Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih!

 On Thursday, January 3, 2019  

Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih!

Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih!

Oleh : Aliff Ahmad II

Kembalikan RON91/92, biar rakyat memilih!
 

Antara perkara yang gua kesal dan marah dekat Najib Razak adalah dia menghapuskan RON91/92 apabila dia menaiki tampuk pemerintahan dengan alasan mahu memberikan petrol yang lebih berkualiti kepada rakyat.


Ya, memang benar RON95 dan 97 adalah petrol premium yang berkualiti tinggi jika kualiti petrol dikira melalui octane rating, lagi tinggi ratingnya lagi bagus kualiti petrolnya. Tetapi, adakah kesemua kenderaan patut menggunakan petrol premium?

Jawapannya, tidak.

Sebagaimana kereta Kancil tiada keperluan untuk memasang disc brake depan dan belakang dengan double piston kerana Kancil tidak akan boleh selaju GTR. Jadi perbuatan itu hanyalah sia-sia dan sebuah pembaziran.

Begitulah juga dengan penggunaan petrol, kenderaan yang enjinnya bukan jenis high compression dan tidak menggunakan sistem turbo tidak memerlukan penggunaan petrol premium. Cukup sekadar RON91. Honda Ex5, mesin rumput, Wira, Myvi, Civic, Mustang dan seangkatan dengan mereka, tidak perlu menggunakan petrol premium pun. Lainlah lu pakai Wira-GSR-Evo Turbo, VR4, GTR, RS6, dan Ferrari, akan ada effect knocking kalau guna petrol kurang dari RON95.

Lihat sahaja negara-negara maju semisal Australia, UK dan US, RON91 masih ada di setiap stesen minyak. Negara yang jauh mengatasi Malaysia dalam apa sektor (lebih-lebih lagi research) sekalipun masih mengekalkan RON91. Amat hairan kenapa Najib memilih untuk membuang RON92 dalam kamus rakyat Malaysia. Akibatnya, rakyat tiada pilihan melainkan terpaksa menggunakan petrol premium yang jauh lebih mahal tanpa keperluan.

Adakah lebih tinggi rating octane ia lebih menjimatkan?

Jawapannya, tidak!

Kajian telah dijalankan dan mendapati ianya tidak begitu. Rujuk video di bawah.

Adakah lebih rendah octane rating maka ia mencemarkan alam sekitar?

Jawapannya, tidak juga.

Jika ia mencemarkan alam sekitar, sudah pasti negara seperti Australia telah lama mengharamkannya.

Sekarang ini, zaman game addictive yang menyasarkan penjimatan dan penjagaan alam sekitar. Jimat, selamat dan hijau! Malaysia masih ketinggalan bab ni. Mungkin kita harus jemput mantan Chemical Engineer Petronas, Fdaus Ahmad untuk lead R&D tersebut.

Rakyat ini mudah saja sifir mereka, biarkan mereka membuat pilihan. Biarlah mereka punya pilihan untuk menggunakan petrol RON regular atau premium. Di Malaysia, kita tak punya pilihan untuk yang regular. Sebagaimana dibiarkan mereka buat pilihan untuk menggunakan jalan tol atau tidak, parkir di basement atau valet, naik low-cost airline atau premium airline.

Hak rakyat adalah memilih, bukan dipaksa dan terpaksa! Kalau ikut ilmu agak-agak gua, RON91 akan berharga RM1.40 saja di Malaysia sekarang!

Aliff Ahmad
Mantan Researcher Lab di Australia

ps : Untuk mereka yang ada akses ke kabinet, usulkan cadangan gua ini.

Ulang siar entri Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih! 4.5 5 Unknown Thursday, January 3, 2019 Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih! Oleh : Aliff Ahmad II Kembalikan RON91/92, biar rakyat memilih!   Antara perkara yang gu...


No comments:

Post a Comment