Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Terkena Serpihan Mercun, Penyelia Ladang Didenda Cuma RM100.

 On Thursday, June 28, 2018  

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Terkena Serpihan Mercun, Penyelia Ladang Didenda Cuma RM100.

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Terkena Serpihan Mercun, Penyelia Ladang Didenda Cuma RM100.

Seorang penyelia ladang didenda RM100 berhubung kes bermain mercun sehingga mencederakan seorang kanak-kanak dua minggu lalu.

Nor Isham Tukiman, 35, mengaku bersalah bermain mercun yang mengakibatkan kematian di Felda Papan Timur pada 14 Jun lalu, lapor Harian Metro.

 
Dalam kejadian malam itu, Nuraqira Khaeefa Mohd Saad, 7, mengalami kecederaan parah di kepala akibat terkena serpihan mercun jirannya itu.

“Kalau saya nampak awak didakwa bermain mercun selepas ini, saya jatuhkan hukuman penjara,” kata Majistret Mazana Sinin selepas menjatuhkan hukuman.

Tertuduh didakwa bawah Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil keran memasang bunga api tanpa lesen. Keluarganya membayar denda tersebut.

Nuraqira Khaeefa meninggal dunia selepas empat hari dirawat akibat serpihan mercun itu yang terlekat di kepalanya pada insiden malam Aidilfitri lalu.


Sumber : MalayMail

Ulang siar entri Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Terkena Serpihan Mercun, Penyelia Ladang Didenda Cuma RM100. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Terkena Serpihan Mercun, Penyelia Ladang Didenda Cuma RM100. 4.5 5 Unknown Thursday, June 28, 2018 Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Terkena Serpihan Mercun, Penyelia Ladang Didenda Cuma RM100. Seorang penyelia ladang didenda RM100 berhubung k...


No comments:

Post a Comment