Ada Sebabnya Kenapa Pelajar Medik Asyik Bertanyakan Soalan Kepada Pesakit..
Oleh : Nimelesh Max Balanthiren
Ini lah perbezaan mentaliti orang Malaysia dengan orang luar negara.
Kalau tak puas hati, mesti juga letak kat media sosial siap dengan gambar orang sekali.
Kalau lah satu hari, orang letak gambar u atau anak u kat facebook, suka tak?
I kesian kat student student medik, Doktor Pelatih, Student misi dan student ppp.
Bidang medik ni bukan tentang teori sahaja. Bahagian klinikal merupakan aspek penting dalam pembelajaran bidang perubatan. Tanpa pengambilan sejarah perubatan, seorang staf kesihatan tidak dapat mengdiagnosa dan merawat seorang pesakit dengan betul.
Dan Teknik pengambilan sejarah perubatan ini merupakan suatu seni. Tanpa latihan dan praktis, bakal bakal doktor ini akan kehilangan satu skill yang penting.
“History Taking” ni bukan sahaja penting untuk pelajar pelajar ni, malah untuk pesakit sendiri.
Contoh terbaik, anda pergi ke jabatan kecemasan kerana sakit perut yang kuat. Masa itu doktor masih tidak dapat memberi diagnosa yang tepat kerana simptom simptom anda tidak ketara sangat.
Apabila anda masuk ke wad, Anda mula berasa sakit pada bahagian kanan. Dan apabila doktor pelatih datang mengambil sejarah, anda beritahu tentang ini kepada Houseman tu.
Dia pun fikir pasal keradangan appendiks dan terus inform boss dia.
Ataupun situasi di mana bayi masuk untuk radang paru paru. Masa pelajar perubatan itu ambil sejarah dan buat pemeriksaan fizikal, beliau dapati salur pernafasan bayi tu amat ketat dan segera mendapatkan pemerhatian doktor dalam wad itu.
Pernah ingat lagi satu kisah di Virginia, USA.
Ada satu pelajar perubatan ini terlibat dalam exam klinikal. Biasanya untuk exam perubatan ni mereka menggunakan pesakit sebenar atau pesakit “tipu”. maksudnye orang sihat yang berlakon seolah olah dia ada masalah kesihatan ni.
Pelajar itu mendapat kes pesakit lakonan denagn “Abdominal Aortic Aneursym” ataupun lebih senang dikenali sebagai benjolan pada saluran darah.
Apabila beliau memeriksa pesakit tersebut, beliau mendapati pesakit tersebut ada benjolan yang sebenar dan memberitahu professor dia.
Dan dia betul. Pesakit lakonan yang tidak mempunyai sebarang simptom mempunyai penyakit aneurysm yang boleh membawa maut.
Masa i kat HKL, i dah jumpa ramai pelajar perubatan yang takut berinteraksi dengan pesakit. Sebab mereka takut dengan pesakit.. sehingga lah mereka bertanya dengan saya terus sejarah perubatan dan diagnosa pesakit ( Pelajar tak boleh buka rekod perubatan pesakit suka hati), tapi biasanya i tak beritahu dan minta pesakit lain beri kerjasama.
Ini belum lagi cerita pasal pesakit yang tak nak student misi/student ppp buat sebarang prosedur seperti dressing.
Saya tak pernah ada masalah ni kat overseas.
Nak baca kes note dalam Rusia memanglah payah, lagi lagi dengan handwriting yang tak boleh dibaca hahaha. Tapi bila pergi kat pesakit dan tanya "на что вы жалуетесь?” , automatik dia akan beri kerjasama . Siap bersemangat pulak tu, tanya pasal kehidupan kita kat Rusia.
Satu lagi pesakit pesakit Rusia ni pandai ingat tentang ubat mereka. Takde ayat macam ni “saya ambil ubat putih” , sebaliknya mereka akan cakap, “saya ambil ubat Concor …”
Apa apa pun ini adalah hak pesakit. Semua pelajar perubatan sebelum nak tanya soalan, tanya dulu pesakit terlebih dahulu sama ada dia hendak ingin ditemuramah.
Kalau dia tak nak, biar je lah dia. Dia yang rugi. Sebab dia tak tahu, u akan berbincang semua benda yang anda jumpai dengan doktor yang merawat dan professor anda.
Untuk pesakit yang “dipilih’, anda patut berasa bertuah kerana anda dapat membantu seseorang untuk menuntut ilmu, dan mengajar seseorang secara tidak langsung.
"Selamat datang bagi orang yang menuntut ilmu.Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayap-sayapnya bagi mereka yang menuntut ilmu, kemudian berkumpul bertumpuk-tumpuk antara satu sama lain, hinggalah ke langit dunia.Mereka melakukannya kerana cintanya kepada orang yang menuntut ilmu.” (HR Tabrani)
“Jadikanlah dirimu orang yang alim (mengajarkan dan mengamalkan ilmu) atau orang yang menuntut ilmu (belajar) atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, ataupun orang yang mencintai (ketiga-tiga golongan tersebut). Dan janganlah engkau sekali-kali menjadi golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Riwayat al-Bazzar)

Ulang siar entri Ada Sebabnya Kenapa Pelajar Medik Asyik Bertanyakan Soalan Kepada Pesakit.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment