Dengan Internet, Semakin Ramai Melayu Berani Mengaku Murtad.
Oleh : Munif Nusar
Melayu murtad.
Sekali lagi malaysia dikecohkan dengan isu individu asal beragama islam mengistiharkan diri murtad. Maka sekali lagi ramai orang melayu menunjukkan kegelisahan dengan situasi ini seperti dunia sudah hampir kiamat. Orang melayu sejak sekian lama didoktrin dengan kepercayaan bahawa kemurtadan adalah satu kesalahan yang maha besar. Murtad dianggap satu kesalahan yang lebih besar dari segala kesalahan.
Lebih besar berbanding kesalahan membunuh, merogol, merasuah, pecah amanah, dan merompak. Jadi adalah tidak menghairankan apabila orang melayu seperti terkena histeria apabila mendengar ada melayu yang murtad. Bagi orang melayu, seorang melayu mesti kekal sebagai islam selamanya sehingga ke akhir hayat. Biarlah jika melayu itu tidak mengamalkan agamanya tidak sembahyang dan tidak berpuasa. Asalkan jangan sesekali mengistiharkan diri tidak lagi menjadi islam .
Bagi orang melayu, seseorang yang tidak mengamalkan agamanya masih lagi ada peluang untuk masuk syurga asalkan dia beruagama islam. Dia akan dihukum segala dosanya dan selepas hukuman selesai dia akan masuk syurga disebabkan beragama islam. Tetapi jika bukan islam, orang itu akan kekal selamanya di neraka. Segala perbuatan baiknya adalah sia-sia. Ia tidak dikira.
Sepanjang sejarah bangsa melayu setakat yang dicatatkan, tiada lagi berlakunya orang yang murtad secara terbuka. Boleh dikatakan sejak islam pertama kali memasuki alam melayu, melayu dan islam sudah menjadi satu ikatan seperti tidak boleh dipisahkan. Walaupun berlaku kemurtadan, ia berlaku secara senyap-senyap.
Namun dalam 10 tahun terakhir ini, munculnya individu yang secara terbuka dan dikenali mengistiharkan diri murtad. Antara individu yang tersohor dikenali murtad adalah seperti lina joy, julie jalaluddin, adlin abdul jalil, dan syarifah farliaton. Pengistiharan ini menjadi kemarahan pada orang melayu sehingga kesemua individu ini terpaksa lari ke luar negara kerana diancam diambil tindakan oleh penguasa agama dan juga pihak polis.
Orang melayu bersangka bahawa orang yang murtad adalah orang yang bodoh, sombong dan gila. Gila kerana sengaja menghumbankan diri ke neraka. Sombong kerana tidak mahu tunduk kepada tuhan. Dan bodoh kerana tidak mahu mengikut suruhan tuhan.
Sebenarnya ini adalah satu sangkaan yang terpesong. Orang yang memilih menjadi murtad bukan kerana dia bodoh, sombong atau gila. Memang gila jika sengaja membuat perkara yang boleh menghumbankan diri ke neraka. Tetapi sebenarnya orang melayu menjadi murtad kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada islam. Mereka tidak percaya islam adalah agama yang benar. Mereka tidak percaya jika tidak ikut islam mereka akan dihumban ke neraka. Jadi tiada isu mereka sengaja mahu masuk neraka.
Internet menjadi penyebab terbesar kenapa kejadian murtad meningkat secara mendadak. Internet menjadi sumber maklumat yang boleh dicapai dengan sangat mudah. Manusia seluruh dunia boleh berhubung antara satu sama lain dengan hanya satu kali ketik. Internet menjadikan perbincangan dalam soal perbandingan agama menjadi semakin meluas. Sesuatu yang tidak dibincangkan sebelum ini mula dibincangkan secara serius.
Secara prinsip hanya patut ada satu kepercayaan saja yang benar. Namun hari ini ada beratus-ratus jenis kepercayaan berbeza mengenai ketuhanan wujud di seluruh dunia. Semua kepercayaan ini adalah salah melainkan hanya satu saja yang benar. Internet menjadikan perbincangan tentang mencari kepercayaan mana yang paling benar berlaku secara rancak. Ramai orang mula membuat penilaian semula tentang kepercayaannya adakah ia kepercayaan yang benar atau salah selepas terlibat dengan perbincangan perbandingan agama. Akhirnya berlakulah secara beramai-ramai orang bertukar kepercayaan termasuklah dari kalangan orang melayu.
Penukaran agama dari kalangan orang melayu tidak mungkin dapat disekat melainkan jika kerajaan menyekat segala jenis maklumat dari luar seperti diamalkan oleh negara korea utara. Zaman ini adalah zaman maklumat. Pendedahan kepada kebenaran berlaku secara besar-besaran. Sesuatu yang sekian lama disangka kebenaran akhirnya dibongkarkan bahawa ia sebenarnya satu pembohongan.
Kepercayaan agama adalah perkara yang disimpan dalam fikiran. Tiada siapa yang akan tahu apa yang ada dalam fikiran jika ia tidak diberitahu kepada orang lain. Usaha untuk menyekat penukaran agama di kalangan orang melayu sebenarnya suatu perkara yang melucukan. Ini kerana kepercayaan bukan benda yang boleh dikawal oleh kerajaan apatah lagi di zaman ledakan maklumat ini.
Orang melayu yang jahil yang tidak memahami realiti semasa mendesak kerajaan untuk bertindak kepada melayu yang murtad. Mereka mahu murtadin ini ditangkap. Kemudian “dibasuh” minda agar kembali semula kepada islam. Ada yang lagi ekstrem mendesak agar kerajaan membunuh orang murtad. Pada mereka orang murtad wajar dibunuh kerana berani menentang tuhan.
Nasib baik kerajaan kita ditadbir oleh orang yang berfikiran sedikit rasional. Desakan ekstrem dari kalangan orang melayu tidak dilayan. Kerajaan sedar jika ia dilayan, kerajaan akan dipandang sebagai kerajaan yang zalim. Dunia akan melabel negara kita sebagai negara yang kejam. Perbuatan menghukum orang yang mahu bertukar agama adalah perbuatan yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Tiada orang akan melanggar ajaran dari tuhan jika dia percaya itu ajaran yang benar dari tuhan. Tiada orang akan murtad kalau dia percaya kemurtadannya akan membawanya ke neraka. Inilah perkara yang tidak dapat disedari orang melayu. Mereka tidak sedar bahawa sebab utama orang melayu murtad adalah kerana sudah tidak lagi mempercayai bahawa ajaran islam itu adalah ajaran dari tuhan.
Sebenarnya melayu murtad yang mendedahkan kemurtadannya adalah sebahagian kecil dari keseluruhan melayu yang sudah murtad. Di luar sana ada sebilangan besar orang melayu yang sudah murtad dalam fikirannya tidak mendedahkannya kepada sesiapa. Ini kerana mendedahkan kemurtadan di malaysia akan merisikokan diri dengan akibat yang buruk.
Melayu murtad jika diketahui umum akan berdepan dengan risiko dikenakan tindakan oleh kerajaan, ditentang oleh keluarga, dan diancam oleh masyarakat. Menjadi murtad dianggap satu kesalahan yang maha besar. Walaupun pada hakikatnya ia bukan satu kesalahan. Banyak kes melayu murtad di buang oleh keluarga. Di tangkap oleh penguat kuasa agama untuk “dibasuh” minda supaya kembali semula kepada islam.
Kebanyakan negara pada hari ini mengamalkan pemberian hak kebebasan memilih agama kepada rakyatnya terutamanya di negara maju. Pemaksaan untuk mengekalkan seseorang itu dalam satu-satu agama adalah satu kezaliman. Manusia yang berfikiran waras tidak dapat menerima perlakuan ini sebagai perlakuan yang adil. Sebaliknya ia adalah jelas satu amalan yang zalim.
Melayu perlu disedarkan bahawa mereka tidak boleh lagi menyekat melayu lain dari menukar agama. Orang melayu perlu membiarkan setiap orang bebas untuk memilih kepercayaan yang diyakini. Bangsa melayu tidak akan menjadi bangsa yang hebat jika masih mempunyai sindrom takut orang melayu disesatkan. Manusia bukan robot yang boleh dikawal pemikirannya. Biarlah kebenaran ditentukan oleh hujah bukannya kawalan.
Apa guna mendabik agama yang dianuti adalah agama yang paling benar tetapi takut penganutnya disesatkan oleh hujah yang berbeza. Secara prinsip sesuatu kepercayaan jika ramai orang yang mula menolaknya, ia amat berisiko yang kepercayaan itu adalah kepercayaan yang salah. Biarkan setiap orang menilai sendiri hujah-hujah agama. Jika kepercayaan itu benar, pasti orang akan mempercayainya.

Ulang siar entri Dengan Internet, Semakin Ramai Melayu Berani Mengaku Murtad. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment