Jangan Ambil Mudah Dengan Demam Campak.

 On Sunday, February 3, 2019  

Jangan Ambil Mudah Dengan Demam Campak.

Jangan Ambil Mudah Dengan Demam Campak.

Oleh : Dr Rushdan Noor (Medical Mythbusters Malaysia)

JANGAN AMBIL MUDAH DENGAN DEMAM CAMPAK

Bila sebut demam campak, ramai akan mendakwa pernah mengalaminya dan pada pandangan umum ianya satu jangkitan virus yg ringan. Jadi apabila doktor mencadangkan vaksin ke atas jangkitan virus demam campak, mungkin ada yang memandang remeh. Vaksin campak selalunya diberikan bersama vaksin rubela dan mump (begok), MMR.

Sebenarnya demam campak boleh menyebabkan risiko kesihatan yg serius kepada anak dan juga masyarakat. Demam campak boleh menyebabkan radang paru2 (pneumonia),radang otak (encephalitis), pekak, buta, terencat akal dan kematian terutama pd kanak2 dan individu yg rendah sistem pertahanan badan.


Pada tahun 2000, sejumlah 546,800 kematian dilapurkan akibat demam campak di seluruh dunia. Hasil daripada program imunisasi yg baik, jumlah kematian telah menurun kepada 114,900 orang (penurunan 79%). Ini belum lagi mengambil kira jumlah kes2 kecacatan.

Walaupun kebanyakan mangsa demam campak akan sembuh namun kita tidak dapat menjangka siapa yg akan menjadi mangsa kesan sampingan yg serius.

Berbeza dengan jangkitan2 yg lain, campak adalah penyakit yg sangat mudah berjangkit dan kadar pembiakan virus yg sgt cepat. Kejayaan program imunisasi bergantung kepada berapa peratus sasaran yg menerima vaksin dan peratusan ini dinamakan liputan. Katakan sasaran kita adalah 1000 org, maka 90% liputan bermaksud 900 org telah diberi vaksin.

Liputan yang hendak dicapai bergantung kpd jenis penyakit. Penyakit yg sangat mudah berjangkit memerlukan liputan yg lebih tinggi. Jika liputan itu tidak dicapai, maka program imunusasi itu akan gagal dan wabak penyakit akan berlaku. Lagi cepat virus itu berjangkit, lagi tinggi liputan vaksin yg diperlukan.


Garis sempadan liputan ini dinamakan "Herd Immunity Treshold" (HIT). Jika liputan kurang daripada HIT, maka wabak penyakit boleh berlaku. Jika liputan melebihi HIT, masyarakat itu akan terlindung daripada wabak dan masyarakat ini dikatakan sudah mencapai "Herd Immunity". Matlamat utama program imunisasi adalah utk mencapai "Herd Immunity". Herd immunity bolehlah dikiaskan dengan satu payung yang besar melindungi orang ramai daripada dibasahi air hujan.

Virus campak adalah di antara yg paling mudah berjangkit dan kadar pembiakan yg paling tinggi. Maka HIT untuk mencegah wabak demam campak juga adalah tinggi iaitu 95%. Maksudnya daripada 1000 orang sasaran, kita perlu pastikan sekurang2nya 950 orang telah diberi vaksin. Jika liputan kurang daripada 95%, wabak penyakit boleh berlaku. Lima peratus(5%) yg tidak menerima vaksin itu terdiri dari (1) anak yg belum cukup umur, (2) anak2 yg mempunyai alasan kesihatan utk tidak boleh menerima vaksin, (3) anak yang terlepas vaksin dan (4) anak2 kepada ibubapa yg antivaksin.

Apabila golongan antivaksin meningkat, maka ia akan meningkatkan peratusan yg tidak menerima vaksin, contohnya daripada 5% kepada 10%. Dalam keadaan ini liputan vaksin akan menurun kepada 90% dan ini adalah di bawah paras HIT. Akibatnya wabak penyakit boleh berlaku dan keseluruhan masyarakat akan terancam. Ancaman paling besar adalah ke atas 10% yg tidak menerima vaksin termasuk anak2 antivaksin sendiri. Jadi antivaksin telah memangsakan anak2 mereka sendiri dan anak2 lain yg tidak layak menerima vaksin. Anak2 yang menerima vaksin akan terlindung dan jikapun dijangkiti akan mengalami jangkitan yang jauh lebih ringan.

Kesimpulannya demam campak boleh menjadi satu penyakit berjangkit yg sgt merbahaya kerana sgt mudah berjangkit dan kita memerlukan liputan vaksin yang tinggi untuk mencapai "Herd Immunity". Gerakan antivaksin jika tidak dikawal akan menurunkan liputan sehingga menyebabkan berlakunya wabak demam campak dan lain2 penyakit berjangkit yg dicegah dengan vaksin. Jika anak2 ini tidak bernasib baik, mereka akan mengalami kecacatan kekal dan kematian.

Ulang siar entri Jangan Ambil Mudah Dengan Demam Campak. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Jangan Ambil Mudah Dengan Demam Campak. 4.5 5 Unknown Sunday, February 3, 2019 Jangan Ambil Mudah Dengan Demam Campak. Oleh : Dr Rushdan Noor ( Medical Mythbusters Malaysia) JANGAN AMBIL MUDAH DENGAN DEMAM CAMPAK...


No comments:

Post a Comment