Lagi Kes Hilang Duit Dari Akaun CIMB, Kali Ini Melibatkan Kad Debit Pula.

 On Wednesday, December 19, 2018  

Lagi Kes Hilang Duit Dari Akaun CIMB, Kali Ini Melibatkan Kad Debit Pula.

Lagi Kes Hilang Duit Dari Akaun CIMB, Kali Ini Melibatkan Kad Debit Pula.

Seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Nazri melaporkan beliau kehilangan wang RM1,500 dari akaun CIMB miliknya pada 11 Disember tanpa pengesahan darinya.

Pengeluaran itu dilakukan menerusi debit kad yang dibayar kepada akaun paypal.


Nazri menunjukkan bukti beberapa transaksi pembayaran berlaku menerusi akaun debit miliknya kepada satu akaun paypal yang sama, dimana pengeluaran berlaku secara berturutan.

Laporan polis mengenai kehilangan wang itu juga telah dilakukan pada 12 Disember selepas mendapati wangnya hilang ketika melakukan semakan secara online di portal perbankan CIMB.

Menulis di dinding Facebooknya, Nazri berkata akaun kad debitnya telah dicerobohi tanpa pengetahuan dirinya.

Beliau turut berkongsikan beberapa pautan yang membuktikan kehilangan wang menerusi kad debit CIMB adalah perkara yang sering berlaku.

Diruangan komen post itu mendapati beberapa individu lain turut tampil mengakui pernah melalui insiden yang sama. Malahan ada individu yang mengakui mengalaminya secara berulangan meskipun kad debitnya telah ditukar sebanyak dua kali!

Terbaru, seorang individu yang dikenali sebagai Qazreen Qazz turut melalui insiden yang serupa seperti Mohamad Nazri.

Beliau turut menceritakan bagaimana akaun kad debit CIMB miliknya telah diceroboh dan beberapa transaksi pembayaran dilakukan ke atas satu akaun paypal yang sama.




Jangkaan awal ini dipercayai ada kaitan dengan kebocoran data maklumat pelanggan CIMB bagaimanapun sehingga ke hari ini CIMB enggan mengesahkan ataupun mengakui dakwaan tular itu.

Qazreen mendakwa beliau kehilangan hampir RM5,000 disebabkan transaksi yang tidak disahkan itu.

Pembaca boleh membaca luahan Nazri dan Qazreen diakhir artikel ini dengan pautan yang kami sertakan. Jika mana-mana pembaca menghadapi masalah yang sama, pihak kami menasihati untuk;

1. Membuat panggilan kepada pihak bank masing-masing untuk membatalkan/mematikan fungsi kad debit masing-masing. 

2. Melakukan dispute ataupun pertikaian dengan pantas jika wujud pembayaran yang diragui ataupun tidak disahkan.

3. Untuk semua transaksi secara online, pengguna dinasihati untuk hanya berjualbeli di portal yang disahkan dan tidak menyimpan maklumat kad debit masing-masing secara sebarangan di mana-mana portal yang diragui tahap keselamatannya. 

Dengan masalah tahap keselamatan CIMB Clicks yang masih merisaukan pengguna termasuklah dengan masalah terbaru berkaitan pengeluaran tidak disahkan menerusi akaun kad debit, apakah CIMB masih lagi enggan memperjelaskan kepada pelanggan-pelanggan mereka apa yang sedang berlaku ketika ini? - 19 Disember 2018.

Post Nazri

Post Qazreen 

Ulang siar entri Lagi Kes Hilang Duit Dari Akaun CIMB, Kali Ini Melibatkan Kad Debit Pula. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Lagi Kes Hilang Duit Dari Akaun CIMB, Kali Ini Melibatkan Kad Debit Pula. 4.5 5 Unknown Wednesday, December 19, 2018 Lagi Kes Hilang Duit Dari Akaun CIMB, Kali Ini Melibatkan Kad Debit Pula. Seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Nazri melapork...


No comments:

Post a Comment