Apa Isunya Dengan Unification Church? Baca Pendedahan Ini..

 On Tuesday, April 30, 2019  

Apa Isunya Dengan Unification Church? Baca Pendedahan Ini..

Apa Isunya Dengan Unification Church? Baca Pendedahan Ini..

SOSMED | Baru-baru ini isu berkaitan 'Unification Church' sangat menjadi tular di laman sosial.

Hal ini mula diperkatakan apabila Ahmad Iqram Mohammad Noor menulis mengenainya di Facebook pada 26 April yang lepas.

"Unification Church Meneruskan Dakyah Dirasmikan Menteri Perpaduan

Sebelum ini kami telah mendedahkan tentang sebuah agama baru (cult) dari Korea Selatan yang dianggap sesat di dalam Kristian. 


Unification Church terdahulunya pernah menjemput pelajar Malaysia ke Korea Selatan untuk mendoktrinkan pelajar kita tentang agama tersebut. Wawancara bersama pelajar yang terlibat boleh dilihat di video ini;



Program yang dinamakan sebagai Loving Couple Festival ini merupakan tambatan mereka kepada sebuah program keagamaan yang dinamakan Loving Couple Blessing Festival. Ia diadakan pada setiap tahun yang mana orang Islam juga terlibat dengan acara yang diaturkan di dalam program tersebut.

Ramai yang tidak sedar tentang program tersebut merupakan ritual keagamaan Unification Church yang diasaskan oleh Sun Myung Moon (Father Moon) yang mendakwa dirinya adalah jelmaan Jesus akhir zaman dan nabi Adam ketiga untuk misi memberi 3 Great Blessing terutama kepada pasangan yang berkahwin. Demikian itu, untuk menyempurnakan misi Father Moon ini ke seluruh dunia maka program ini turut diadakan di Malaysia.

Demikian itu umat Islam dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti di dalam program mereka kerana ia merupakan program keagamaan,"
katanya dalam kenyataan itu. 











Ulang siar entri Apa Isunya Dengan Unification Church? Baca Pendedahan Ini.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Apa Isunya Dengan Unification Church? Baca Pendedahan Ini.. 4.5 5 Unknown Tuesday, April 30, 2019 Apa Isunya Dengan Unification Church? Baca Pendedahan Ini.. SOSMED | Baru-baru ini isu berkaitan 'Unification Church' sangat m...


No comments:

Post a Comment