Hadiahkan Isteri Rumah Baru, Lelaki Ini Dipuji Netizens.

 On Thursday, December 20, 2018  

Hadiahkan Isteri Rumah Baru, Lelaki Ini Dipuji Netizens.

Hadiahkan Isteri Rumah Baru, Lelaki Ini Dipuji Netizens.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Shariffuddin Bujang  menerima pujian netizens selepas berkongsikan satu rakaman video ketika menghadiahkan isterinya rumah baru, iaitu sebuah banglo.

Dalam video tersebut, Shariffuddin yang membahasakan dirinya aku, memberitahu isterinya, banglo itu dihadiahkan kerana isterinya itu sanggup bersusah senang dengannya selama ini.

"Hadiah terbaik buat isteri terbaik,

Terimalah sebuah mahligai indah untuk kau Nadia Abd Malek untuk menjalani hidup dengan anak anak, terima kasih atas pengorbanan, berkat sabar, berkat baik hati dan budi kau.

4 bulan masa di ambil untuk buat rumah ni,
10 tahun masa aku ambil untuk bina semua ni,
Berpurnama nak mengarang lagu yang menceritakan hidup ini.

Semoga memberi manfaat kepada semua!,"
katanya dalam post tersebut.

Pasangan itu dipercayai saling mengenali selama 13 tahun dan telah berkahwin selama enam tahun dengan dikurniakan 3 orang anak.

Pada awalnya Shariff dilihat membawa isterinya ke rumah baru dengan menaiki kereta dalam keadaan matanya ditutupi lilitan kain.

Kemudiannya, setelah sampai, Shariff memberitahu isterinya, inilah rumah baru mereka yang beliau usahakan selama hampir 4 bulan sebelum ia siap sepenuhnya.

Shariff juga turut bernyanyi dalam rakaman video tersebut.

Rata-rata netizens turut memuji Shariff yang tidak melupakan isterinya meskipun telah berduit. 

Setakat ini video tersebut telah dikongsikan lebih dari 1,200 kali di Facebook.

Sejak kebelakangan ini trend memberikan hadiah secara kejutan sering dilakukan ke atas pasangan samada kekasih ataupun suami isteri.

Bagaimanapun jika ia melibatkan pasangan suami isteri, netizens lebih menghargai dan memuji perkara tersebut berbanding kejutan hadiah kepada kekasih.

Terdahulu, netizens memuji seorang lelaki yang menasihati para suami untuk lebih menjaga dan menghargai isteri yang sedang berpantang selepas melahirkan anak. Kini netizens memuji Shariff yang menghadiahkan rumah baru untuk isteri tersayangnya. Nampaknya, netizens menyukai lelaki yang menghargai isteri masing-masing. 😍😍😍
 

Ulang siar entri Hadiahkan Isteri Rumah Baru, Lelaki Ini Dipuji Netizens. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Hadiahkan Isteri Rumah Baru, Lelaki Ini Dipuji Netizens. 4.5 5 Unknown Thursday, December 20, 2018 Hadiahkan Isteri Rumah Baru, Lelaki Ini Dipuji Netizens. Seorang lelaki yang dikenali sebagai  Shariffuddin Bujang  menerima pujian ne...


No comments:

Post a Comment