Dakyah Agama Baru Ke Atas Pelajar Malaysia. Episod Akhir.

 On Tuesday, April 30, 2019  

Dakyah Agama Baru Ke Atas Pelajar Malaysia. Episod Akhir.

Dakyah Agama Baru Ke Atas Pelajar Malaysia. Episod Akhir.

Oleh : Firdaus Wong Wai Hung

PENDEDAHAN: Bukti Usaha Dakyah Untuk Memurtadkan Pelajar Kita [Siri 3]


Dr Yoo Chong Young adalah penggerak utama ajaran Unification Church di Malaysia. Beliau sudah bertapak lebih 11 tahun di Malaysia semata-mata untuk menyebarluaskan ajaran ketuanya Sun Myung Moon atau dikenali Father Moon.

Di dalam pendedahan siri ini akan mengetegahkan apa yang berlaku sebenarnya disebalik penglibatan mereka di dalam badan-badan kerajaan dan NGO di Malaysia. Ada dua situasi, pertama adalah mendedahkan apa yang berlaku di Korea Selatan bersama dengan pelajar Malaysia dan kedua adalah pendedahan ucapan misionari Unification Church di Malaysia.

Apa Yang Berlaku Di Korea Selatan?
Seperti disebut di dalam siri yang lepas, terdapat satu program yang telah berlansung di Universiti-Universiti tempatan iaitu program Students for Peace Leadership Conference. Program ini digerakkan oleh sebuah badan besar di bawah agama Unification Church iaitu Women’s Federation for World Peace (WFWP). Antara Universiti yang telah menjadi sasaran program ini adalah Universiti Malaysia Terengganu pada 30 April 2018, Universiti Putra Malaysia pada 10 Mac 2018, Universiti Sains Malaysia pada 6 Oktober 2018. Dan mungkin akan ada lagi susulannya memandangkan mereka mensasarkan 13 Universiti di Malaysia.

Pelajar Malaysia dibawa 'ziarah' ke Istana Father Moon (Cheonjeonggung) atau dikenali sebagai gelaran Vatican Timur. Di sana terdapat barang-barang peninggalan Father Moon
Salah satu carannya adalah di dalam program tersebut, Women’s Federation for World Peace (WFWP) akan memberi anugerah ‘Youth Ambassadors for Peace’ kepada mana-mana pimpinan mahasiswa atau mahasiswi dari lain-lain Universiti di Malaysia dan pelajar yang mendapat anugerah itu, dia boleh mengajak beberapa orang rakan yang lain untuk menghadiri program “Student Leadership Conference & Exploring Korean Development and Culture Tour”. Yang mana program tersebut akan diadakan di Korea Selatan (dan akan dibuat juga di Hawaii). Peserta hanya perlu menyediakan pembelanjaan tiket penerbangan sahaja manakala yang lain-lain akan ditanggung oleh Women’s Federation for World Peace (WFWP).
 
Buku dakyah Unification Church dari Dr Yoo Chong Young yang dihadiahkan kepada pelajar-pelajar Malaysia.
Antara pelajar Universiti yang terlibat di dalam program ke Korea Selatan adalah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Selangor (UNISEL).

Program itu berlangsung selama seminggu bermula 30 Julai sehingga 5 Ogos 2018 bertempat di YongPyeong Ski Resort, Korea Selatan. Apa yang berlaku selama seminggu itu adalah:

1) Pelajar-pelajar didedahkan tentang ideologi Father Moon dan Unification Church.

2) Pelajar-pelajar dipaparkan video dan testimoni pimpinan seluruh dunia mengenai Father Moon.


3) Pelajar diberikan buku pendakyahan Unification Church tulisan Dr Yoo Chong Young sendiri bertajuk True Parents and World Peace. 


4) Pelajar didedahkan tentang Mass Weeding dan idealogi Unification Church berkenaan perkahwinan dan juga kekeluargaan. 


5) Pelajar didoktrinkan supaya “mengagungkan” Father Moon sehingga ketika saat sebelum makan juga pelajar diajar untuk menyebut “Father Moon” bagi menggantikan “Cheers”. 


6) Pelajar disuruh mengangkat ikrar dan bersumpah untuk mengiktiraf Father Moon dan Mother Moon sebagai Heavenly Parent dan menunaikan 3 Great Blessing. Pada waktu itu berlaku ketegangan kerana ramai yang protes untuk melakukannya. 


7) Pelajar Malaysia dibawa ke Istana Unification Church bernama Cheon Jeong Gung Peace Museum and Meeting Center yang berada di pendalam di atas bukit. Istana berwarna putih itu digelarkan sebagai “Vatican of the East”. Pelajar dilarang membawa sebarang kamera atau telifon pintar ke dalam istana tersebut. Di dalam istana tersebut terdapat barang peninggalan Father Moon seperti baju, kasut, paparan legasi sepanjang hidupnya dan sebagainya.


8) Semasa berada di Istana tersebut pelajar disuruh untuk melakukan upacara tunduk hormat pada sebuah tempat yang dianggap suci oleh Unification Church dan ada pelajar muslim juga terlibat. 


9) Pelajar juga ditawarkan untuk membawa balik kitab suci Unification Church itu “Divine Principle”.

Semua pendedahan ini kami memiliki bukti berbentuk gambar, video dan juga saksi dari peserta yang telah menghadiri program tersebut. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa agenda mereka adalah untuk merekrut keahlian dari pelajar-pelajar Malaysia untuk menerima agama Unification Church. Memandangkan mereka tahu jika hal ini dilakukan di Malaysia maka mereka melanggar Perlembagaan Malaysia perkara 11 (4) iaitu:

“Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan undang-undang negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam”

Oleh itu, mereka memilih untuk menghantar pelajar Malaysia ke Korea Selatan untuk mengelak dari terikat dengan peraturan tersebut untuk mendoktrin agama mereka kepada pelajar-pelajar Malaysia.

Apa Dakyah Unification Church Di Malaysia?

Di bahagian ini pula akan mendedahkan teks dan juga program yang telah diusahakan oleh agama Unification Church di Malaysia. Hal ini jelas bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan juga enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri.

1) Ucapan Dr Yoo Chong Young di program Students for Peace Leadership Conference yang diadakan di Universiti Putra Malaysia, pada 10 Mac 2018, yang dihadiri oleh majoriti pelajar Muslim. Ucapan ini diambil daripada buku tulisan beliau sendiri di dalam buku True Parents And World Peace:[1]

a) Beliau membawa cerita berkenaan petanda bahawa Father Moon adalah Sang Penyelamat di zaman sekarang berdasarkan kisah Sir Anthony Brooke yang sanggup ke Korea Selatan untuk mencari Sun Myung Moon:

“Fifty-three years ago, Anthony Brooke received a revelation from above when he was half awake and half asleep. God told him in the vision of the night: A living saint, the Peace Messiah has appeared in the land of the Rising Sun in a Far-Eastern country. Then, on 24 March 1964, he went to Korea”

Sebelum Anthony Brooke tiba di Korea, dikatakan beliau beranggapan kehadiran sang penyelamat di “land of the rising sun in a far eastern country” di dalam mimpi itu adalah Jepun lalu beliau ke Jepun. Selama di Jepun dikatakan beliau tidak menemukan seorang pun pendeta yang dimaksudkan itu sehinggalah seorang Professor di Eh Hwa Women University menulis surat kepada Anthony Brooke bahawa tanah matahari terbit itu bukan Jepun tetapi Korea. Lalu Dr Yoo memetik ayat Bible:

“May I refer to Revelation 7:2 “I saw another angel ascending from the east, having the seal of the living God”

Berdasarkan ayat ini, seolah-oleh menunjukkan bahawa Father Moon itu merupakan ‘malaikat’ dari timur itu. Walhal sambungan kepada ayat itu berbicara konteks yang sangat berbeza.

Mimpi tersebut menjadi tanda aras kepada Dr Yoo bahawa ia sedang merujuk kepada Father Moon di Korea. Dan beliau menyambung:

“Finally, after meeting Father Moon in Seoul in a shabby humble house at Chung Pa Dong, Anthony Brooke testified Father Moon as the Peace Saint, Peace Messiah and King of Peace. Anthony Brooke said: “I had seen Father Moon’s face in my vision”. Fortunately, I (Dr. Yoo) also heard his testimony at that time.”

Setelah itu Dr Yoo menekankan dengan ingin melogikkan bahawa benar mimpi itu adalah dari Tuhan sehingga membawa Anthony Brooke sampai ke Korea untuk bertemu dengan sang penyelamat baru.

b) Dr Yoo juga menjelaskan bahawa salah satu misi Father Moon (Unification Church) adalah untuk membangkitkan tamadun baru yang aman dikenali sebagai Pacific Rim Era. Yang mana ia adalah tamadun yang dikuasai oleh lingkaran Pacific bermula Santiago (Chile) ke Las Vegas (US) ke Anchorage (Alaska) ke Jepun ke Korea ke Malaysia dan ke Wellington (New Zealand). Beliau berucap:

“Long ago, Father Moon foresaw the pattern of how human culture will be developing during the different eras. Therefore, he declared, “With the rise of the Pasific Rim Era, a new civilization of peace is beginning!” It is Father Moon’s ferevent desire that all of us living around the Pasific Rim can unite and play a more active role in bringing about peace and harmony to our world.”

“I would like to encourage all of you, Ambassadors for Peace here in Malaysia to work together to bring about peace and true family culture in our world!”

“I believe UPM will be another volcano and starting point of Peace for Malaysia and the World. Could you please wake up from the deep sleep? Open your spiritual eyes and then you will see the new world.”

Sememangnya antara kawasan lingkaran Pasific ini menjadi fokus bertapak kukuhnya gerakkan keagamaan ini. Di tengah-tengah pula terletakknya kepulauan Hawaii dan disitu juga merupakan kawasan yang sangat aktif mereka melakukan dakyah. Malah ahli parlimen Malaysia juga pernah dihantar oleh Universal Peace Federation untuk menghadiri persidangan di sana.[2] Selain itu, ada ura-ura mereka juga merancang akan membuat program Leadership Conference bersama dengan Mahasiswa Malaysia di Hawaii yang akan digunakan pelajar Malaysia yang telah menghadiri di Korea pada awal Ogos lalu untuk menguruskan program di Hawaii.

 
Borang ikrar untuk semua pelajar perlu bersumpah (syahadah) supaya mengakui Father Moon dan Mother Moon adalah ibubapa syurgawi dan ibubapa sebenar.
Dr Yoo melabelkan sesiapa yang melibatkan diri ke dalam misi Unification ini dengan gelaran Ambassadors of Peace agar dilihat lebih harmoni.

2) Ucapan dari anak Sun Myung Moon iaitu Dr. Hyun Jin Preston Moon dalam program Global Peace Convention pada 5-8 Disember, 2013, di Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengasas kepada Global Peace Foundation dan di Malaysia juga memiliki cawangannya di Petaling Jaya. Ucapan beliau bertema “Unity in Diversity: Building Social Cohesion for Sustainable Peace through Universal Aspirations, Principles, and Values”. Program ini dihadiri oleh ahli perniagaan, pimpinan negara, dan ahli akedemik dalam dan luar negara. [3] 

Ada beberapa perkara yang beliau sebut:

“We all aspire to establish peace on earth, to recognize the value of human life, to recognize the importance of individual responsibility in living according to the laws of nature and heaven and of the individual conscience in guiding us to do so, and to realize that we are truly ONE FAMILY UNDER GOD”

“I believe that vision is the simple yet profound idea that all people, regardless of race, nationality, religion, or culture, are members of ONE FAMILY UNDER GOD.”

“You have all gathered here because you share the hope of a peaceful world rooted in the vision of ONE FAMILY UNDER GOD.”

“Let us determine that it is not they who will determine the future, but it is us that share this common vision to build ONE FAMILY UNDER GOD, to put our mark in this very crucial moment in human history, and shape the future of humanity.”

“This is a solemn moment. But I cannot leave without giving a challenge. This is a big, big challenge that I am proposing here today: Will you become owners of the dream of ONE FAMILY UNDER GOD and make it a living reality for future generations? If you do, please stand up.”

“I want to share with you a Korean word: “Aju”. My father (Sun Myung Moon) explained that this word has tremendous meaning to it, because it means that “I will take ownership over it,” not somebody else. “Peace will start with me. I will be the peacemaker.” So could we say together, “Aju!”? [Aju!] Louder, could we say, together, “Aju!”? [Aju!]

“Will you be owners of the dream of ONE FAMILY UNDER GOD and carry this message and the large mantle that is present before us to the world as the true peacemakers of this century? Will you do that? Yes or no? [Aju!]”


Konsep One Family Under God ini merupakan konsep di dalam Unification Church. Ia dikenali sebagai legasi terakhir Sun Myung Moon. Ia dibahaskan di dalam laman sesawang mereka di bawah tajuk “One Family Under God Is Dr. Sun Myung Moon’s Lasting Legacy” ada menyebut bahawa Father Moon itu adalah bapa rohani bagi semua, semua adalah anak-anaknya, dan semua adalah satu keluarga.[4]

Ini kerana menurut akidah Unification Church, Father Moon dan Mother Moon adalah Ibubapa Syurgawi (Heavenly Parent) dan mereka itu Ibubapa sejati (True Parent) jelmaan Adam dan Hawa yang ketiga di dunia. Oleh itu mereka mengajak untuk menerima konsep fahaman mereka supaya berada di dalam satu keluarga yang dinaungi oleh Father Moon dan Mother Moon di bawah ‘tuhan Father Moon’. Malah pengikut Unification Church ada menulis buku bertajuk One Family Under God: The Life of Sun Myung Moon.

Agenda yang dibawa oleh Dr Hyun Jin Moon ini secara terang mempromosi idea ini kepada rakyat Malaysia. Malah di sebuah halaman di Facebook bernama Dr. Hyun Jin Preston Moon terdapat posting pada 29 Mac 2012 sekeping gambar Dr Hyun Jin Moon bersama dengan pelajar-pelajar Malaysia dari pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India dan dipercayai program tersebut diadakan di Kuala Lumpur. Status tersebut menulis “Dr. Hyun Jin Moon speaking to 2,000 students from 10 universities and colleges in Malaysia.” Dan semua pelajar memakai baju bertulis “One Family Under God Aju!”[5]

Kebanyakkan aktiviti yang dilakukan mereka ini sememangnya menuju kepada pendakyahan kepada agama Unification Church. Sebenarnya masih banyak lagi program mereka yang berjalan setiap bulan.

Jika dilihat kepada hasil daripada kesemua kes di atas ini, ternyata mereka telah melanggar Undang-Undang Malaysia iaitu Perlembagaan Malaysia Perkara 11 (4) dan juga Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor (1988) di bawah:

Seksyen 5. Kesalahan mendedahkan orang belum dewasa berugama Islam kepada pengaruh ugama bukan Islam.

Seksyen 6. Kesalahan mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai ugama bukan Islam.

Seksyen 7. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa ugama bukan Islam kepada orang berugama Islam.

Selain itu masih banyak lagi program yang melibatkan agama Unification Church yang ada maklumat bersama kami. Ramai pihak yang tidak sedar tentang kehadiran mereka dan juga usaha mereka untuk melebarkan sayap di Malaysia. Faktor-faktor itu sudah kami bincangkan di dalam artikel sebelum ini (Siri 2).

 

 
Kesimpulan

Masyarakat Malaysia hendaklah sedar dan peka akan kehadiran agama baru yang makin halus melebarkan dakyahnya di Malaysia. Unification Church ini jelas adalah sebuah agama baru yang membina ketaksuban kepada pengikut mereka sebagai nabi baru. Mereka memiliki dana yang sangat besar dalam mengerakkan program dan usaha pendakyahan di seluruh dunia.

Nota akhir:
____________________________

[1] http://familyfedihq.org/…/malaysia-students-for-peace-lead…/
[2] http://www.upf.org/…/6140-malaysian-parliamentarians-attend…
[3] https://www.hyunjinmoon.com/dr-moon-calls-cooperation-amo…/…
[4] http://www.upf.org/…/4696-one-family-under-god-is-dr-sun-my…
[5] https://www.facebook.com/…/a.375720979117…/375720982451183/…

R&D Team Multiracial Reverted Muslims

Ulang siar entri Dakyah Agama Baru Ke Atas Pelajar Malaysia. Episod Akhir. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Dakyah Agama Baru Ke Atas Pelajar Malaysia. Episod Akhir. 4.5 5 Unknown Tuesday, April 30, 2019 Dakyah Agama Baru Ke Atas Pelajar Malaysia. Episod Akhir. Oleh : Firdaus Wong Wai Hung PENDEDAHAN: Bukti Usaha Dakyah Untuk Memurtadk...


No comments:

Post a Comment