Selepas Dikecam Kerana Kutuk Bomba Tak Pandai Buat Kerja, Chuah Chun Howe Akhirnya Minta Maaf.
"Saya amat kesal dengan percakapan melulu semalam mengenai ahli bomba malaysia. Saya telah mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada pihak bomba Jalan Perak Penang dan telah mendapat ampunan daripada Tuan Ismail.
Saya berjanji tidak akan bercakap yg tidak baik lagi mengenai anggota beruniform Malaysia. Tuan Ismail sendiri menjelaskan banyak perkara mengenai kes ini dan juga kes kes lain, serta apa yang perlu dilalui oleh anggota bomba.
Saya harap semua orang tidak akan buat comment negative terhadap ahli beruniform macam saya, jika tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka. Sekali lagi saya ikhlas memohon maaf kepada semua warga beruniform di seluruh Malaysia.
Buat sementara waktu account saya telah di suspended-kan disebabkan oleh reports yang di terima. Saya tidak bekerja di Exabytes sejak 5 tahun lalu," itulah kenyataan maaf Chuah Chun Howe kepada pihak bomba selepas komen negatifnya terhadap badan beruniform itu menjadi tular di sosial media sejak semalam.
Chuah pada awalnya dilihat mempertikaikan pihak bomba yang gagal menyelamatkan mangsa kemalangan, Moey Yun Peng, 20 tahun yang terbabas jatuh ke laut dalam satu nahas kemalangan pada pagi isnin.
"Pasukan penyelamat bomba teruk, dah dekat macam tu pun tak boleh nak keluarkan lagi, semua tidur dan makan sahaja," katanya dalam kenyataan itu.
Komen itu kemudiannya ditangkaplayar dan disebarkan secara berleluasa.
Chuah kemudiannya dikecam bertubi-tubi oleh warganet yang tak berpuas hati dengan tindakan Chuah mengecam anggota bomba yang sedang bergadai nyawa bagi menyelamatkan mangsa.
"Saya kira Encik Chuah tidak biasa menyelam. Kedalaman 15 meter bukan cetek. Tambahan pula bukan menyelam untuk riadah tetapi operasi menyelamat. Bergadai nyawa. Kurang ajar bila berkata Skuad Bomba makan dan tidur sahaja," kata seorang warganet yang dikenali sebagai LovelyDarshan.
Menyedari dirinya telah terlanjur kerana mengeluarkan komen yang tidak sepatutnya, Chuah lantas berjumpa dengan pihak bomba dan membuat permohonan maaf secara berdepan.
Diharapkan perkara ini menjadi iktibar kepada semua pihak. Sekurang-kurangnya janganlah mengecam pasukan bomba dan penyelamat berkaitan skop kerja mereka, seolah-olah anda yang lebih berkepakaran dan berkemahiran dalam menyelamatkan mangsa sedangkan pengalaman menyelamatkan kucing pun tak pernah ada. Hihi. - 22 Januari 2019.

Ulang siar entri Selepas Dikecam Kerana Kutuk Bomba Tak Pandai Buat Kerja, Chuah Chun Howe Akhirnya Minta Maaf. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment