Mulanya Nak Dedahkan Pekerja Dilempang Tapi Akhirnya Netizens Ajak Boikot Perniagaan..
Apalah nasib!
Niat pemilik perniagaan Restoran Ameer Corner untuk mendapatkan keadilan buat pekerjanya bertukar mendatangkan musibah pula buatnya.
Pada awalnya pemilik Ameer Corner, Krisnasamy AL Thevarayan membuat laporan polis kerana pekerjanya telah ditampar berikutan menegur pelanggan yang merokok di dalam premis perniagaannya.
Selain ditampar oleh pelanggan melayu, pekerjanya juga telah dimarahi oleh seorang pelanggan berbangsa india atas perkara yang sama iaitu menegur perbuatan merokok didalam restoran miliknya.
Tindakan Krisna membuat laporan adalah kerana tidak mahu dikenakan denda andaikata perkara itu diadukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kelak oleh mana-mana pihak.
Bagaimanapun niat melindungi pekerja dan restoran miliknya memakan dirinya apabila netizens muslim mempersoalkan nama perniagaan seolah-olah dimiliki peniaga berbangsa mamak tetapi pemilik sebenarnya adalah kaum india.
Seharusnya simpati dizahirkan kerana pekerjanya ditampar tetapi apa yang pemilik perniagaan itu dapat pula adalah kecaman dan kemarahan warganet, khususnya penganut Islam.
Bahkan netizens turut menyebarkan gambar restoran Ameer Corner dan mempertikaikan logo perniagaan yang ada bentuk kubah masjid.
Sesetengah netizens berkata papan tanda seperti itu bertujuan mengelirukan pelanggan.
Untuk rekod, bentuk kubah adalah senibina yang berasal dari gereja. Bagaimanapun disebabkan pertukaran budaya, masyarakat muslim Malaysia beranggapan senibina kubah adalah membayangkan elemen islamik dan keislaman.
Oleh itu tidak pelik apabila sesetengahnya berpandangan logo kubah di papan tanda itu membayangkan ada tujuan tertentu yang bermotif untuk mengelirukan pelanggan muslim.
Pemilik Ameer Corner bagaimanapun belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai reaksi negatif netizens mengenai hal tersebut setakat ini. - SoZCyili.

Ulang siar entri Mulanya Nak Dedahkan Pekerja Dilempang Tapi Akhirnya Netizens Ajak Boikot Perniagaan.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment