Pengasas Lemonex Tampil Beri Penjelasan, Nafi Produk Bermasalah.

 On Friday, February 9, 2018  

Pengasas Lemonex Tampil Beri Penjelasan, Nafi Produk Bermasalah.

Pengasas Lemonex Tampil Beri Penjelasan, Nafi Produk Bermasalah.

Oleh : Syukor Majid

Abang ni peniaga jujur dik.

Yang tak jujur tu orang yang buat produk tiruan, yang menjual produk tiruan dan yang membeli produk tiruan. Merosakkan nama produk. Merosakkan nama BOT Holdings Berhad. Merosakkan nama abang. Merosakkan pasaran.

Ingat tau, Lemonex Original ni tiada kandungan terlarang seperti Sibutramine dan segala mak nenek bahan merbahaya.

Lemonex selamat digunakan. Kalau tak selamat takdelah kilang abang dapat approval buat produk ni. Kilang abang ni berlesen. Bukan buat belakang rumah. Lengkap dengan GMP, HACCP, MESTI, ISO:22000. 


Yang tak selamat tu Lemonex tiruan. Yang murah-murah tu. Yang membeli pun, pergi cari yang murah. Dapat yang tiruan, padan muka.

Abang sedang bekerjasama dengan KKM dan juga KPDNKK untuk membanteras produk-produk tiruan yang membahayakan kesihatan orang ramai.

Kami separuh mati hidupkan Lemonex, habis berjuta duit, diorang suka-suka hati ambik kesempatan ke atas insan lemah seperti abang ni. Korang tunggu lah pihak berwajib datang serang. Baru kau tau langit tu tinggi ke rendah.


Masalah Lemonex cuma ada phamplet testimoni dan claim di dalam botol. Bukan sebab ada sibutramine. Sekarang dah tiada lagi phamplet dalam botol. Tiada lagi isu. KKM benarkan berniaga macam biasa.

Lemonex dikelaskan sebagai makanan dan tak perlu berdaftar dengan NPRA. Sebab tu takde MAL dan tiada dalam senarai Quest3.

Dah 10 tahun abang dalam industri. Abang bukan meniaga produk timbang kilo dik. Kilang abang berstatus GMP, HACCP, MESTI dan ISO:22000. Abang akan adakan press conference dalam masa terdekat untuk menjernihkan keadaan. Hati-hati sebarkan fitnah. Nanti makan diri.

Ulang siar entri Pengasas Lemonex Tampil Beri Penjelasan, Nafi Produk Bermasalah. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Pengasas Lemonex Tampil Beri Penjelasan, Nafi Produk Bermasalah. 4.5 5 Unknown Friday, February 9, 2018 Pengasas Lemonex Tampil Beri Penjelasan, Nafi Produk Bermasalah. Oleh : Syukor Majid Abang ni peniaga jujur dik. Yang tak jujur tu ...


No comments:

Post a Comment