6 Soalan Untuk BFM : Berhentilah Bersandiwara Dan Menutup Cerita Sebenar..

 On Tuesday, January 8, 2019  

6 Soalan Untuk BFM : Berhentilah Bersandiwara Dan Menutup Cerita Sebenar..

6 Soalan Untuk BFM : Berhentilah Bersandiwara Dan Menutup Cerita Sebenar..

Oleh : Firdaus Wong Wai Hung (Official)

[Rogol/Serangan Seksual Di BFM, Mana Yang Betul?]


Apabila tularnya satu email dari pekerja wanita BFM Radio - The Business Stationtentang tuduhan rogol/serangan seksual yang berlaku di stesen itu, pihak pengurusan BFM segera mengeluarkan kenyataan pada 1 Disember yang antaranya berkata;

"Buat masa ini, kami masih lagi belum dapat mengesahkan lagi apa-apa situasi yang telah dirujuk."

Kenyataan pada 1 Disember 2018 mengatakan pihak pengurusan tidak dapat mengesahkan apa-apa lagi situasi yang dirujuk iaitu seolah-olah mereka tidak tahu menahu tentang insiden yang disebutkan dalam email tersebut.

Malahan dalam email tersebut ditulis;

"Tolong bantu saya. Lakukan sesuatu tentang isu ini. Tiada siapa yang akan percaya kepada saya. Saya telah bercakap dengan NGO wanita di KL tetapi mereka enggan mempercayai saya kerana mereka adalah kawan kepada orang di BFM. Lingkungan liberal melindungi satu sama lain."

 
 
NGO wanita di KL manakah yang dimaksudkan oleh pengadu itu? Jikalau pengadu atau sesiapa ada maklumat, boleh salurkan kepada kami dan InshaAllah kami akan dedahkan talam dua muka ini.

Lalu pada 3 & 7 Disember 2018, pihak pengurusan BFM mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan rasmi telah bermula.

Pada 7hb Januari 2019, pihak pengurusan BFM mengeluarkan kenyataan rasmi keputusan penyiasatan mereka dan antara hasil siastan mendapati;

"Berkenaan dakwaan rogol/serangan seksual, pihak pengurusan BFM telah MENERIMA ADUAN PADA MEI 2017. Sejurus menerima aduan, pihak pengurusan BFM telah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan disiplin yang tertinggi dengan menamatkan perkhidmatan pekerja yang tertuduh."

Apa? Menerima aduan pada MEI 2017 tetapi mengapakah dalam kenyataan mereka pada 1 Disember 2018 mengatakan TIDAK DAPAT MENGESAHKAN SITUASI YANG DIRUJUK?

Persoalannya ialah mana satu yang betul ataupun ianya satu usaha untuk 'cover up' dan pihak BFM tidak akan memulakan sebarang siasatan dan mengeluarkan sebarang kenyataan andai email itu tidak tersebar sedangkan penyiasatan mereka mengatakan telah menerima aduan pada Mei 2017?

Kenyataan mereka pada 7 Januari 2019 juga turut mengatakan;

"Pihak pengurusan BFM tidak membuat laporan polis kerana pengadu tidak mahu melanjutkan perkara itu, pada masa tersebut."

Kes rogol/serangan seksual tidak membuat laporan polis kerana pengadu tidak mahu melanjutkan perkara? Atau sebenarnya pihak BFM yang memberikan tekanan kepada mangsa untuk tidak membuat laporan polis untuk 'cover'?

Pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) bukan sahaja perlu menyiasat kes rogol/serangan seksual itu malahan pihak PDRM dan SPRM juga perlu menyiasat pengurusan BFM bagi memastikan apakah terdapat unsur desakan bagi melindungi kes jenayah dan juga rasuah diberikan untuk mangsa berdiam diri!


BEBERAPA PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB OLEH BFM
1. Apakah anda tahu atau tidak kes rogol/seksual telah berlaku semasa mengeluarkan kenyataan pada 1 Disember di mana anda TIDAK DAPAT MENGESAHKAN tentang kes tersebut sedangkan hasil siasatan anda mendapati ADUAN TELAH DITERIMA PADA MEI 2017 dan pekerja itu telah dibuang kerja?

2. Mana satu kenyataan anda yang betul kerana kedua-dua adalah bercanggah. Jikalau salah satu adalah betul dan salah satu adalah menipu, mengapa anda mengeluarkan kenyataan yang palsu?

3. Mengapa setelah menerima aduan pada MEi 2017 dan pekerja tersebut telah dibuang kerja, pihak BFM tidak membuat laporan polis? Jikalau alasan anda adalah pengadu tidak mahu melanjutkan perkara itu, apakah BFM cuba melindungi pesalah itu yang memungkinkan beliau untuk melakukan perkara yang sama kepada orang lain di luar?

4. Pada kenyataan yang disiarkan oleh The Edge pada 23 March 2015, BFM mengatakan akan membuat laporan polis ke atas sesiapa yang mengugut/mengancam kakitanganya;

"But the station would not tolerate threats against its staff, it said."




Apakah kes rogol/serangan seksual bukan satu ancaman bagi BFM?

5. Apakah benar mangsa yang tidak mahu melanjutkan perkara itu atau ada ugutan/desakan dari pihak berkepentingan terhadap mangsa untuk menutup mulut ataupun mangsa dibayar untuk menutup mulut? Ini perlu penyiasatan lanjut dari PDRM dan SPRM.

6. Terakhir sekali sudah tentu NGO wanita manakah yang berdiam diri itu yang bersekongkol dengan liberal di dalam BFM? You scratch my back and I'll scratch yours?

#BashingForMuslims
#BaseForMuslimphobic
#BiasFilthyMedia

#medialiberalbias #hypocrisy #doublestandard #bfm

Ulang siar entri 6 Soalan Untuk BFM : Berhentilah Bersandiwara Dan Menutup Cerita Sebenar.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
6 Soalan Untuk BFM : Berhentilah Bersandiwara Dan Menutup Cerita Sebenar.. 4.5 5 Unknown Tuesday, January 8, 2019 6 Soalan Untuk BFM : Berhentilah Bersandiwara Dan Menutup Cerita Sebenar.. Oleh : Firdaus Wong Wai Hung (Official) [Rogol/Serangan ...


No comments:

Post a Comment