Berpakaian Terlalu Seksi, Ini Surat Terbuka Buat Safiey Illias.

 On Saturday, July 7, 2018  

Berpakaian Terlalu Seksi, Ini Surat Terbuka Buat Safiey Illias.

Berpakaian Terlalu Seksi, Ini Surat Terbuka Buat Safiey Illias.

Oleh : Daie Luqman

SURAT TERBUKA BUAT SAUDARAKU @safieyillias94 . Maaf, kesalahan yang dilakukan secara terbuka chaq terpaksa tegur secara terbuka, bagi menutup dan mengelakkan kekeliruan masyarakat serta mengakibatkan masyarakat terikut-ikut kesalahan yang anda lakukan

Sejak 7 jam yang lalu, telah viral satu video saudara yang berpakaian seperti di atas (chaq dah cover dalam gambar di atas aurat anda sebagai seorang lelaki) berposing dalam satu sesi penggambaran. 


Dan chaq tahu, jika chaq tegur ni pown, mesti apa yang saudara akan katakan adalah, "Do'akan kami dapat hidayah", namun kesalahan yang sama terus menerus akan dilakukan. 

Saudara bijak menyebut tentang hidayah. Namun tahukah saudara, ada beberapa sebab yang menyebabkan seseorang itu tak mendapat hidayah Allah?



Ya, ada sebab mengapa hidayah Allah tak tiba pada saudara dan sahabat-sahabat saudara yang sepemikiran seperti saudara. Allah telah menyebut di dalam Al-Quran, "إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ"

"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMBERIKAN HIDAYAH BAGI SIAPA YANG MELAMPAUI BATAS (BERFOYA-FOYA) DAN BERDUSTA"

Apa yang chaq nak highlightkan di sini, adalah perkataan BERFOYA-FOYA. Saudara mungkin bertuah kerna Allah berikan rezeki yang banyak dari sudut, material. Namun jangan disebabkan rezeki yang Allah berikan itu menjadi satu ISTIDRAJ, bukannya satu RAHMAT dari Allah. 


Dan chaq tahu saudara sendiri seorang yang tahu tentang hukum agama kerna saudara pernah bercerita yang saudara pernah mengikuti jemaah Tabligh.

Sudah-sudahlah saudara dalam menunjukkan kebodohan dan kesalahan di mata manusia lainnya. Anda hanya akan mengundang murka Allah. Mungkin lepas ni anda akan keluarkan kenyataan pula, "Jangan judge". Namun sedarkah saudara, apa yang saudara lakukan ini mengundang judge manusia? Enough is enough.


Dan buat pengguna media sosial, anda dan chaq juga bersalah sebenarnya. Dan salah kita inilah yang mengakibatkan golongan-golongan ini semakin bercambah dan berani dalam menunjukkan kesalahan mereka. 


Apa salah kita? Salah kita kerana click butang FOLLOW pada IG mereka. Hanya disebabkan FOLLOW itulah mereka semakin terasa seperti ramai pengikut mereka (walaupun yang ramai FOLLOW tu hanya untuk hentam mereka).

Ulang siar entri Berpakaian Terlalu Seksi, Ini Surat Terbuka Buat Safiey Illias. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Berpakaian Terlalu Seksi, Ini Surat Terbuka Buat Safiey Illias. 4.5 5 Unknown Saturday, July 7, 2018 Berpakaian Terlalu Seksi, Ini Surat Terbuka Buat Safiey Illias. Oleh : Daie Luqman SURAT TERBUKA BUAT SAUDARAKU @safieyillias94 . Ma...


No comments:

Post a Comment