5 Aspek Kesihatan Drama Nur Di Slot Samarinda.
Oleh : Ahmad Zulfahmi
5 ASPEK KESIHATAN SLOT SAMARINDA NUR
Ramai teruja dengan kemunculan slot Nur di TV3. Drama bersiri ini membuka dimensi baru mengenai dunia di lorong-lorong gelap, kehidupan bertuhan, dan juga peranan agamawan dalam mendekati mereka yang tersisih di lorong gelap.
Begitu juga saya setelah menonton kesemua 19 episod siri tersebut.
Dalam perspektif medik, ada beberapa perkara yang ingin saya utarakan;
1) Stigma HIV dan penyakit seksual
Watak Nur (dilakonkan Amiera Rosli) mendapat stigma melampau disebabkan latarbelakangnya yang berasal dari lorong gelap. Setelah berumahtangga dengan Ust Adam (lakonan Syafiq Kyle), Nur dikatakan berpenyakit HIV dan penyakit seksual yang lain.
Amirul (lakonan Raja Atiq), adik kepada Ust Adam, sanggup membeli set pinggan baru sewaktu makan bersama Nur kerana takut berjangkit. Begitu juga apabila pinggan dan gelas yang digunakan Nur telah dibuang oleh Amirul kerana khuatir boleh menjangkiti keluarganya.
Penerangan Ust Adam seterusnya berkenaan dia dan Nur telah membuat ujian saringan HIV (keputusan negatif) dan saringan berkala yang lain memberikan pencerahan kepada Amirul.
HIV tidak boleh berjangkit melalui berkongsi pinggan mangkuk.
2) Kempen "Safe Sex"
Dr Qhadeeja dan Dr Mukhriz merupakan penggerak kepada kempen "Safe Sex" kepada golongan lorong gelap.
Penggunaan "barrier method" dengan cara yang betul, seperti penggunaan kondom boleh mengurangkan transmisi penyakit bawaan seksual seperti HIV, Gonorrhea dan Syphilis. Ini yang menjadi keutamaan dari segi kesihatan.
Isu ini selalu mendatangkan persepsi negatif di mana pemberian kondom secara percuma dikatakan merupakan satu bentuk galakan berlakunya kegiatan jalang/pelacuran di lorong-lorong gelap.
Bagi saya, di sini semua pihak perlu memainkan peranan dalam mendekati golongan lorong gelap. Agamawan seperti Ust Adam perlu terus membuka jambatan hubungan dan bukannya berterusan menjadi penghukum bahawa golongan lorong gelap ini merupakan ahli neraka.
Pihak Kesihatan fokusnya kepada pengurangan mudarat (Harm Reduction) sebagaimana program Needle, Syringe Exchange Program (NSEP), program tukar jarum, picagari secara percuma kepada golongan Intravenous Drug User (IVDU), yakni penagih dadah. Sekali lagi, program bukan bertujuan menggalakkan. Tujuannya untuk mengelakkan penyakit HIV, Hepatis dan lain-lain.
3) Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)
Ini yang mungkin berlaku kepada Datin Orkid, emak kepada Dr Qhadeeja yang sepatutnya berkahwin dengan Ust Adam.
Datin Orkid mengalami trauma/stress kerana perkahwinan anaknya terbatal secara tiba-tiba. Datin Orkid terpaksa dirujuk kepada doktor psikiatri.
4) Pospartum Blues/Depression/Psychosis
Ini merupakan gejala yang berlaku pasca bersalin. Biasa dikatakan sebagai gila meroyan oleh masyarakat Melayu.
Tahapan bermula dari gejala paling ringan sehinggalah mempunyai gejala psikosis seperti halusinasi dan delusi.
Apa yang terjadi pada Nur setelah keguguran anak pertamanya adalah pada peringkat awal iaitu blues. Ia merupakan perkara normal berlaku setelah kehilangan anak dalam kandungan.
Sila baca artikel Dr Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga mengenai Postpartum Psychosis;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156535773097417&id=818242416
5) Kepentingan Basic Life Support (BLS)
Ketika Hjh Musalmah, mak mertua Nur tercekik ketika makan, Nur telah mempraktikkan Heimlich Maneuver (sila google - merupakan prosedur "life-saving" bagi menyelamatkan orang dewasa tercekik). Sila lihat aksi Nur; https://www.facebook.com/hafizadam/videos/10211870339734190/
Walaupun Nur merupakan perempuan lorong gelap dan tidak mendapat pendidikan formal, pengetahuan Nur mengenai BLS wajar dipuji.
Selamat menonton Siri Nur dan tahniah tim produksi Shahrulezad Mohameddin, atas cerita yang sangat cemerlang serta di luar kotak.
Very well recommended.
Geram tengok Ust Syed Hamadi,
Dr Ahmad Zulfahmi
Jumaat, 8 Syawal 1439H

Ulang siar entri 5 Aspek Kesihatan Drama Nur Di Slot Samarinda. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment