Dilema Pengundi Muslim - Ustaz Emran Ahmad

 On Friday, April 13, 2018  

Dilema Pengundi Muslim - Ustaz Emran Ahmad

Dilema Pengundi Muslim - Ustaz Emran Ahmad

Oleh : Emran Ahmad
 
Dilema pengundi Muslim

Berikut ialah beberapa dilema yang dikongsikan oleh beberapa rakan kepada saya untuk sama-sama kita bermuhasabah atau semak adakah ianya benar?



Gambar Hiasan
1. Ada beberapa rakan dilema hendak memilih parti Islam kerana wujud calon yang diletakkan oleh parti tersebut adalah di kalangan golongan agama yang terkenal anti kepada dakwah sunnah dan pro bid'ah serta penyebar hadith palsu.

Di Perlis misalnya, terdapat kepercayaan bahawa jika parti jenama Islam memerintah maka muftinya akan ditukar, dakwah sunnah akan disekat dan bid'ah, majlis haul, ya hanana akan dibawa masuk secara berleluasa tanpa ada sesiapa lagi menghalang.

Walaubagaimana pun ramai rakan saya yang kuat beragama memilih parti ini atas alasan komitmen dan dasar parti ini secara keseluruhan yang mahukan Islam tertegak dan kewujudan kelompok agamawan yang ramai di dalamnya. Cuma mereka terkilan dengan sikap fanatik dan keras sebahagian ahlinya terhadap orang yang berbeza aliran dengan mereka dan bimbang akibat yang akan berlaku jika kuasa di tangan mereka.

2. Sementara itu pula, ada sahabat saya juga menzahirkan kekhuatiran bahawa jika menyokong parti yang menyertai gabungan pakatan pelbagai aliran yang ada dan mereka menang maka liberal serta golongan anti Islam seperti Sister in Islam, G 25, Lgbt, syiah dan pelbagai lagi kumpulan anti-Islamik ini akan semakin berani.

Ini kerana parti gabungan atau pakatan ini tidak dilihat begitu bersungguh memperjuangkan dasar Islam atau membela Islam. Pesta Arak Oktoberfest pun tidak ramai yang membangkang, kemudian parti bukan Islam yang dimonopoli oleh kaum Cina itu kerap kali mengeluarkan sentimen anti Islam seperti isu Dr. ZAKIR NAIK, isu arak, konsert, isu aurat dan sebagainya yang menjadi keperihatinan seorang muslim.

Pun begitu ramai rakan saya condong kepada parti gabungan ini kerana kerjasama mereka lebih realistik jika mahu mengubah negara dan keadaan rakyat dianggap paling bermanfaat jika mereka dapat memenangi pilihanraya.

Manfaat lainnya dilihat bahawa dakwah sunnah serta Islam yang progresif akan lebih subur, bid'ah, lebai penunggang agama akan lebih senang dicantas jika pakatan ini memenangi pilihanraya.

Pun begitu ada harganya yang perlu dibayar.

3. Sungguh pun menghadapi masalah ekonomi dan rakyat semakin tertekan namun zaman Najib dan Pak Lah dilihat lebih membantu dakwah berjalan dalam negara tanpa halangan berbanding zaman Mahathir.

Najib dilihat tidak peduli perkembangan dakwah asalkan boleh memerintah, beliau juga boleh dianggap agak menghormati agamawan berbeza dengan Mahathir yang suka memberi komen tentang isu agama dan tunjuk pandai serta kurang menghormati agamawan kecuali sebilangan kecil.

Kasim Ahmad mendapat sokongan Mahathir walaupun dibantah oleh ramai agamawan.

Najib pula meraikan Dr. ZAKIR NAIK dan ramai ulama' luar bebas datang ke Malaysia yang jika kita di zaman Mahathir kemungkinan visa mereka pasti dihalang.

Namun, kata sahabat saya harga mengundi Najib dan BN adalah sangat mahal iaitu harganya ialah penderitaan rakyat yang berpanjangan. Cukai semakin naik, harga barang mahal, subsidi dikurangkan, hospital dan pendidikan dipotong budget atau bantuan sehingga banyak pemeriksaan kesihatan(scan, x-ray, ultra sound) untuk rakyat awam terpaksa mengikut tapisan yang lebih ketat, ubat perlu dibeli di luar dan sebagainya.

Mengundi BN akan menjadikan kita bertanggungjawab ke atas semua akibat ini.

4. Ramai rakan dan sahabat saya ragu, keliru dan pening hendak memilih kerana mereka bukanlah orang yang taasub atau fanatik kepada sesuatu kumpulan dan parti sebaliknya mahu menilai secara keseluruhan dan ingin membuat keputusan yang terbaik.

5. Buat masa ini selagi belum keluar senarai penuh calon dan belum meneliti kesan dan akibat daripada keputusan kita mengundi atau memilih pemimpin maka saya mensarankan mereka untuk terus bermuhasabah, mengkaji dan mencari data atau maklumat-maklumat baru yang boleh membantu mereka membuat keputusan besar yang akan mempengaruhi masa depan dan hala tuju negara.

Di samping melakukan istikharah memohon petunjuk Allah.

Agar kita tidak menjadi seperti yang disebut oleh Allah dalam al-Quran;

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

"Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)." (Al-Ahzab: 67)

# Adapun saya dan keluarga, kami insyaAllah akan menyokong apa yang paling bermanfaat untuk Islam walaupun kami terpaksa sengsara kerana dunia hanya sementara!

Ulang siar entri Dilema Pengundi Muslim - Ustaz Emran Ahmad bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Dilema Pengundi Muslim - Ustaz Emran Ahmad 4.5 5 Unknown Friday, April 13, 2018 Dilema Pengundi Muslim - Ustaz Emran Ahmad Oleh : Emran Ahmad   Dilema pengundi Muslim Berikut ialah beberapa dilema yang dikongsik...


No comments:

Post a Comment