Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Suplemen Minda.

 On Sunday, February 3, 2019  

Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Suplemen Minda.

Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Suplemen Minda.

Oleh : Dr. Rushdan Noor (Medical  Mythbusters Malaysia) 

ANAK-ANAK TIDAK MEMERLUKAN SUPLEMEN MINDA

Kaedah terbaik untuk memastikan badan dan otak anak-anak anda berkembang dengan baik adalah memberikan makanan semulajadi yang mengandungi 4 perkara ini dalam nisbah yang sesuai selari dengan konsep piramid makanan: 



1. Nasi/roti/bijirin/gandum,
2. Daging/protein(ikan/ayam/telur),
3. Produk tenusu (susu/keju/yoghurt) dan
4. Sayuran/buah-buahan

Suplemen TIDAK akan dapat menggantikan makanan semulajadi ini, malahan suplemen boleh memudaratkan kesihatan badan. 


Jika pada orang dewasa pun ianya memudaratkan apatah lagi kepada kanak-kanak. Tidak ada kajian yang menunjukkan ada suplemen ataupun pil/jus minda yang boleh meransang perkembangan otak dan membuat anak anda lebih cerdas dan cerdik.

Ibubapa dan guru-guru jangan terpedaya dengan suplemen minda. Anda jangan pula bersubahat menjual suplemen minda. 


Kepada jurujual suplemen minda, jangan menambah beban ibubapa yang sudah berhabisan membelanjakan wang untuk persediaan sekolah dan lain-lain kelengkapan belajar. 

Ibubapa yang ada duit lebih, sedekahkan kepada Tabung Infak sekolah untuk disalurkan kepada murid daripada keluarga susah ataupun masukkan ke dalam tabung PIBG.

Ulang siar entri Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Suplemen Minda. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Suplemen Minda. 4.5 5 Unknown Sunday, February 3, 2019 Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Suplemen Minda. Oleh : Dr. Rushdan Noor (Medical  Mythbusters Malaysia )   ANAK-ANAK TIDAK MEMERLUKAN ...


No comments:

Post a Comment