Perkahwinan Kanak-Kanak 11 Tahun - Syed Azmi.

 On Sunday, July 1, 2018  

Perkahwinan Kanak-Kanak 11 Tahun - Syed Azmi.

Perkahwinan Kanak-Kanak 11 Tahun - Syed Azmi.

Oleh : Syed Azmi

Perkahwinan Kanak-Kanak 11 tahun.
Assalamualaikum semua,


Tika dan saat ini, TPM Wan Azizah, YB Nurul Izzah, Pihak Pejabat Mufti, UNICEF, JKM Gua Musang, Pihak dari Majlis Agama Islam Kelantan dan pelbagai agensi lain sudah dimaklumkan mengenai kes perkahwinan kanak-kanak 11 tahun sebagai isteri ke-3, dengan seorang lelaki 41 tahun di Kelantan pada bulan Jun 2018.

Saya telah cuba sedaya upaya saya sebagai masyarakat yang prihatin dengan hak kanak-kanak dan wanita terpinggir untuk mendapatkan maklumat seterusnya memberi kesedaran terhadap masalah perkahwinan kanak-kanak yang sudah sekian lama berlaku saban tahun. Kali ini saya rasa sudah cukup kita mengeksploitasi kanak-kanak dan wanita terpinggir dan atas dasar kemanusiaan bersama, kita hentikan semua ini.

Semua yang saya telah laporkan adalah berdasarkan apa yang saya dapat melalui perbualan dengan keluarga terlibat dan saya amat berharap masyarakat sedar mangsa terdiri bukan sahaja kanak-kanak 11 tahun tersebut tetapi isteri-isteri serta anak-anak mereka juga. Kesemua mereka perlu dilindungi.

Saya ingin memohon maaf atas penggunaan kata ganti diri "Ustaz" bagi menggambarkan lelaki 41 tahun kerana sepanjang perbualan dengan keluarga, saya telah diberikan gambaran dia seorang yang dihormati dan alim yang sentiasa menjadi imam di surau kampung berkenaan. Jadi dalam pendek kata, saya telah menggunakan kata ganti diri ustaz. Kini telah saya ubah kepada "Suami A" dan "Husband A". Harap maklum.

Jadi, semuanya terletak di tangan pihak yang berkuasa untuk mengendalikan kes ini. Saya telah cuba yang terbaik untuk kes keluarga ini. Saya tidak akan turun ke Gua Musang kerana berasakan tidak perlu. Tetapi saya berharap pihak agensi kerajaan yang akan bertindak boleh bekerjasama lagi dengan lebih baik.

Perjuangan kita belum selesai, kes ini bukan yang pertama dan bukan yang terakhir. Jika terdapat kes perkahwinan kanak-kanak yang berlaku di bawah pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, sila berhubung dengan JKM yang berdekatan atau jika tidak diendahkan, hubungi saya pada 0162184769. Kita selamatkan kanak-kanak.

Stop Child Marriage.

Sekian,
Terima kasih.

Syed Azmi Alhabshi.
MOHON SOKONGAN.

Ulang siar entri Perkahwinan Kanak-Kanak 11 Tahun - Syed Azmi. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Perkahwinan Kanak-Kanak 11 Tahun - Syed Azmi. 4.5 5 Unknown Sunday, July 1, 2018 Perkahwinan Kanak-Kanak 11 Tahun - Syed Azmi. Oleh : Syed Azmi Perkahwinan Kanak-Kanak 11 tahun. Assalamualaikum semua, Tika dan ...


No comments:

Post a Comment