Lelaki Enggan Ceraikan Isteri Usia 11 Tahun Walaupun Didesak Ramai Pihak.
Oleh : Bernama
Lelaki yang mengahwini kanak-kanak 11 tahun enggan melepaskan isterinya itu, yang ketiga, walau didesak ramai.
Peraih getah itu menegaskan tidak melarikan gadis sunti itu, malah ibu bapanya juga hadir pada hari perkahwinan di selatan Thailand 18 Jun lalu.
Ditemui Bernama di Kampung Lalang dekat sini hari ini, lelaki 41 tahun itu kecewa pelbagai “andaian dan tuduhan mengarut” dilemparkan kepadanya.
“Perkara itu sedang saya teliti untuk diambil tindakan undang-undang bagi menutup malu disebabkan tuduhan melampau dan tidak tepat,” katanya.
Beliau juga menyatakan perkahwinan mereka hanya “nikah gantung” yang memerlukan masa sehingga usia isterinya 16 tahun untuk tinggal bersama.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata lelaki itu “melarikan diri” sewaktu ditemui pegawainya.
Beliau, merangkap menteri pembangunan wanita, turut menegaskan perkahwinan itu “tidak sah” kerana tanpa izin dan “mereka mesti dipisahkan”.

Ulang siar entri Lelaki Enggan Ceraikan Isteri Usia 11 Tahun Walaupun Didesak Ramai Pihak. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment