Sikap Suka Bandingkan Dengan Anak Orang, Mulut Cakap Lepas - Ibu Bapa Jangan Buat Perangai Bodoh Begini..

 On Tuesday, January 9, 2018  

Sikap Suka Bandingkan Dengan Anak Orang, Mulut Cakap Lepas - Ibu Bapa Jangan Buat Perangai Bodoh Begini..

Sikap Suka Bandingkan Dengan Anak Orang, Mulut Cakap Lepas - Ibu Bapa Jangan Buat Perangai Bodoh Begini..

Oleh : Amir Syahir

“Anak awak dah pandai duduk? Anak saya 6 bulan pandai dah duduk sendiri.”

“Anak awak hisap puting ke? Tak elok hisap puting nanti gigi tak cantik. Saya memang tak ajar anak saya hisap puting.”

“Tidur buai ke? Susah nak travel nanti. Tak payah la ajar anak tidur buai. Anak-anak saya semua tidur bawah.”



Sikap suka bandingkan anak-anak ni macam dah jadi satu trend sekarang ni. Kalau balik kampung berkumpul ramai-ramai atau jumpa kawan-kawan sambil minum-minum ke ada je yang nak membandingkan anak dia dengan anak kita.

Dah tu pulak, cakap main lepas je. Semua anak dia paling baik, paling hebat. Tak semua orang macam ni. Sesetengah je yang jenis suka sangat bandingkan anak dia dengan anak orang lain.

Ibu-ibu yang bila anak dia kena bandingkan dengan anak orang lain ni mula la nak emosi. Bukan cakap orang lain, tengok isteri aku sudahla. Kalau ada orang duk banding Amsyar pun mula la dia rasa down, rasa sedih. Sampai tak nak dah jumpa dengan orang yang selalu dok kondem Amsyar itu ini.

Sebagai bapa aku pun terasa jugak bila orang duk bandingkan anak aku ni. Bezanya, aku buat rileks je la. Biasala kan, ibu ni lebih kaya dengan emosi dan kasih sayang.

Apa yang aku nak cakap, kita jangan sesekali bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Setiap anak perkembangannya tak sama. Setiap anak itu berbeza.

Kadang-kadang kita tak sedar yang kata-kata kita tu mengguris hati dan perasaan orang lain. Dia bukan ajar anak dia hisap puting tetapi keadaan yang memerlukan dia buat macam tu. Kau tahu ke anak dia dok menangis pukul 2,3 pagi tiap-tiap malam? Kalau tak sumbat puting memang tak tidur sampai pagi. Dia yang jaga anak dia, bukan kau.

Ala, tidur buai tak semestinya susah nak travel. Amsyar pun tidur buai. Tapi kalau balik kampung, tidur bawah je dia. Elok je. Bukan kata balik kampung, dekat rumah pengasuh pun tak nak dia tidur buai. Kat rumah je tidur buai.

Jangan ingat anak yang cepat duduk, cepat merangkak dan cepat berjalan tu lebih bijak dan pandai. Tak semestinya. Asalkan perkembangannya dalam jangka masa yang normal tu kira okeyla.

Lepas ni jangan bandingkan anak kau dengan anak orang lain dah ye. Kalau kau jumpa kawan-kawan, bertanya khabar dah la. Jangan duk cakap “Eh, tak pandai jalan lagi Amsyar. Putra 11 bulan dah jalan. Lambat jugak ya Amsyar ni.”

 
Semua ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak masing-masing. Takde ibu bapa yang nak lihat anak dia tak pandai.

Selagi dalam tempoh perkembangan yang normal tu kira okeyla. Tak perlu nak banding anak-anak. Setiap anak-anak berbeza dan istimewa. Jangan buat orang lain sedih dengan kata-kata kau tu. Kah!

Ulang siar entri Sikap Suka Bandingkan Dengan Anak Orang, Mulut Cakap Lepas - Ibu Bapa Jangan Buat Perangai Bodoh Begini.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Sikap Suka Bandingkan Dengan Anak Orang, Mulut Cakap Lepas - Ibu Bapa Jangan Buat Perangai Bodoh Begini.. 4.5 5 Unknown Tuesday, January 9, 2018 Sikap Suka Bandingkan Dengan Anak Orang, Mulut Cakap Lepas - Ibu Bapa Jangan Buat Perangai Bodoh Begini.. Oleh : Amir Syahir “Anak ...


No comments:

Post a Comment