Wajarkah Caryn Yean Dikecam Bertubi2 Oleh Netizens?

 On Wednesday, December 19, 2018  

Wajarkah Caryn Yean Dikecam Bertubi2 Oleh Netizens?

Wajarkah Caryn Yean Dikecam Bertubi2 Oleh Netizens?

Oleh : Syapik Hassan
 

Ape akan aku buat kalau aku kenal atau tinggal dekat dengan Caryn Yean?

Aku akan ajak dia lepak, borak dengan dia, belanja dia makan, mohon maaf kat dia bagi pihak netizen atas kecaman yang dia terima, dan explain perbuatan dia tu salah tapi boleh dimaafkan. Sebab apa? Sebab dia bukan muslim. Dia tak faham agama kita. Dia tak faham aqidah. Dia tak belajar tauhid. Dia memberi komen hari tu atas hasutan nafsu dia.


Lepas tu aku akan explain, Allah Maha Berkuasa untuk menyembuhkan, namun Allah juga Maha Berkehendak. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, dan Allah berhak memilih siapa-siapa untuk jadi 'kekasih'nya. Caryn Yean ni bukan Islam, memang normal kalau orang bukan Islam perlekehkan Allah begitu, sebab dia dalam keadaan serba tak tahu.

Most of the time, cara pendekatan aku ni lebih berkesan untuk menyejukkan hati orang sebegini dan menyedarkan mereka tentang kebahayaan menyentuh berkenaan isu sensitif agama Islam. Ini cara Ustaz Ebit Lew approach orang dalam berdakwah. Dengan izin Allah, dah ramai orang bukan Islam yang aku berjaya bantu menjadi Islam.

Berbeza dengan MELAYU yang LAHIR dan MEMBESAR dengan DIDIKAN ISLAM, kecik-kecik belajar ngaji Al-Quran, belajar Pendidikan Islam dan Fardhu Ain sejak sekolah rendah, hafal surah-surah pendek, mengaku Islam, dalam IC tulis Islam, tapi:

1. Tolak pelaksanaan hukum syariah


2. Kutuk dan caci ulama


3. Sokong dan membela puak LGBT


4. Mengkafirkan dan menerakakan individu tertentu


5. Persenda agama sendiri


6. Hina institusi tahfiz


7. Memperguna hadis untuk cover kelemahan/kesilapan sendiri


8. Perlekeh sunnah Nabi saw contohnya perlekeh janggut Nabi saw dengan berkata zaman tu takde pisau Gillette


9. Tolak hadis


10. Mengatakan tafsir Al-Quran dah tak relevan


11. Makan rasuah dan beri rasuah


12. Meminjam dengan bank guna pinjaman ribawi


13. Berzina


14. Buang anak luar nikah


15. Bangga jadi LGBT

maka golongan ini jauh lebih teruk berbanding Caryn Yean. Sebab mereka ni telah dikurniakan hidayah dan nikmat Islam, tapi kemudian mereka berpaling. Alangkah ruginya golongan ini sebab akan diazab dalam api neraka juga.

Semoga kita semua memperoleh rahmat dan hidayah dari Allah, dan semoga Allah memberi cahaya hidayah kepada Caryn Yean.

Ulang siar entri Wajarkah Caryn Yean Dikecam Bertubi2 Oleh Netizens? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Wajarkah Caryn Yean Dikecam Bertubi2 Oleh Netizens? 4.5 5 Unknown Wednesday, December 19, 2018 Wajarkah Caryn Yean Dikecam Bertubi2 Oleh Netizens? Oleh : Syapik Hassan   Ape akan aku buat kalau aku kenal atau tinggal dekat deng...


No comments:

Post a Comment