2.1 Juta Pekerja Bangladesh Bakal Kalahkan Masyarakat India Sebagai Kaum Ketiga Terbesar Di Malaysia.

 On Thursday, March 22, 2018  

2.1 Juta Pekerja Bangladesh Bakal Kalahkan Masyarakat India Sebagai Kaum Ketiga Terbesar Di Malaysia.

2.1 Juta Pekerja Bangladesh Bakal Kalahkan Masyarakat India Sebagai Kaum Ketiga Terbesar Di Malaysia.

Oleh : The Coverage

Adakah urusan Malaysia dengan kerajaan Bangladesh patut diteruskan? Soalan ini merujuk kepada populasi rakyat Bangladesh di negara ini yang akan mengatasi populasi penduduk India sebagai bangsa ketiga terbesar di Malaysia. Baca apa yang kami kongsikan ini.

Ini disebabkan populasi pekerja asing di negara kita semakin berkembang, jadi tidak hairanlah kalau dikatakan kita bakal mencapai titik di mana rakyat Bangladesh akan mengatasi kaum India sebagai bangsa ke-3 terbesar tidak lama lagi.

Bayangkan setakat ini sahaja, sudah ada 2.1 juta pekerja asing yang didaftarkan di Malaysia dan dianggarkan terdapat lagi 4 juta pekerja asing yang tidak berdaftar. Rakyat Bangladesh sekurang-kurangnya seramai 600,000, kira-kira satu perenam dari semua pekerja asing.

Tetapi menurut sumber, awal minggu ini, NST melaporkan bahawa Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina telah bersetuju untuk menghantar 1.5 juta pekerja ke Malaysia. Jumlah itu akan menolak populasi rakyat Bangladesh di Malaysia pada masa depan kepada 2.1 juta pekerja. Cuba anda bayangkan !



Apabila dibandingkan dengan kira-kira 2 juta penduduk bangsa India di Malaysia sekarang ini, (menurut Wikipedia), rakyat Bangladesh akan mengambil alih kaum India sebagai bangsa ke-3 terbesar di Malaysia pada masa akan datang. Sudah tentu ini hanya angka, kerana pekerja asing bukan warganegara di negara ini.

Walau bagaimanapun, angka-angka ini menunjukkan kepada kita betapa banyak buruh asing yang masuk, dengan kadar yang perlahan-lahan mereka mengatasi rakyat Malaysia.

Adakah Malaysia akan berubah apabila semakin ramai pekerja asing mula masuk ke nagara ini? Bagaimana dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat di Malaysia, dan ekonomi yang semakin memburuk?

Hanya masa akan menentukan.

Ulang siar entri 2.1 Juta Pekerja Bangladesh Bakal Kalahkan Masyarakat India Sebagai Kaum Ketiga Terbesar Di Malaysia. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
2.1 Juta Pekerja Bangladesh Bakal Kalahkan Masyarakat India Sebagai Kaum Ketiga Terbesar Di Malaysia. 4.5 5 Unknown Thursday, March 22, 2018 2.1 Juta Pekerja Bangladesh Bakal Kalahkan Masyarakat India Sebagai Kaum Ketiga Terbesar Di Malaysia. Oleh : The Coverage Adakah urus...


No comments:

Post a Comment