Emma Maembong, Bertaubatlah Kata Pendakwah.

 On Thursday, February 7, 2019  

Emma Maembong, Bertaubatlah Kata Pendakwah.

Emma Maembong, Bertaubatlah Kata Pendakwah.

SEBAGAI selebriti, jika kebaikan mereka diikuti, Allah pasti menganugerahkan ganjaran pahala dan sebaliknya turut memperoleh dosa jika keburukan menjadi ikutan peminat.

Namun selebriti yang tersasar ketika cuba melakukan kebaikan perlu diberi sokongan bersesuaian dengan dakwah dianjurkan ajaran Islam.



Itu pendapat dua Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz ketika diminta mengulas mengenai pelakon Emma Maembong yang kembali membuka tudung.

Abdul Rahman berkata, semua muslimat perlu menyedari bahawa setiap perkara dilakukan adalah bagi mendapat reda Allah termasuklah dalam aspek berpakaian.

“Kena faham kita buat sesuatu bukan kerana orang sebaliknya adalah patuh kepada perintah Allah. Ini nasihat saya buat semua. Kadang-kala mereka tidak tahu berpakaian pun dapat pahala, ini yang kena belajar supaya semua perbuatan (seharian) tidak sia-sia. Allah sukakan hambanya yang istiqamah dalam melakukan kebaikan walaupun kecil.

“Dalam konteks selebriti (ramai pengikut), jika kebaikan kita diikuti Allah akan anugerahkan kita ganjaran pahala. Sebaliknya, jika keburukan menjadi ikutan peminat, kita turut mendapat dosa,”
katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia menasihati semua peminat kepada artis terbabit supaya tidak mencontohi keburukan idola mereka sebaliknya menjadikan Rasulullah dan sahabat sebagai ikutan.

Sementara itu, Hassan berkata, dia menyeru semua pihak supaya bersangka baik kepada pelakon wanita terbabit.

“Dalam melakukan kebaikan biasalah seseorang itu tersasar. Jadi, dakwah kita kepadanya adalah dengan memberi sokongan dan bimbingan supaya dia kembali ke jalan yang benar.

“Tindakannya yang sebelum ini tidak bertudung kepada bertudung adalah satu permulaan baik. Ini tanda dia punya kesedaran. Kadang-kala tersasar itu perkara biasa kita perlu bimbing dia, lagi pula dia bukanlah daripada aliran agama,”
katanya.

Menurutnya, dia menasihatkan Emma supaya bertaubat.

“Pesan saya buatnya, pertama carilah kawan yang baik. Kedua, belajar agama dan ketiga, carilah suami yang baik supaya dapat membimbingnya. Janganlah hati kita berbolak-balik dalam melakukan kebaikan, ini dikategorikan sebagai jiwa tak tenteram.

“Jika kita bertemu dengannya, jangan marah atau mempersoalkan tindakannya (membuka tudung) sebaliknya, katakanlah Allah sayang kepada orang yang tutup aurat,”
katanya.


Sumber : Harian Metro.

Ulang siar entri Emma Maembong, Bertaubatlah Kata Pendakwah. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Emma Maembong, Bertaubatlah Kata Pendakwah. 4.5 5 Unknown Thursday, February 7, 2019 Emma Maembong, Bertaubatlah Kata Pendakwah. SEBAGAI selebriti, jika kebaikan mereka diikuti, Allah pasti menganugerahkan ganjaran pahal...


No comments:

Post a Comment