Jangan Halang Hak Anak-Anak Tak Divaksin Ke Sekolah Untuk Belajar..

 On Saturday, March 9, 2019  

Jangan Halang Hak Anak-Anak Tak Divaksin Ke Sekolah Untuk Belajar..

Jangan Halang Hak Anak-Anak Tak Divaksin Ke Sekolah Untuk Belajar..

Oleh : Muhammad Musoddiq Bin Jaafar

Sebenarnya aku setuju dengan Dr Maszlee yang anak tidak divaksin itu tidak patut dihalang ke sekolah.




Tidak patut kerana kesalahan ibu bapa dia, dia pula kena tanggung. Apabila anak tidak divaksin ke sekolah, inilah masanya mendidik anak-anak mendapatkan vaksin. Samalah seperti mak ayah ada hiv, anak pula yang kena pulau dan diskriminasi. Orang miskin ke, kaya ke, warga asing ke, kaum apa sekalipun, berhak mendapat pendidikan.

Nanti jika mereka pun tak kesekolah, makin membiak puak-puak antivaksin ni. Dari 1-2 keluarga, bertambah jadi 20-30 keluarga hasil dari keturunan pertama yang tidak mendapat pendidikan akan hal vaksin. Silap haribulan, apabila ada outbreak penyakit berkaitan vaksin, mereka menjadi duri dalam daging yang sangat dasyat kerana jumlah bilangan meningkat.



Aku faham akan hal herd immunity. Aku dah bertahun-tahun berperang dengan antivaksin.

Apa yang kita boleh cadangkan, jika tidak mahu ambil vaksin. Ianya adalah satu jenayah kerana mengabaikan keperluan kesihatan kanak-kanak. Boleh masuk kategori child abuse dimana hak penjagaan boleh lucut sama sekali dan di penjarakan. Kita kena hukum mak bapak yang degil. Bukan anaknya.

Kalau nak lembut sikit. Terpaksalah kita buat sekolah khas untuk antivaksin. Bagi aku cara ni sebenarnya tak patut berlaku. Tetapi ini caranya mampu memberi pendidikan kepada mereka. Cuba baca kisah anak antivaksin yang dah masuk je umur 18 tahun, terus dia ambil vaksin. Dalam diam dia sebenarnya tidak bersetuju dengan mak Ayah dia. Dia terdidik dengan baik akan hal vaksin. Cuba bayangkan remaja 18 tahun itu kahwin dan ada anak ramai. Dan anak ramai tu membiak lagi. Jadilah punca outbreak penyakit berkaitan vaksin yang dasyat pada masa hadapan.

Dan satu lagi cara aku rasa efektif dan lembut adalah siapa yang tidak mahu vaksin anak, mak ayah tersebut tidak dibenarkan untuk menikmati subsidi perubatan. Bayar seperti warga asing. Syarikat insurans pula, sama ada menghilangkan terus kelayakan atau mengenakan bayaran harga yahudi kepada mereka. Kalau jentik poket mereka, confirm cacing kepanasan mereka itu.

Ulang siar entri Jangan Halang Hak Anak-Anak Tak Divaksin Ke Sekolah Untuk Belajar.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Jangan Halang Hak Anak-Anak Tak Divaksin Ke Sekolah Untuk Belajar.. 4.5 5 Unknown Saturday, March 9, 2019 Jangan Halang Hak Anak-Anak Tak Divaksin Ke Sekolah Untuk Belajar.. Oleh : Muhammad Musoddiq Bin Jaafar Sebenarnya aku setuju dengan ...


No comments:

Post a Comment