Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin..

 On Sunday, February 3, 2019  

Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin..

Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin..

Oleh : Dr Rushdan Noor 

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN

Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran. Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain2 lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.


Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor. Ketiga2 ingredient ini bertindak sinergistik utk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan. Methyl Salicylate adalah antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan, Menthol pula adalah untuk aroma dan memberi kesan kesejukan. Camphor juga mempunyai kesan yg sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan. Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat.

Ketiga2 ubat yg dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak2 (rujuk pautan di bawah). Ubat2 ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yg banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan. Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak2 dan orang dewasa yg menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing2 ada kesan sampingan yg tersendiri.

Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi. Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yg dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit. Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening. Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan. Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini. Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari. Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.

Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga2 ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan. Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam2 herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain2. Apa sahaja yg ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yg besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.

Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat2 yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga2 atau salah satu daripada ubat2 di atas, gunakan dengan berhati2 pd bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak2. Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa2 gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri. Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat2 yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam2 tanpa pengetahuan pengguna.

Dr Rushdan Noor
Medical Mythbusters Malaysia


https://www.msdmanuals.com/…/aspirin-and-other-salicylate-p…

https://www.rch.org.au/c…/guideline_index/Camphor_poisoning/

https://toxnet.nlm.nih.gov/cgi-bin/sis/search/a…

Ulang siar entri Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin.. 4.5 5 Unknown Sunday, February 3, 2019 Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin.. Oleh : Dr Rushdan Noor  JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN Minyak angin adalah sejenis min...


No comments:

Post a Comment