Orang Lain Selamatkan, Orang Lain Dapat Terima Kasih..

 On Monday, September 3, 2018  

Orang Lain Selamatkan, Orang Lain Dapat Terima Kasih..

Orang Lain Selamatkan, Orang Lain Dapat Terima Kasih..

Oleh : Shahz

Aku masih tertanya tanya, siapakah si dia yang aku selamatkan daripada lemas masa dekat Phi Phi Island, krabi Thailand, 27 Mei 2016. Naik Barracuda Tours. Hurm. Help

Semoga tuan punya badan tahu aku yang selamatkan dia walaupun keadaan masa tu sangat cemas. Amin.


Cerita dia macam ni, aku dengan kawan aku Aidil, backpacker ke Krabi. Bercuti hilang kan stress aku lepas intern. Aku kat sana 4 hari je. Hari ketiga aku pergi snorkeling kat Phi Phi Island. Naik tour Barracuda tours ni.

Lepastu singgah berhadapan satu pulau ni, nak buat snorkeling. Masa tu angin kuat gila. Tapi tak hujan. So aku ngan Aidil decide nak turun jauh jauh sikit. Sebab ramai turun spot yang sama.

Lepas tu ada group of girls ni, dari awal perjalanan aku dok perati je gelajat dia. Muntah lah, pening lah. Maybe diorang firsttimer naik boat, so alunan ombak tu buat org mabuk air.

Dari awal jugak aku ada tegur diorang tanya okay ke tidak, aku bagi plastic untuk muntah, memang aku care teruk ah. Tapi macam aku endah tak endah ah lepastu. Sebab fikir macam takda apa apa.

Then, part turun boat ni diorang turun lagi jauh dari kitorang. Macam biarlah, maybe diorang nak privacy. Aku pun snorkeling je lah dgn member aku.

Pastu ada tiba-tiba dengar orang jerit tolong, aku cam carik ah siapa yang jerit. Tuptup! Group perempuan tadi tu yang jerit. Aku pun nak mintak ah tolong orang boat tu, tapi sumpah jauh gila.

I have no choice then, aku gunakan bakat basic berenang dan sedikit teknik selamatkan orang, aku dengan kawan aku bergegas ke tempat diorang, selamatkan diorang.

Sampai je kat diorang, aku cakap jangan panik, diorang tetap panik, aku takda pilihan lain selain heret diorang sampai ke boat. Diorang 4 orang. So member aku selamatkan 2, aku selamatkan dua. So pegang life jacket, heret sampai ke boat.

Dalam masa yang sama, angin kuat, ombak beralun alun, so payah sikit, plussss diorang panik gila. So buat kitorang jadi kabut jugak. Lepastu dua orang yang member aku selamat kan tu, panik terukkk sampai dia berpaut kat member aku. Sudahhhhh, member aku panik jugak.

So, aku heret 5 sekali (termasuk member aku) tapi keadaan macam kereta api, memanjang. Suruh kayuh kaki, jangan panik, motivate cakap dah nak sampai, then suruh kayuh je jangan berenti.



Lepastu dah nak sampai boat, aku panggil orang boat tu tolong aku. Then, settle je tragedi tu............. . . . . . . . 

Dia cakap thanks kat member aku, dan bukannya aku........ hurmmm sadisnya.
 

Aku rasa cam babi lepas kejadian tersebut. Hurm.

Ulang siar entri Orang Lain Selamatkan, Orang Lain Dapat Terima Kasih.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Orang Lain Selamatkan, Orang Lain Dapat Terima Kasih.. 4.5 5 Unknown Monday, September 3, 2018 Orang Lain Selamatkan, Orang Lain Dapat Terima Kasih.. Oleh : Shahz Aku masih tertanya tanya, siapakah si dia yang aku selamatkan dar...


No comments:

Post a Comment