Penyakit Mental, Berhenti Mengejek Semua Pesakit Itu Kurang Iman..

 On Saturday, January 19, 2019  

Penyakit Mental, Berhenti Mengejek Semua Pesakit Itu Kurang Iman..

Penyakit Mental, Berhenti Mengejek Semua Pesakit Itu Kurang Iman..

Oleh : Muhsin Zaidi II

Dia macam ni tau.

Ya betul tuan-tuan, sebagai seorang umat Islam yang berpegang teguh pada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita percaya bahkan sangat percaya Al-Quran itu sebagai satu penawar kepada semua penyakit. Kita semua yakin.

Tapi tuan-tuan, keyakinan dan akal perlu seiring. Apa guna yakin tapi akal campak ke tepi?

Contohnya begini, satu hari kau kemalangan dan kaki putus. Darah memancut keluar. Dalam keadaan begitu, apa yang kau buat? Bawak pegi hospital atau bawak balik rumah dan baca Al-Quran ?

Jangan terkeliru, aku bukan nak kata Al-Quran itu tak berguna. Aku cuma nak bagitau tentang sikap manusia. Dalam keadaan itu, semuanya akan bawak ke hospital, akan ikhtiar dengan hentikan perdarahan, masuk wad berhari-hari, dalam masa yang sama berdoa supaya diberi kesembuhan yang pantas.

Tapi, apabila penyakit itu melibatkan penyakit mental, kenapa tanggapan kita semua berbeza. Contohnya kes ustazah di Bayan Lepas baru-baru ni yang hilang. Dia sudah didiagnos oleh doktor pakar psikiatri sebagai seorang pesakit Major Depressive Disorder. Yang korang cakap dia kurang iman tu kenapa? Kan doktor dah sahkan dia ada masalah dengan kesihatan mental dan sedang makan ubat. Kau doktor ke dia doktor?

Ramai yang cakap,

"Kembali la pada Allah."

"Buka semula Al-Quran, baca dan amalkan, insyaAllah hati menjadi tenang."



Ini antara kata-kata yang sangat kerap kita nampak kalau ada kes depression atau bunuh diri melibatkan pesakit depression.

Kata-kata begini memang enak dibaca, murni je kan. Malangnya kalimah toyyibah begini tak kena pada sasarannya. 


Pesakit Major Depressive Disorder bukan begitu. Mereka dalam kelompok lain. Mereka mengalami ketidakseimbangan emosi bukanla kerana mereka ni semua fasik, tetapi fungsi otak yang tidak stabil. Sebab itu mereka diberi makan ubat.

Walaubagaimanapun, membaca Al-Quran dan lain-lain amalan yang berunsur spiritual begitu mampu membantu mereka kembali sihat.

Analoginya, adakah adil kalau kita cakap seorang pesakit stroke yang hilang ingatan itu fasik kerana tidak solat? Sedangkan dia jadi begitu kerana otaknya bermasalah. Tapi kita tetap kata dia tidak beriman dan tak percaya pada Allah. Kita yang waras ni sebenarnya bodoh ke apa cakap macam tu?

Sama la juga macam pesakit-pesakit yang ada isu dengan kesihatan mental. Mereka nampak sihat secara fizikalnya, namun secara mentalnya mereka mengalami gangguan dan ketidakstabilan psikologi ini amat mengganggu keupayaan mereka mengawal emosi, kebolehan berfikir dan buat keputusan penting. 


Puncanya sama, organ otak mengalami masalah. Banyakkan membaca, ustaz-ustaz dan ulama' dah banyak ulas kes penyakit mental ni dari perspektif agama terutamanya hukum hakam. Korang je menggelabah, asal nampak kes depression sikit terus mengustazisasikan diri masing-masing, lancarkan serangan dengan komen-komen merapu, bagi pendapat merepek. Geli betul baca

Ahli falsafah Islam pun kaji bidang perubatan, mereka tidak berharap pada Al-Quran semata-mata. Mereka tahu Al-Quran adalah petunjuk untuk mereka melangkah lebih jauh. Rawatan penyakit mental ni dah berlambak-lambak dah ada. Korang je masih tak boleh nak maju, masih nak anggap orang depression ni cuma masalah hati.

Jadi, berhentilah menuduh orang tu lemah iman, orang ni fasik, hanya kerana dia ada kekurangan dari sudut mentalnya. Korang takde kaitan pun dengan hidup dia. Kalau tak tahu atau kurang pasti, diam je. Takda orang peduli pun kalau korang tak bagi pendapat pasal masalah dia. Tolong berhenti jadi bangang. Boleh?.

Ulang siar entri Penyakit Mental, Berhenti Mengejek Semua Pesakit Itu Kurang Iman.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Penyakit Mental, Berhenti Mengejek Semua Pesakit Itu Kurang Iman.. 4.5 5 Unknown Saturday, January 19, 2019 Penyakit Mental, Berhenti Mengejek Semua Pesakit Itu Kurang Iman.. Oleh : Muhsin Zaidi II Dia macam ni tau. Ya betul tuan-tuan, seb...


No comments:

Post a Comment