"Mangsa Telah Digilis Beberapa Kenderaan Lain", Polis dan Kakitangan Lebuhraya Berusaha Kutip Cebisan Otak.

 On Friday, February 9, 2018  


"Mangsa Telah Digilis Beberapa Kenderaan Lain", Polis dan Kakitangan Lebuhraya Berusaha Kutip Cebisan Otak.

Kemalangan yang berlaku di kilometer 226.5, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara) malam tadi telah meragut nyawa seorang mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX 5 kira-kira jam 11.00 malam itu.

Polis dan kakitangan Lebuhraya Utara Selatan berusaha mengutip cebisan otak mangsa yang dipercayai meninggal dunia akibat melanggar bahagian belakang kenderaan yang masih tidak lagi diketahui dan tercampak diatas jalan dilorong sebelah kiri.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik sebaik tiba di lokasi kejadian.  Memetik laporan, mangsa baru berusia 20 tahun dan beralamat di Kampung Kundur Hulu, Negeri Sembilan.



Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Komisioner Nazruel Ekram Abu Shari berkata, "mangsa telah digilis beberapa kenderaan lain.  Siasatan lanjut masih dijalan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat."

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."


Sumber berita & gambar : Sinar Harian

Ulang siar entri "Mangsa Telah Digilis Beberapa Kenderaan Lain", Polis dan Kakitangan Lebuhraya Berusaha Kutip Cebisan Otak. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
"Mangsa Telah Digilis Beberapa Kenderaan Lain", Polis dan Kakitangan Lebuhraya Berusaha Kutip Cebisan Otak. 4.5 5 Unknown Friday, February 9, 2018 "Mangsa Telah Digilis Beberapa Kenderaan Lain", Polis dan Kakitangan Lebuhraya Berusaha Kutip Cebisan Otak. Kemalangan yang b...


No comments:

Post a Comment