Betul Ke Boleh Rawat Stroke Dengan Terapi Lampu Lip Lap?

 On Sunday, February 3, 2019  

Betul Ke Boleh Rawat Stroke Dengan Terapi Lampu Lip Lap?

Betul Ke Boleh Rawat Stroke Dengan Terapi Lampu Lip Lap?

Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah

TERAPI LAMPU LIPLAP

Saje nak tegur satu video seseorang yang promosi rawat stroke dengan lampu liplap.



Untuk makluman, Stroke ini jika buat physio akan pulih/recover. Walaupun bukan 100% pulih tetapi paling tidak pesakit akan boleh bergerak dalam tempoh masa tertentu.

Ianya juga bergantung kepada jenis stroke dan keterukan rosak saraf otak yang diserang stroke. Paling minima pesakit boleh menggerakkan kaki dan tangan.

Pemulihan stroke tidak perlu pun guna lampu liplap. Lampu liplap itu hanya psikologi. Rawatan utama setelah serangan stroke adalah makan ubat yang dibekalkan samada ubat darah tinggi, kencing manis, ubat cair darah, ubat kolesterol dan sebagainya. Kemudian pesakit perlu dibawa melakukan rawatan fisioterapi.

Rawatan pemulihan melalui fisioterapi ini boleh mengembalikan semula fungsi pesakit samada fungsi fizikal, mental dan spiritual. Peranan waris amat penting pada ketika ini. Bukannya mengupah perawat yang tidak bertauliah dan melakukan rawatan yang pelik-pelik.

Seluruh premis hospital KKM mempunyai anggota mahir bahagian fisioterapi. Malah satu jabatan khusus dikhaskan bagi merawat pesakit yang kena stroke. Klinik-klinik kesihatan seluruh negara pun wujud perkhidmatan itu.

Ulang siar entri Betul Ke Boleh Rawat Stroke Dengan Terapi Lampu Lip Lap? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Betul Ke Boleh Rawat Stroke Dengan Terapi Lampu Lip Lap? 4.5 5 Unknown Sunday, February 3, 2019 Betul Ke Boleh Rawat Stroke Dengan Terapi Lampu Lip Lap? Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah TERAPI LAMPU LIPLAP Saje nak tegur satu video...


No comments:

Post a Comment