Tanda-Tanda Kemurungan & 'Meroyan' Yang Ibu Perlu Tahu Untuk Rawatan Awal!

 On Monday, June 25, 2018  

Tanda-Tanda Kemurungan & 'Meroyan' Yang Ibu Perlu Tahu Untuk Rawatan Awal!

Tanda-Tanda Kemurungan & 'Meroyan' Yang Ibu Perlu Tahu Untuk Rawatan Awal!

Oleh : Bel Nawhen
 

Pagi tadi ada mendengar berita tentang ibu mengelar anaknya yang berusia 2 tahun.



Dari apa yang dikatakan si suami, isterinya ada mempunyai simptom depression atau halusinasi dan tidak pernah mendapat rawatan di mana-mana pusat kesihatan mental.



Halusinasi yang dialami si ibu merupakan salah satu tanda bahawa si ibu mempunyai kecelaruan mental yang mana sering tidak dipandang berat dan diremehkan atas alasan si ibu mengada-ngada ataupun sengaja mencari perhatian.

Diusia muda lingkungan 31 tahun dan sudah punya 3 orang anak terkadang memberikan satu tekanan fizikal dan mental dalam membesarkan anak-anak yang sedang dalam proses pembesaran.

Dalam hal ini, banyak sudut perlu diperhatikan dari segi mula melahirkan hingga ke anak yang semakin membesar kerana gejala depression boleh berterusan jika tidak dirawat.

Sebenarnya, ada beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu berkemungkinan mengalami gejala kemurungan selepas bersalin tetapi anda tidak perasan atau menyangkakan ia merupakan tanda biasa kerana cuba menyesuaikan diri dengan tempoh berpantang.




• Berfikiran Negatif

Sering memikirkan sesuatu yang negatif jika terjadi sesuatu semasa proses berpantang. Sebagai contoh, merasa akan mencederakan anak jika anak sering meragam atau menangis tanpa sebab. Ada tu, merasakan perlu melarikan diri dari semua orang ekoran tidak mampu mengawal keadaan antara diri dan anak yang baru lahir.

Dalam keadaan ini, anda akan mengharapkan bantuan dan sokongan dari keluarga terutama suami ataupun bantuan professional dari doktor.

Kesukaran menyesuaikan diri dalam keadaan ini merupakan antara gejala kemurungan selepas melahirkan.

• Cepat Marah atau Mudah Baran

Ada waktu, anda akan merasa mudah marah dan cepat melenting atau naik angin. Anda akan melepaskan amarah itu tidak kira kepada bayi anda, pasangan, ahli keluarga ataupun rakan sekerja walaupun atas perkara kecil. Anda juga akan mudah merasa sakit hati atas apa yang orang lain lakukan yang menyinggung perasaan anda.

Cepat marah, lambat sejuk merupakan salah satu gejala kemurungan kerana anda terlalu memendam rasa dan apabila tidak boleh dikawal, maka anda akan melepaskan perasaan itu.

Mudah Lupa

Anda tiba-tiba menjadi pelupa. Terkadang benda kecil seperti sudah beri anak menyusu atau mandi pun anda terpaksa mengambil masa untuk mengingat semula.

Ini bukan tanda ada wayar sudah putus, ada urat sudah putus sewaktu proses melahirkan. Kemurungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap daya ingatan seseorang.

• Sukar Tidur (Insomnia)
Ini rasanya ramai yang alami lebih-lebih lagi walaupun letih selepas melahirkan, anda masih tidak mampu untuk tidur. Ataupun. Walau telah tidur, anda masih merasa letih dan lesu.

Ini menunjukkan mental anda yang sedang penat, bukannya tubuh anda.

• Rasa Kosong

Anda tidak ada apa-apa perasaan tidak kira emosi ataupun rasa kasihan kepada apa pun.

Apa yang anda lakukan umpama robot tanpa anda sedar perlakukan yang anda sedang buat.

Anda tidak teruja lagi dengan kelahiran anak anda, menikmati breastfeeding journey atau merasakan perlu untuk memujuk dan menjaga anak apabila anak menangis.

Dari segi perubatan dan sains gangguan perasaan wanita selepas bersalin dibahagikan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukan, iaitu gangguan perasaan ringan (postpartum blues), kemurungan (depression) dan gila meroyan (postpartum psychosis).

1. Gangguan Perasaan Ringan (Post Partum Blues/Baby Blues)

Seorang ibu yang mengalami postpartum blues akan berasa sedih, penat dan mengalami mood yang tidak menentu. Semua orang mungkin akan mengalami keadaan ini, termasuklah orang yang tidak pernah mengalami masalah mental ataupun tekanan emosi sebelum atau semasa mengandung terutama ibu-ibu yang melahirkan buat kali pertama.

Beberapa penyesuaian diperlukan oleh wanita dalam menghadapi aktiviti dan peranan barunya sebagai ibu pada minggu-minggu atau bulan-bulan pertama setelah melahirkan, baik dari segi fizikal mahupun psychology. Sebahagian wanita berjaya menyesuaikan diri dengan baik,tetapi sebahagian lainnya tidak berhasil menyesuaikan diri dan akan mengalami gangguan psikologi..

Namun gejala ini sangat ringan dan biasanya akan baik sendiri tanpa rawatan. Perubahan emosi ini kerap berlaku pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas bersalin, dan berkurang selepas hari ke-10, kemudian emosi mereka biasanya kembali stabil. Mungkinlah apabila orang komen mengenai bayi, penyusuan ibu dan sebagainya, ibu rasa sentap dan terus memendam perasaan dan menyebabkan kesedihan itu berpanjangan.

2. Kemurungan (Postpartum Depression)

Kemurungan adalah masalah yang lebih serius dan perlu mendapat rawatan. Keadaan ini menimpa 1 daripada 8 ibu dan lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga setahun selepas melahirkan anak. Bermakna, postpartum depression mengambil masa yang lebih lama untuk terjadi. Ibu juga mungkin sudah mengalami masalah mental atau tekanan beberapa bulan sebelum gejala kemurungan semasa berpantang muncul.

Gejalanya sama sahaja dengan postpartum blues tetapi biasanya lebih teruk. Ibu-ibu ini mempunyai faktor risiko tertentu dan lebih cenderung untuk mendapat kemurungan selepas bersalin (kemungkinan berlaku rentetan daripada gejala postpartum blues yang berpanjangan).

Faktor yang boleh meningkatkan risiko kemurungan selepas bersalin ialah:

❗Stress.


❗Sejarah kemurungan selepas bersalin untuk kelahiran sebelumnya.


❗Mempunyai masalah tekanan emosi yang tidak berkaitan dengan kandungan.


❗Kehidupan alam rumah tangga yang bermasalah
❗Tiada tempat meluahkan perasaan.


❗Tekanan hidup sebelum, semasa atau selepas bersalin.


❗Tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada suami serta keluarga dalam pengurusan bayi dan diri sendiri (terutama bagi kes ibu yang melahirkan bayi sulung).


❗Trauma yang terbawa-bawa jika pernah mengalami kehilangan bayi sebelum kelahiran sekarang.


❗Kesukaran dalam menangani masalah bayi menangis di tengah-tengah malam ditambah dengan badam yang letih akibat 'labour stage' yang lama serta kesakitan akibat luka melahirkan atau pembedahan.


❗Masalah dengan orang tua atau mertua (terutama dalam amalan berpantang yang kadangkala terlalu ketat).


❗Bayi mengalami jaundice/perlu ulang alik ke hospital atau klinik.


❗Masalah dalam menyesuaikan diri dengan bayi yang baru lahir selain dengan anak yang sedia ada yang juga memerlukan perhatian.


❗Menahan rasa rindu dan merasa jauh dari suami (bagi ibu yang pertama kali melahirkan).


❗Perilaku anak semakin nakal sehingga ibu menjadi stress


❗Gangguan corak tidur ibu pada malam hari kerana bayinya menangis.


❗Setiap kegiatan ibu menjadi terbatas kerana hadirnya seorang bayi.


❗Takut melakukan hubungan suami isteri kerana takut mengganggu bayi selain trauma di bahagian sulit semasa melahirkan.

3. Psikosis

Psikosis selepas bersalin atau gila meroyan merupakan peringkat paling teruk dan jarang berlaku selepas bersalin. Gila meroyan boleh berlaku secara tiba-tiba, biasanya dalam 2 minggu pertama selepas bersalin dan ada yang berlaku dalam masa 48 jam.

Ibu-ibu ini biasanya tidak lagi berpijak di bumi nyata dan mengalami simptom-simptom psikosis termasuk nampak sesuatu yang tiada atau mendengar suara yang tidak didengari orang lain. Ini boleh meningkatkan kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri atau orang sekeliling, terutama bayinya disamping idea untuk bunuh diri sendiri muncul dalam kepala.

Ibu yang berisiko untuk mendapat psikosis selepas bersalin:

⏺Mempunyai sejarah masalah mental atau pernah mengalami gila meroyan dalam kandungan sebelum ini.


⏺Sejarah keluarga yang mempunyai masalah gila meroyan, terutama ibu atau kakak.


⏺Gelaja kemurungan yang berpanjangan selain punca masalah kemurungan gagal dikenalpasti dari awal.


Antara tanda-tanda yang kelihatan bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kemurungan seperti diatas adalah;


✔Cemas tanpa sebab.


✔Menangis tanpa sebab.


✔Tidak sabar.


✔Tidak percaya diri.


✔Sensitive.


✔Mudah tersinggung.


✔Merasa kurang menyayangi bayinya.


✔Merasa seperti tidak disayangi suami/ibu/mertua/adik beradik kerana perhatian berlebihan terhadap bayi.


✔Cemburu terhadap perhatian yang diberi terhadap bayi.


✔Merasa tangisan bayi adalah terlalu menyakitkan telinga.

Masalah kemurungan yang dikenalpasti awal, boleh dielakkan serta diatasi dengan kerjasama dari suami serta lain-lain ahli keluarga terutama dalam pengurusan bayi dan anak sedia ada..selain itu beberapa cadangan diberikan kepada ibu-ibu yang baru melahirkan antaranya;

✔ Banyakkan berehat.

Buat suami, tidak salah rasanya membantu isteri dalam menguruskan bayi anda tidak kira dari memandikan bayi, menukar lampin, membancuh susu dan menjaga bayi sebentar bagi memberi peluang kepada isteri untuk berehat setelah mengeluarkan seluruh tenaga semasa proses melahirkan.


Pernah dengar 1 ustaz memberi ceramah,lelaki adalah satu-satu manusia yang paling penyabar kerana walaupun anak menangis di tengah malam.. Tetap sabarrrrr dan malahan mampu terus tidur.😅😅.

✔Makan makanan yang sihat dan berkhasiat.

Makanan yang sihat dan berkhasiat mampu memberi dan membantu dalam penyembuhan luka selepas bersalin selain memulihkan tenaga yang hilang. Pemakanan juga membantu dalam penghasilan susu badan yang lancar.

✔Libatkan diri dengan kumpulan sokongan.

Dengan pelbagai media sosial seperti FB, Instagram, blog dan Twitter ibu-ibu boleh mengaktifkan diri dalam kumpulan sokongan ibu-ibu berpantang dan menyusu. Di sini, ibu-ibu boleh berkongsi pengalaman, bertanya tentang perihal masalah yang dihadapi semasa berpantang dan tentang penjagaan bayi. Tapi pastikan cari kumpulan sokongan yang membina dengan adanya ahli mereka seperti pakar laktasi, pakar nutrisi dan mungkin doktor.

✔Berfikiran positif.

Walau pelbagai dugaan yang menimpa, sentiasa ingat bahawa Allah selalu ada untuk kita. Pasti ada sesuatu yang baik sedang menunggu kita. Jangan bebankan diri dengan memikirkan sesuatu yang negatif. Nikmatilah waktu berpantang dengan penuh gembira.

Kerjasama dari ahli keluarga terutamanya suami dalam memantau proses penyesuaian diri si ibu sewaktu lepas melahirkan, semasa membesarkan anak-anak dan menerhati simptom-simptom yang mungkin ada boleh mencegah keadaan si ibu dari menjadi lebih parah.

Notakaki : Berhenti dari menyalahkan si ibu 100% dalam kes ini. Tunggu siasatan pihak berkuasa. Jangan buat kerja tuhan dan kerja pihak berwajib.

Ulang siar entri Tanda-Tanda Kemurungan & 'Meroyan' Yang Ibu Perlu Tahu Untuk Rawatan Awal! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Tanda-Tanda Kemurungan & 'Meroyan' Yang Ibu Perlu Tahu Untuk Rawatan Awal! 4.5 5 Unknown Monday, June 25, 2018 Tanda-Tanda Kemurungan & 'Meroyan' Yang Ibu Perlu Tahu Untuk Rawatan Awal! Oleh : Bel Nawhen   Pagi tadi ada mendengar be...


No comments:

Post a Comment