Anak Ramai Tak Penting, Yang Penting Memanusiakan Anak Masing-Masing.

 On Friday, February 9, 2018  

Anak Ramai Tak Penting, Yang Penting Memanusiakan Anak Masing-Masing.

Anak Ramai Tak Penting, Yang Penting Memanusiakan Anak Masing-Masing.

Oleh : Nur Firdaus

BILA ORANG TANYA KENAPA ANAK SIKIT

O: Orang
K: Kiter


O: Anak berapa orang dah sekarang tuan?

K: Alhamdulillah, 2 orang dah setakat ini. Yang pertama lelaki, yang kedua perempuan.




O: Oh, tu baru nak mula namanya (sedikit tergelak sehingga menampakkan plak dan karies). Saya alhamdulillah, nak masuk 9 dah tengah tahun nanti.

K: Alhamdulillah, murah rezeki dari Allah tu. Seronok kan anak ramai ni?

O: Memang seronok tuan. Eh, tuan memang tak nak ramai-ramai ke? Anak ramai ni kan sunnah nabi. Nabi bangga dengan umatnya yang ramai, tak gitu tuan?

K: Betul tu. Anak ramai adalah sesuatu yang disukai Allah dan Rasulullah. Tapi kena faham juga. Meramaikan anak adalah sesuatu yang DIANJURKAN SAHAJA. Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang WAJIB. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.

O: Hmm.. (terdiam sekejap)

K: Nabi berbangga dengan anak yang ramai, tetapi dalam hadis yang lain nabi sedikit kesal akan sebahagian umatnya yang akhir zaman hanya seperti buih di lautan. Islam agama kualiti, bukan kuantiti. Bila bertemu perkara yang wajib dan sunat, maka yang wajib perlu sentiasa didahulukan.

O: Jadi, tuan memang takut anak ramai ke? (defense mechanism)

K: Bukan begitu. Saya jalan perlahan-lahan. Selesai sahaja satu tahap, baru saya ke tahap seterusnya. Allah tidak akan soal kenapa anak saya tidak ramai, tetapi Allah akan soal kenapa saya tidak bertanggungjawab ke atas anak-anak yang TELAH dianugerahkanNya. Eh, terpanjang pula :)

O: Betul jugak tu. Terbuka sikit minda saya ni tuan. Nampaknya banyak la kerja saya lepas ni.

K: Slow and steady tuan, yang dah ada ini fokus betul-betul. 9 orang, maknanya ada 9 fail yang akan dibuka (di Mahsyar) nanti. Tuan orang baik, tiada masalah insyaAllah. Ok tuan, saya nak ke sana kejap. Assalamualaikum

Ulang siar entri Anak Ramai Tak Penting, Yang Penting Memanusiakan Anak Masing-Masing. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Anak Ramai Tak Penting, Yang Penting Memanusiakan Anak Masing-Masing. 4.5 5 Unknown Friday, February 9, 2018 Anak Ramai Tak Penting, Yang Penting Memanusiakan Anak Masing-Masing. Oleh : Nur Firdaus BILA ORANG TANYA KENAPA ANAK SIKIT O: Or...


Related Post:

  • Pemain Bola JDT Maut Dalam Kemalangan. Pemain Bola JDT Maut Dalam Kemalangan. Seorang pemain bola sepak skuad Piala Presiden Johor Darul Ta’zim (JDT) meninggal dunia manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta diKM43.5 Lebuhray… Read More
  • TMJ Kritik Pengacara Astro, Dedahkan Penipuan Astro Arena. TMJ Kritik Pengacara Astro, Dedahkan Penipuan Astro Arena. WOWWWW.. Ada sesuatu yang sangat menarik dalam kritikan TMJ kepada pengacara ASTRO yang mengulas sukan bola sepak tanah air. Korang kena baca pendedahan dia. Nampak, nampak, bagaimana bol… Read More
  • Wanita Bertudung Berat Mahu Saman.. Wanita Bertudung Berat Mahu Saman..Sebenarnya betul juga point dia. Walaupun dia beratkan kepala dia dengan berlapis2 lilitan untuk tutup rambut dia, still dia masih jaga aurat. Bukan mendedahkan aurat dia. Oleh kerana itu kepala dia, tudung dia da… Read More
  • Esok Mati Minta Ampun Pada Saya - Rosmah Mansur Kepada Pengkritik PERMATA. Esok Mati Minta Ampun Pada Saya - Rosmah Mansur Kepada Pengkritik PERMATA.Mengarut. Kalau betul program PERMATA itu dibuat untuk membantu pendidikan awal kanak2 maka buatla secara sistematik. Apa bukti program PERMATA itu bermanfaat dan tak baz… Read More
  • Wajah Lelaki Yang Tersangkut Cincin Di Kemaluan Tersebar. Wajah Lelaki Yang Tersangkut Cincin Di Kemaluan Tersebar. Gambar yang diambil mungkin atas tujuan perubatan dan rujukan. Yang neh aku boleh faham. Tapi apa perlu menyebarkan ia pula ye? Kronologi. 1. Mula2 pihak bomba laporkan satu kes pelik d… Read More

No comments:

Post a Comment