Benarkah Botol Plastik Dan Plastik Nasi Impit Boleh Menyebabkan Kanser?
Oleh : Suhazeli Abdullah
BOTOL PLASTIK & KETUPAT BUNGKUS PLASTIK PENYEBAB KANSER?
Sekurang-kurangnya terdapat tiga sebaran maya yang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan botol/bekas plastik kerana menjadi punca kepada kanser. Amaran pertama adalah larangan dari menggunakan bekas plastik ketika menyediakan juadah minuman dan makanan.
Begitu juga larangan memasukkan botol plastik dalam mikrowave kerana ia mengundang 52 jenis kanser. Sebaran kedua mengenai amaran dari seorang selebriti TV, Sheryl Crow yang kononnya pengidap kanser payudara supaya masyarakat tidak menggunakan botol plastik semasa meminum air, terutama sekali botol plastik air mineral yang terdedah atas dashboard kereta.
Sebaran viral ketiga adalah bahaya mengunakan plastik pembalut ketika memasak nasi himpit, kononnya plastik tersebut akan terurai semasa proses pemanasan dan akhirnya mengeluarkan bahan pencetus kepada kanser serta mengganggu fungsi hormon manusia.
Saya terus membuat sedikit selidikan mengenai perkara tersebut. Saya menemui kenyataan dalam laman Youtube.com dari Sheryl Crow.
Beliau telah membuat penafian sejak 2009 lagi. Malah selebriti Sheryl Crow berkenaan tidak pun menghidap kanser payudara akibat dari meminum air dari botol plastik.[1] Sebaran maya yang tidak bertanggungjawab itu cuba mengaitkan penggunaan botol plastik kitar semula mengandungi dioxin. Dioxin adalah salah satu bahan kimia yang dilepaskan dari botol plastik apabila mengalami perubahan suhu ektrim samada terlalu panas atau sejuk, dan ia dikaitkan sebagai agen pencetus kanser (carcinogenic).
Selain tokoh selebriti, terdapat juga sebaran maya yang cuba memalitkan universiti tersohor seperti Johns Hopkin yang kononnya mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan kanser dan penyebabnya. Penafian juga dibuat oleh Johns Hopkin.[2] Banyak lagi sebaran berita palsu lain yang disebarkan tanpa sebarang objektif dari para penyebar maklumat.
Dalam isu yang sama, laman web rasmi cancerresearchuk.org juga mengeluarkan kenyataan penafian.[3] Mereka menyatakan, terdapat kajian bahawa sejumlah kecil bahan kimia akan terperangkap dalam botol air minuman semasa proses pengilangan.
Tetapi jumlahnya terlalu rendah. Kajian pengesahan telah dilakukan, botol plastik dipanaskan pada suhu 60⁰C (140⁰F) beberapa jam, paras bahan kimia yang terlepas ke dalam air dari dinding botol amat rendah dan selamat digunakan.
Botol plastik yang dijual biasanya dibuat dari plastik bernama polyethylene terephthalate (PET atau PETE). Ia senang digunakan kerana ringan, senang buang, boleh kitar semula walau digunakan berkali-kali.
Dua bahan yang kononnya dilepaskan dari PET ini jika berada dalam suhu sejuk; iaitu dioxin dan DEHA (diethylhydroxylamine). Namun dakwaan mengatakan DEHA ini dilepaskan dari PET adalah tidak benar, kerana DEHA tidak terlibat pun dalam campuran proses pembuatan botol plastik. Pun begitu pada Jun 2003, Makmal Pusat Swiss telah mengesahkan dalam kajian mereka bahawa DEHA tidak dijumpai dalam mana-mana botol plastik yang dikitar semula.
Dengan itu WHO juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kandungan DEHA (jika wujud pun) adalah terlalu kecil dan selamat diguanakan botol plastik.[4] Isu ini juga disokong oleh Persatuan Kanser Amerika dan International Agency for Research on Cancer (IARC). Mereka menegaskan sekali lagi lagi bahawa DEHA bukan agen kanser.
Bagi dioxin pula, Majlis Kimia Amerika mengesahkan tiada kajian yang mengaitkan dioxin dalam botol plastik penyebab kanser. Malahan, dakwaan dioxin sebagai agen kanser juga tiada asas saintifik. Ini kerana dioxin adalah satu bahan kimia yang hanya terurai dalam suhu yang terlalu ekstrim melebihi 700⁰F (371.1⁰C). Terlalu amat sukar keadaan suhu yang ektrim itu berlaku dalam sinaran panas dalam kereta.[4] Sudah tentu kereta itu sendiri sudah terbakar dan meletup.
Bagi isu ketupat plastik, KKM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi.[5] Tegas kenyataan tersebut bahawa , tiada bukti yang menyatakan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem endokrin dan kesan karsinogenik. Plastik ketupat yang mengandungi bahan HDPE adalah jenis gred makanan yang tahan kepada haba sehingga 120oC dan tidak mudah merembes (leaching) keluar.
Kajian yang dilakukan oleh Institut Sains dan Teknologi Industri Pembuatan di Princeton, Amerika Syarikat yang dibangkitkan oleh Pengerusi CAP adalah kajian terhadap plastik HDPE saluran paip, dan ia tidak boleh disamakan dengan penggunaan plastik ketupat atau plastik pembungkus makanan.
Organik mudah meruap (VOC) dari plastik adalah tidak stabil dan mudah meruap pada suhu yang tinggi, oleh itu ia tidak menjadi isu keselamatan kerana sifat ini di dalam masalah plastik ketupat.
Pautan :
[1] Penafian berkaitan Sheryl Crow hidap kanser. https://www.youtube.com/watch?v=YHKeRjoKMBI
[2] Penafian dari Johns Hopkin. http://www.hopkinsmedicine.org/…/cancer_update_email_it_is_…
[3] Kenyataan dari Cancerresearchuk. http://www.cancerresearchuk.org/…/plastic-bottles-and-cling…
[4] Isu botol plastik yang dikitar semula. http://www.snopes.com/medical/toxins/plasticbottles.asp
[5] Kenyataan Penafian KKM Isu Ketupat dalam Plastik. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…

Ulang siar entri Benarkah Botol Plastik Dan Plastik Nasi Impit Boleh Menyebabkan Kanser? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment