Menyusukan Anak Tapi Badan Gemuk? Ini Tips Untuk Banyakkan Susu & Kuruskan Badan.

 On Sunday, January 7, 2018  

Menyusukan Anak Tapi Badan Gemuk? Ini Tips Untuk Banyakkan Susu & Kuruskan Badan.

Menyusukan Anak Tapi Badan Gemuk? Ini Tips Untuk Banyakkan Susu & Kuruskan Badan.


Post ini khas untuk ibu menyusu dan bakal-bakal ibu juga.


Gambar kiri tahun 2016 sya pegang Adam & Gambar kanan tahun 2017 saya pegang Ayra.. Cerita bermula lepas saya lahirkan Adam, masa dalam pantang semuanya bagus.. berat turun banyak, kurus wow wow! Tapi selepas habis tempoh berpantang, badan saya naik bagai di pam-pam 

Sebab apa naik? Sabab dah tak makan makanan pantang kan? Dah lepas 44 hari (ops saya pantang Adam 30 hari je) and redah makan macam-macam. Nak jaga kesihatan ni bukan pulun masa pantang je jaga itu ini, lepas pantang pun kena jaga sistur.

Peliknya orang kita ni berpantang laksa sampai setahun tapi fast food, makanan manis-manis potong kaki dan jajan tak pula dipantangnya.

Nak jadikan cerita, saya kan kerja sendiri dan memang bawa Adam kemana-mana. Fully breastfeed. And saya cepat terpengaruh dengan kata-kata orang yang ibu menyusu ni boleh je makan banyak, sebab nanti akan proses jadi susu kan? And yes saya memang makan banyak like very the banyak.. milo sehari 2-3 kali konon taknak bagi susu drop..

Nasi berpinggan-pinggan.. Sampailah berat saya naik 68kg dengan ketinggian 163cm which is OVERWEIGHT dan dah lebih BMI normal. Tapi tak nampak sangat sebab sya agak tinggi jugak kan.

Zon selesa datang bila setiap kali makan  banyak dan direstui oleh org sekeliling. Katanya tak apa, nanti lepas habis tempoh menyusu dietlah balik. Bukan kerja nak menyalahkan org je, sebab diri sendiri pun tak ada ilmu. Rupanya ibu menyusu ni tak perlu makan macam pirana.. Ada diet yang membolehkan susu kekal banyak dan badan ibu jadi cantik juga 

Jadi bila bersalin Ayra, saya dah ready mental dan fizikal.. anak kedua kan.. takkan nak ulang benda yang sama betul tak? Lagipun, Ayra lahir masa Adam baru 1tahun 6 bulan dan dia masih menyusu badan (penuh). So saya amalkan ini untuk make sure susu cukup untuk kedua-dua anak saya dan syaa pun tak gemuk.

1) Minum air masak / air sejuk pun boleh janji plain water sebanyak 2-4L sehari. Ibu-ibu perlu faham, air adalah perkara paling penting untuk penghasilan susu.

2) Kerap direct feeding / follow jadual pam yang betul. Susu ibu ni demand dan supply. The more demand, the more milk will be supplied.


 3) Heavy breakfast. Saya makan nasi sbg breakfast (dalam portion 1 orang makan bukan 2 bukan 3 ye)





4) Wajib Makan buah dan sayur (makan 3 kali sehari dah memadai) Lunch makan nasi lauk semua tapi portion seorang je.. tak perlu makan lebih-lebih konon untuk 2 orang

5) Wajib minum susu (saya minum susu HL coklat memang minum dari pregnant sebab ada acid folic) limit maximum sehari 2 gelas je



6) No milo (milo kosong ke ape semua tak boleh) sebab kandungan gula dia tinggi dan faktor penyebab gemuk & segala minuman 3 in 1 juga ya



7) Dinner sebelum pukul 8 malam dan kalau lapar tengah-tengah malam saya akan makan buah dan minum air masak..



Stok buah kena sentiasa ada kat rumah.

Dengan amalkan tips ni semua berat saya mampu maintain 57 kg sekarang ni dan masih berjuang menyusukan Ayra penuh dan Adam pun tumpang sekali sebab masih belum wean off 

Yang penting adalah pemakanan seimbang, jangan disebabkan ibu menyusu anak menjadi green light untuk ibu bedal semua benda. Sekali sekala nak cheat day makan manis is okay, tapi kalau hari-hari makan tak ingat dunia memang gemuklah jawabnya ibu-ibu semua.

Menyusukan anak bukan REASON untuk korang gemuk. Sekian tips ikhlas dari Nuraisyah Abu Husin & saya bukan pakar pemakanan.

Yang ada isteri asyik merungut badan naik sebab menyusukan anak tu, boleh la bagi info ni kat isteri tercinta ya.


Ulang siar entri Menyusukan Anak Tapi Badan Gemuk? Ini Tips Untuk Banyakkan Susu & Kuruskan Badan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Menyusukan Anak Tapi Badan Gemuk? Ini Tips Untuk Banyakkan Susu & Kuruskan Badan. 4.5 5 Unknown Sunday, January 7, 2018 Menyusukan Anak Tapi Badan Gemuk? Ini Tips Untuk Banyakkan Susu & Kuruskan Badan. Oleh : Nuraisyah Abu Husin Post ini khas untuk...


No comments:

Post a Comment