Gambar Pembunuh Kejam Kucing Dobi Disebarkan Netizens.

 On Thursday, September 13, 2018  

Gambar Pembunuh Kejam Kucing Dobi Disebarkan Netizens.

Gambar Pembunuh Kejam Kucing Dobi Disebarkan Netizens.

Netizens pada hari ini menyebarkan beberapa gambar yang dipercayai suspek utama dalam kes pembunuhan kucing sedang sarat mengandung di kedai dobi pada 10 September lepas.

Kucing tersebut diletakkan di mesin pengering yang kemudiannya dioperasikan dengan memasukkan wang sebelum dibiarkan mati kepanasan. Aksi kejam suspek itu berjaya dirakamkan oleh CCTV pemilik dobi lalu ditularkan di laman sosial sejak kelmarin.


Kedai dobi yang terletak di Taman Gombak Ria itu juga dilaporkan menutup operasi premisnya sementara waktu berikutan kemarahan yang luar biasa netizens terhadap dua pelanggannya itu.


Selain membuat laporan polis, ada pihak menyarankan pelaku dimasukkan ke dalam wad sakit jiwa kerana tindakan pelaku dianggap manusia yang mempunyai masalah mental yang cukup serius.

Beberapa kelab pencinta haiwan juga menyatakan solidariti bagi membela nasib kucing bunting yang mati itu dengan membuat poster khas.



MalaysianNewsTV menjadi halaman pertama di Facebook yang menyebarkan gambar-gambar suspek sejak malam tadi.

Kini gambar-gambar tersebut juga tular di beberapa platform media sosial yang lain. 

Ramai menantikan pihak polis mengambil tindakan segera dengan mendakwa kedua-dua suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam kucing bunting di kedai dobi layan diri. - SoZPress.

Ulang siar entri Gambar Pembunuh Kejam Kucing Dobi Disebarkan Netizens. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Gambar Pembunuh Kejam Kucing Dobi Disebarkan Netizens. 4.5 5 Unknown Thursday, September 13, 2018 Gambar Pembunuh Kejam Kucing Dobi Disebarkan Netizens. Netizens pada hari ini menyebarkan beberapa gambar yang dipercayai suspek utama ...


No comments:

Post a Comment