbincangan itu juga katanya telah berlangsung dalam keadaan yang harmoni.



"Beliau dijemput ke Jabatan Mufti dengan baik. Keesokan beliau datang, satu dialog yang harmoni telah berlaku. Detil dialog itu saya telah sebut kepada pihak wartawan tadi.

Kata al-imam al-Syafie : Aku tidak pernah lihat kaum yang lebih kuat berbohong melebihi kaum Rafidah (Syiah).




LIHAT GAMBAR GAMBAR INI, APAKAH ADA CIRI KEKASARAN? APAKAH BENAR TIADA AKTIVITI SYIAH YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA ANCAMAN KESELAMATAN?," jelasnya lagi.

Ulang siar entri Kehilangan Aktivis Perlis Hope - Mereka Berbohong, Kami Datang Secara Baik, Tidak Menengking Sesiapa Kata MAZA. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kehilangan Aktivis Perlis Hope - Mereka Berbohong, Kami Datang Secara Baik, Tidak Menengking Sesiapa Kata MAZA. 4.5 5 Unknown Tuesday, January 23, 2018 Kehilangan Aktivis Perlis Hope - Mereka Berbohong, Kami Datang Secara Baik, Tidak Menengking Sesiapa Kata MAZA. Mufti Perlis, Dr Mohd A...


No comments:

Post a Comment