Salah Pilih Agen Insurans Maka Melingkuplah.
Oleh : Shairy Hanapiah
Ada seorang kawan hantar kepada aku satu link posting oleh seorang pencarum takaful yang sangat kecewa dengan syarikat takaful yang dicarumnya. Dimarah, diamuk dan dimakinya syarikat takaful tersebut. Siap ada buat fb live.
Katanya sejak tahun 2014, dia telah membayar pakej yang agak premium, akan tetapi dia tidak dapat gunakan benefit takaful tersebut ketika dia perlu mendapatkan rawatan jantung baru-baru ini. Dia kena bayar sendiri. Dan katanya ini adalah insiden kali kedua dia kena bayar rawatannya sendiri. Patutlah marah benar, kali kedua kot.
Kali pertama, apabila dia terkena batu karang. Dan dia tidak dapat buat tuntutan kerana didapati dia memang ada masalah batu karang sebelum dia mengambil pakej takaful tersebut. Jadi, dia faham. Akan tetapi amarahnya membuak apabila terjadi kali kedua di mana dia masih tidak boleh buat tuntutan dan diminta membayar sendiri rawatan jantungnya.
Kemudian, berduyun-duyunlah orang yang komen, share dan tag posting tersebut. Dimaki hamun syarikat tersebut malah mereka yang terlibat dengan takaful pun disumpah seranah. Siap rekemen agar tukar syarikat takaful beramai-ramai.
Ok. Di suduh sebelah lain pula, sahabat aku Fdaus Ahmad, seorang pejuang takaful telah memberikan pendapatnya melalui pengalamannya lebih 8 tahun di dalam dunia takaful. Penjelasannya ringkas dan mudah difahami.
Insiden pertama – batu karang, tidak boleh membuat tuntutan kerana ianya adalah risiko sedia ada sebelum pencarum mendapatkan takaful lagi. Jadi, risiko itu tidak dilindungi. Mudah.
Insiden kedua – rawatan jantung, tuntutan pencarum ditangguhkan dan dia perlu membayar dahulu kos rawatan tersebut sehingga syarikat takaful selesai menjalankan siasatan. Ujar Fdaus, kos tersebut akan dibayar kembali oleh syarikat takaful setelah didapati risiko tersebut sah dilindungi dan tidak berkaitan dengan risiko batu karang sebelum ini.
Kenapa ini boleh terjadi?
Kenapa insiden kedua kena buat siasatan dahulu?
Apa kaitan sakit jantung dan sakit batu karang?
Di sinilah, peranan seorang ejen takaful yang bertanggungjawab dituntut!
Ejen pada awalnya perlu dapatkan maklumat lengkap kesihatan pencarum, sejarah kesihatan dan risiko sedia ada dan maklumkan kepada syarikat takaful. Di sini ada isu bila pencarum rupanya ada sejarah batu karang dan tidak dimaklumkan dan menyebabkan insiden pertama berlaku dan tidak dilindungi.
Setelah insiden pertama berlaku, ejen perlu membantu dan maklumkan pencarum untuk memberikan laporan kesihatan terkini kepada syarikat takaful bagi membantunya agar tiada kesulitan bagi pencarum tersebut mendapatkan tuntutan perlindungan takaful untuk masa akan datang.
Jika laporan atau maklumat tidak mencukupi, sebab itulah syarikat takaful perlu mengadakan siasatan bagi memastikan bahawa risiko yang baru itu tiada kaitan dengan risiko sebelum ini yang tidak dilindungi. Kerana itulah pencarum terpaksa membayar sendiri kos rawatan sehingga siasatan selesai untuk dapatkan tuntutan balik.
Kesimpulannya bagi aku, bukannya syarikat mana atau pakej mana yang paling penting di dalam pemilihan takaful ini. Perkara paling penting adalah ejen yang ‘serve’ kalian.
Ejen ini perlulah bertanggungjawab dan bertindak bagi mendidik pencarum takaful ini agar faham dan dibantu. Tak perlu tukar-tukar syarikat bagai sebab kebanyakan syarikat takaful ‘SOP’nya hampir sama.
Pilihlah ejen yang sepatutnya.
Ada seorang kawan hantar kepada aku satu link posting oleh seorang pencarum takaful yang sangat kecewa dengan syarikat takaful yang dicarumnya. Dimarah, diamuk dan dimakinya syarikat takaful tersebut. Siap ada buat fb live.
Katanya sejak tahun 2014, dia telah membayar pakej yang agak premium, akan tetapi dia tidak dapat gunakan benefit takaful tersebut ketika dia perlu mendapatkan rawatan jantung baru-baru ini. Dia kena bayar sendiri. Dan katanya ini adalah insiden kali kedua dia kena bayar rawatannya sendiri. Patutlah marah benar, kali kedua kot.
Gambar Hiasan - Ihsan Google |
Kemudian, berduyun-duyunlah orang yang komen, share dan tag posting tersebut. Dimaki hamun syarikat tersebut malah mereka yang terlibat dengan takaful pun disumpah seranah. Siap rekemen agar tukar syarikat takaful beramai-ramai.
Ok. Di suduh sebelah lain pula, sahabat aku Fdaus Ahmad, seorang pejuang takaful telah memberikan pendapatnya melalui pengalamannya lebih 8 tahun di dalam dunia takaful. Penjelasannya ringkas dan mudah difahami.
Insiden pertama – batu karang, tidak boleh membuat tuntutan kerana ianya adalah risiko sedia ada sebelum pencarum mendapatkan takaful lagi. Jadi, risiko itu tidak dilindungi. Mudah.
Insiden kedua – rawatan jantung, tuntutan pencarum ditangguhkan dan dia perlu membayar dahulu kos rawatan tersebut sehingga syarikat takaful selesai menjalankan siasatan. Ujar Fdaus, kos tersebut akan dibayar kembali oleh syarikat takaful setelah didapati risiko tersebut sah dilindungi dan tidak berkaitan dengan risiko batu karang sebelum ini.
Kenapa ini boleh terjadi?
Kenapa insiden kedua kena buat siasatan dahulu?
Apa kaitan sakit jantung dan sakit batu karang?
Di sinilah, peranan seorang ejen takaful yang bertanggungjawab dituntut!
Ejen pada awalnya perlu dapatkan maklumat lengkap kesihatan pencarum, sejarah kesihatan dan risiko sedia ada dan maklumkan kepada syarikat takaful. Di sini ada isu bila pencarum rupanya ada sejarah batu karang dan tidak dimaklumkan dan menyebabkan insiden pertama berlaku dan tidak dilindungi.
Setelah insiden pertama berlaku, ejen perlu membantu dan maklumkan pencarum untuk memberikan laporan kesihatan terkini kepada syarikat takaful bagi membantunya agar tiada kesulitan bagi pencarum tersebut mendapatkan tuntutan perlindungan takaful untuk masa akan datang.
Jika laporan atau maklumat tidak mencukupi, sebab itulah syarikat takaful perlu mengadakan siasatan bagi memastikan bahawa risiko yang baru itu tiada kaitan dengan risiko sebelum ini yang tidak dilindungi. Kerana itulah pencarum terpaksa membayar sendiri kos rawatan sehingga siasatan selesai untuk dapatkan tuntutan balik.
Kesimpulannya bagi aku, bukannya syarikat mana atau pakej mana yang paling penting di dalam pemilihan takaful ini. Perkara paling penting adalah ejen yang ‘serve’ kalian.
Ejen ini perlulah bertanggungjawab dan bertindak bagi mendidik pencarum takaful ini agar faham dan dibantu. Tak perlu tukar-tukar syarikat bagai sebab kebanyakan syarikat takaful ‘SOP’nya hampir sama.
Pilihlah ejen yang sepatutnya.
Ulang siar entri Salah Pilih Agen Insurans Maka Melingkuplah. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment