Bangunan Berlampu Salib Di Penang 'Diserang' Orang Awam..

 On Sunday, January 6, 2019  

Bangunan Berlampu Salib Di Penang 'Diserang' Orang Awam..

Bangunan Berlampu Salib Di Penang 'Diserang' Orang Awam..

Sebuah bangunan yang didakwa berlambangkan salib melalui lampu-lampunya telah menerima kecaman netizens bertubi-tubi sejak semalam.

Bangunan itu dikatakan berada di Jeluntong, Pulau Pinang. Bangunan itu adalah bangunan kediaman baru yang dikenali sebagai Grace Residence.


Bahkan beberapa pihak dilihat dengan giat menyebarkan dakwaan seperti;

👉 Pemilik bangunan adalah penganut taat Kristian

👉 Ada percubaan mengkristiankan Pulau Pinang

👉 Lampu salib digunakan untuk menyebarkan ajaran Kristian

👉 Kerajaan PH termasuklah DAP dan Mahathir perlu dipersalahkan



Kerajaan Pulau Pinang setakat ini belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan-dakwaan yang disebarkan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa orang awam dilihat telah berkumpul di hadapan Grace Residence pada malam ini.

Kumpulan itu mendakwa sebagai orang Pulau Pinang dan mewakili NGO Islam.

Mereka mempersoalkan kenapa bangunan tersebut mempunyai lampu berbentuk salib.

Antara hujah yang dinyatakan oleh kumpulan itu ialah;

👉 Bangunan tersebut adalah bangunan kediaman yang mana diduduki oleh orang awam kepelbagai..

👉 Disebabkan itu ianya salah kerana melanggar peruntukan undang-undang sedia ada, yang berkaitan dengan pembinaan kediaman, tidak boleh ada unsur keagamaan tertentu.

👉 Hanya rumah ibadat sahaja dibenarkan untuk menggunakan lambang ataupun simbol keagamaan.

👉 Perbuatan itu juga dianggap mencabar perlembagaan negara berikutan agama Islam adalah agama persekutuan.

👉 Kumpulan itu juga mendesak agar pihak berkuasa, kerajaan dan mufti, perlu mengambil tindakan ke atas pemaju dan menyiasat jika wujud unsur-unsur rasuah kerana membenarkan lambang salib terpamer di bangunan tersebut.

👉 Bahkan mereka mendakwa wujudnya perancangan rapi untuk menyebarkan kristianisasi di Pulau Pinang.

👉 Mujahid turut didesak untuk memantau dan masuk campur dalam hal tersebut.

Berdasarkan kenyataan oleh kumpulan itu juga, bangunan berlampukan salib itu telah ditutup dan tidak kelihatan pada malam ini.

Tidak dapat dipastikan kenapa pemilik menutup lampunya bangunannya. - SoZCyili.
 

Ulang siar entri Bangunan Berlampu Salib Di Penang 'Diserang' Orang Awam.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Bangunan Berlampu Salib Di Penang 'Diserang' Orang Awam.. 4.5 5 Unknown Sunday, January 6, 2019 Bangunan Berlampu Salib Di Penang 'Diserang' Orang Awam.. Sebuah bangunan yang didakwa berlambangkan salib melalui lampu-lampun...


No comments:

Post a Comment