Kisah-Kisah Asnaf Miskin Tetapi Pemalas..

 On Tuesday, April 2, 2019  

Kisah-Kisah Asnaf Miskin Tetapi Pemalas..

Kisah-Kisah Asnaf Miskin Tetapi Pemalas..

Tahukah anda sesetengah orang yang menjadi miskin adalah kerana sikap malasnya?

Oleh : Faisal Rahim
 

Aku nak kongsi beberapa kisah asnaf ringkas dan minta korang bagi cadangan camne lagi nak bantu orang yang sebegini?

Ada ramai orang jadi miskin sebab musibah dan takde peluang. Tapi sebenarnya, ramai juga yang kekal miskin sebab sikap PEMALAS mereka (pada pendapat aku).

1. Bagi bantuan bot + enjin + peralatan nelayan harga >RM20k. Baru sebulan, semuanya dijual dengan harga tak sampai RM8k. Selepas habis duit, datang lagi minta bantuan zakat.

2. Bagi modal buat kolam ikan + benih anak-anak ikan. Ikan hilang katanya masuk dalam tanah 😭.

3. Kumpulkan 4-5 asnaf untuk projek pertanian berkelompok. Kebun disediakan, latihan diberi, benih sayuran, baja, sprinkler air lengkap. Tinggal kerja je, tapi sayur semua mati.

Sedangkan kat kebun sayur orang cina sebelah guna air parit je, tapi subur-subur sayur mereka.

4. Pergi melawat rumah asnaf pukul 8 pagi. Satu keluarga suami+isteri, anak dewasa lelaki 3 orang semua belum bangun tidur. Semua sihat dan tak kerja.

5. Buatkan reban ayam, bagi anak ayam, janji beli ayam bila dah besar. Katanya ayam hilang. Anaknya cakap ayah sembelih makan.

6. Dicarikan kerja restoran, katanya penat. Kerja kilang, kena buang sebab ponteng. Kerja ikut kontraktor, curi barang. Tapi asyik minta zakat (muda + sihat).

7. Bagi bantuan tunai untuk anak sekolah kat program agihan. On the way balik terserempak 2-3 orang asnaf beli nombor ekor.

8. Buatkan sebuah rumah 3 bilik free. Dia sewakan dan duduk rumah nak roboh, atap bocor dan sebagainya. Katanya jauh dari tempat kerja (tak sampai 5km).

9. Dicarikan kerja, dia bagi alasan takde kenderaan. Bagi pinjam basikal, katanya penat mengayuh. Tak sampai 3km tempat kerja.

 


10. Masa buat siasatan, rumah macam tempat pembuangan sampah. Bau busuk. Buang sampah luar tingkap, sampah banyak kat halaman rumah. Lalang, rumput tinggi tingkap.

Nak tergelincir kat dapur sebab simen berlumut. Baju berlonggok dalam plastik sampah. Orang dewasa ada 3 orang 😭.

Banyak lagi kisah sebegini sebenarnya. Memang tak boleh hentikan bantuan walau bagaimana sikap mereka. Kalau berhentikan memang mereka ugut nak viralkan dsb.

Mungkin ada idea kreatif untuk bantu. Ada 46,000 buah keluarga asnaf di Selangor (>300k asnaf).

Wallahualam.

Betullah kata bijak pandai;

Kalau kita lahir dalam keadaan miskin, ia bukan salah kita.

Tapi kalau kita mati dalam keadaan miskin, ia adalah salah kita.

Ulang siar entri Kisah-Kisah Asnaf Miskin Tetapi Pemalas.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kisah-Kisah Asnaf Miskin Tetapi Pemalas.. 4.5 5 Unknown Tuesday, April 2, 2019 Kisah-Kisah Asnaf Miskin Tetapi Pemalas.. Tahukah anda sesetengah orang yang menjadi miskin adalah kerana sikap malasnya? Oleh : Fais...


No comments:

Post a Comment