Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM.

 On Thursday, January 3, 2019  

Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM.

Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM.

Ahli Parlimen Pasir MAS, Ahmad Fadhli Bin Shaari menyokong penuh tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang melaksanakan undang-undang larangan merokok di tempat awam. 



Oleh : Ahmad Fadhli Bin Shaari

Isu Larangan Merokok Di Tempat Awam Sepintas Lalu Menurut Hadis


Nabi SAW bersabda :

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Yang bermaksud : "Muslim itu ialah muslimin lain selamat daripada lidah dan tangannya, dan orang yang berhijrah itu ialah berhijrah daripada apa yang dilarang oleh Allah."

Perbuatan merokok adalah jelas boleh menyebabkan mudarat kepada orang lain. Ia terbukti melalui kajian pakar-pakar sains dan perubatan pada hari ini. Sebagai seorang ayah kepada anak-anak kecil dan suami kepada ibu yang mengandung yang sering kali terganggu dengan asap rokok di kedai makan, kita dapat menyelami betapa pentingnya larangan merokok di tempat awam ini dikuatkuasakan.

justeru langkah kementerian kesihatan ini merupakan suatu langkah yang perlu diberikan sokongan sepenuhnya. Semoga ia dapat memastikan negara kita mencapai sifar rokok di tempat awam tidak lama lagi.

Kepada para perokok, ambillah peluang ini untuk menghentikan budaya yang boleh merosakkan diri sendiri dan juga orang lain yang tidak berdosa ini.

Ulang siar entri Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM. 4.5 5 Unknown Thursday, January 3, 2019 Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM. Ahli Parlimen Pasir MAS, Ahmad Fadhli Bin Shaari menyokong penuh ...


No comments:

Post a Comment